Pemacu keadaan pepejal

Pemacu keadaan pepejal atau SSD (singkatan untuk solid-state drive) adalah sebuah peranti storan data yang menggunakan ingatan keadaan pepejal untuk menyimpan data kekal. Sebuah SSD meniru antara muka cakera keras lantas mudah menggantikannya dalam banyak aplikasi. SSD menggunakan SRAM dan DRAM (daripada menggunakan ingatan flash) sering dipanggil pemacu RAM, jangan dikelirukan dengan cakera RAM.

Sebuah SSD dalam faktor bentuk 2.5-inci (64 mm) piawai
mSATA SSD

Penggunaan awal istilah keadaan pepejal (daripada fizik keadaan pepejal) merujuk kepada penggunaan peranti semikonduktor berbanding tiub-tiub elektron, tetapi bagi konteks ini, ia juga telah diadaptasikan untuk membezakan elektronik keadaan pepejal dengan peranti elektromekanik. Tanpa sebarang bahagian bergerak, pemacu keadaan pepejal adalah kurang rapuh berbanding cakera keras dan lebih senyap (melainkan kipas penyejuk digunakan); oleh kerana tiada lengahan mekanikal, ia pada kebiasaannya memberikan masa capaian dan kependaman yang rendah.

Setakat 2014, kebanyakan SSD menggunakan ingatan kilat berasaskan NAND yang mengekalkan data tanpa bekalan kuasa. Bagi kegunaan yang memerlukan capaian pantas, tetapi tidak semestinya memerlukan keterusan data selepas kuasa tiada, SSD boleh dibina daripada ingatan capaian rawak (RAM). Peranti sedemikian mungkin menggunakan sumber kuasa berasingan, contohnya bateri, demi mengekalkan data selepas hilangnya kuasa.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting