Peluru berpandu Minuteman

Minuteman I dan Minuteman II merupakan peluru berpandu balistik nuklear Amerika Syarikat (ICBM) yang beroperasi dari 1960 sehingga 1997. Minuteman III memasuki perkhidmatan pada 1975 dan masih digunakan. (USAF bercadang semenjak 1998 untuk terus menggunakan Minuteman III sehingga 2025.)

Inovasi dan risiko sunting

Minuteman mempunyai dua inovasi yang memberikannya tempoh perkhidmatan yang panjang dan pratikal: penguat roket pepejal, dan komputer penerbangan digital.

Penguat roket pepejal menjadikan peluru berpandu Minuteman dapat dilancarkan lebih pantas berbanding ICBM lain, yang menggunakan bahan api cecair. Inovasi penting dalam bidang ini adalah penggunaan injap bagi melepaskan tekanan penguat, yang membenarkan kawalan berkesan pada penguat.

Sistem panduan inert "inertial guidance system" yang boleh program merupakan risiko utama dalam program asal. Apabila mula-mula dicadangkan, tiada orang yang pernah membina komputer digital yang muat dalam peluru berpandu. Program peluru berpandu meluncur supersonik SNARK telah gagal menghasilkan sistem sedemikian.


Komputer digital amat penting kepada kelebihan ketepatan yang menjadikan senjata ini berkesan sepanjang perang dingin. Apabila Agensi Pemetaan Pertahanan Amerika Syarikat "United States Defense Mapping Agency" memetakan dengan lebih tepat jisim dalam Bumi, aturcara pemanduan inert boleh dikemaskinikan dan dimasukkan ke dalam peluru berpandu untuk menjadikan ia lebih tepat dengan mengambilkira sumber graviti tersebut.

Satu kelebihan lain yang mendorong pengurus projek menerima risiko penggunaan komputer, adalah komputer juga boleh digunakan untuk menguji peluru berpandu. Ini banyak dapat mengurangkan berat kabel dan sambungan.

Komputer penerbangan Minuteman I menggunakan cakera magnetik berputar untuk 4kB storan utama. Tidak seperti komputer moden, yang menggunakan hasil teknologi itu untuk storan kedua pada cakera keras, ini adalah ingatan komputer utama. Pada masa itu, ini adalah kaedah mudah dan kecil untuk menyimpan data, walaupun ia amat perlahan berbanding standard modern. Masa capaian purata 5ms adalah hampir 1000 kali lebih perlahan berbanding PC133 SDRAM yang biasa digunakan sebagai ingatan utama dalam komputer rumah sekitar tahun 2000. Storan cakera ini dianggap kebal sepenuhnya daripada letupan nuklear berhampiran, menjadikannya medium storan yang tepat, walaupun perlahan. Untuk mengatasi masalah kelajuan, kontraktor (Autonetics Division dari North American Aviation, yang menghasilkan komputer perdagangan kecil yang menggunakan cakera sebagai ingatan) telah menghasilkan aturcara khusus yang mengoptima simpanan arahan pada cakera untuk memberikan system pecutan kelajuan. Pelbagai pembangunan dan penggantian komputer selama ini telah menggantikan ingatan ini dengan ingatan teras magnetik dan akhirnya kepada ingatan semiconductor tahan radiasi.

Program Minuteman II adalah penting dari segi ekonomi kepada pembangunan litar bersepadu. Program Minuteman II merupakan sistem pertama dihasilkan secara pukal untuk komputer dibuat menggunakan litar bersepadu, dan program ini menggunakan kebanyakan dari litar sedemikian yang dihasilkan sepanjang 1962 sehingga 1967. Pelanggan utama lain bagi litar tersebut adalah komputer pemanduan program Apollo, yang mempunyai kekangan berat yang serupa.

 
Komputer kendalian peluru berpandu Minuteman III, dipamerkan di Muzium Udara dan Angkasa Kebangsaan "National Air and Space Museum" di Washington, DC

Pengaruh sunting

Pengarang Thomas Pynchon bekerja sebagai penulis teknikal untuk unit sokongan lapangan bagi pelubu berpandu Minuteman, sesuatu yang kemungkinannya terimbas dalam gambaran novelnya The Crying of Lot 49 dan Gravity's Rainbow.

Pautan luar sunting