Peluru berpandu Shahab-3

Peluru berpandu Shahab-3 merupakan peluru berpandu balistik dimajukan secara tempatan oleh Iran. Dengan jarak 1300km, ia mampu mengenai Israel, yang menyebabkan kebimbangan dinegara tersebut. Peluru berpandu tersebut, berasaskan Nodong-1, diuji dari tahun 1998-2003. Ia mula beroperasi pada 7 Julai 2003, dengan pelancaran rasmi oleh Ayatollah Khamenei pada 20 Julai. Kementerian Pertahanan Iran Admiral Shamkhani menafikan tuduhan bahawa Iran bercadang memajukan Shahab-4.

Peluru berpandu Shahab-3 pertama kali dipaparkan umum pada 25 September 1998 di Medan Azadi, Tehran dalam perarakan yang diadakan bagi memperingati Minggu Pertahanan Suci Iran ("Iranian Sacred Defence Week"), ulang tahun permulaan perang Iran-Iraq 1980-1988.

Rujukan luar: