Pelana merupakan alat sokongan untuk penunggang atau beban seumpamanya yang diikat pada belakang haiwan dengan tali perut. Jenis pelana yang paling umum ialah pelana ekuestrian yang direka untuk kuda, namun juga terdapat pelana khas untuk unta dan makhluk-makhluk seumpamanya.[1][2] Adalah tidak diketahui dengan tepat bila penunggang mula-mula menggunakan alat seumpama pelana, tetapi "pelana" terawal mungkin berbentuk kain selimut yang diikat dengan suatu tali perut sebelum disusuli oleh rekaan berlapik yang lebih canggih. Kini, pelana moden terdapat dalam pelbagai corak, setiap satunya direka untuk satu jurus ekuestrianisme yang tertentu, malah memerlukan pemasangan yang teliti supaya sepadan dengan bentuk penunggang dan kuda sekali. Jika dijaga dengan baik, pelana mampu bertahan hingga puluhan tahun lamanya.

Pelana "Inggeris" ala dressage yang digunakan untuk menunggang kuda.

Rujukan sunting