Pelalian, pengimunan, atau imunisasi ialah proses yang melibatkan sistem imun individu yang dikebalkan melawan agen (dikenali sebagai imunogen).

Seorang doktor memberi vaksin tifus di sebuah sekolah pedalaman di kaunti San Augustine, Texas pada tahun 1944. (Gambar ihsan Pejabat Maklumat Perang Amerika Syarikat)
Seorang kanak-kanak dilalikan melawan polio.

Pelalian dilaksanakan melalui pelbagai cara, salah satu cara yang paling utama iaitu vaksinasi. Vaksin yang bertindak terhadap mikroorganisme penyebab penyakit dapat membantu sistem imun badan manusia bersedia melawan atau mencegah sebarang jangkitan yang mendatang.

Ada juga molekul-molekul lain yang dapat digunakan sebagai bahan pelali seperti vaksin eksperimental NicVAX melawan ketagihan nikotin atau ghrelin sebagai suatu percubaan merawat obesiti.

Pelalian aktif dan pasif sunting

Pelalian ataupun imunisasi dapat diperolehi secara aktif mahupun pasif.

Pelalian aktif sunting

Pelalian aktif boleh berlaku secara semulajadi dengan terdedahnya seseorang terhadap suatu bendasing seperti mikroorganisme. Sistem imun badan akan pula menghasilkan antibodi pertahanan menentang mikrob tersebut, dan tindakbalas imun terhadap hidupan ini dapat menjadi lebih efisien apabila badan didehkan kepada mikroorganise tersebut pada kali yang seterusnya.

Pelalian aktif juga dapat dibuat melalui buatan manusia (artificial active immunity). Mikroorganisme yang terpilih, atau mana-mana bahagian tubuh ia, dirawat terlebih dahulu agar dikurangkan kekuatan patogennya sebelum ia disuntik ke dalam badan manusia. Banyak vaksin yang digunakan untuk merawat pelbagai penyakit seperti penyakit campak, demam kuning, rubela dan sebagainya diperolehi melalui langkah ini.

Pelalian pasif sunting

Pelalian pasif berlaku apabila unsur-unsur daripada sistem imun yang terhasil dibawa kepada badan dan badan tidak perlu menghasilkan unsur-unsur tersebut. Pelalian jenis sebegini selalunya akan berkesan dalam masa yang begitu singkat sebelum ia merosot akibat peleraian antibodi-antobodi yang disuntik.

Pelalian ini boleh berlaku secara fisiologi di mana antibodi yang terkandung dalam badan si ibu akan dibawa ke dalam kandungan semasa tempoh persalinan agar janin dapat dilindingi sebelum dan selepas kelahirannya.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Templat:Vaksin