Pelampung tsunami atau boya tsunami ialah alat untuk menerima isyarat amaran tsunami di tengah-tengah laut. Ia lazimnya merupakan sebahagian daripada sistem amaran tsunami. Boya ini dilengkapi dengan alat "tsunameter" untuk mendapatkan tekanan permukaan di dasar laut dan juga maklumat ketinggian ombak tsunami. Jabatan yang berkenaan kemudian akan memantau kedudukan dan amaran tsunami dari pelampung tersebut.

Sistem boya tsunami NOAA

Pelampung tsunami semakin penting selepas kejadian gempa bumi dan tsunami 2004 di Lautan Hindi yang telah membunuh 200,000 orang. Gempa bumi Chile 2010 juga mencetuskan fenomena tsunami dan telah membunuh lebih 400 orang di Chile.

Malaysia sunting

Pada 1 Mac 2010, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili menyatakan pelampung atau boya tsunami berharga RM1 juta akan dipasang di perairan Semporna dan pulau Sipadan di Sabah. Lokasi ini strategi kerana berhadapan dengan Lautan Pasifik yang luas.

Pelampung tsunami milik Malaysia turut dipasang di Laut Andaman berdekatan Pulau Rondo, Indonesia, di kawasan Terumbu Layang-Layang di Laut China Selatan dan di perairan Laut Sulu.

Teknologi pemantauan tsunami di Malaysia adalah bertaraf dunia dan mampu mengesan serta memberi amaran awal jika berlaku tsunami.[1]

Rujukan sunting