Pelabuhan Durban merupakan pelabuhan kontenna yang tersibuk di Afrika. Setiap tahun, ia menampung kontenna yang bernilai R 100 billion dan hampir 5000 buah kapal singgah di pelabuhan ini. Kejayaan pelabuhan ini adalah disebabkan infrastrukturnya yang sangat baik kerana ia disambungkan dengan landasan kereta api sepanjang 302 km yang menghubungkannya dengan pusat-pusat komersial yang besar seperti Johannesburg.