Pelancar bom adalah sejenis senjata yang melancarkan bom dengan lebih tepat, halaju tinggi dan lebih jauh berbanding daripada seorang tentera yang melakukannya dengan tangan.

Heckler & Koch GMG, satu pelancar bom automatik 40 mm milik Tentera Darat Jerman

Pelancar bom boleh terdiri dari bentuk senjata lengkap (tembakan sebutir-sebutir atau bertubi-tubi) atau pemasangan cantuman di bawah laras raifal. Pilihan lain, raifal yang telah direka untuk menembak bom raifal, sama ada daripada hujung laras atau pelancar jenis spigot boleh tanggal. Pelancar bom juga boleh dipasang pada kenderaan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting