Pemalar Planck, dilambangkan dengan huruf h, adalah pemalar fizik untuk menjelaskan ukuran kuanta. Pemalar ini sangat penting dalam teori mekanik kuantum, dan dinamakan untuk menghargai Max Planck, salah seorang pendukung teori kuantum. Nilainya kira-kira

.

Pemalar Planck mempunyai kuantiti fizik iaitu tenaga dikalikan dengan masa, yang tidak lain adalah terbitan kerja. Terbitan ini juga dapat ditulis sebagai momentum dikalikan dengan jarak (Nms), iaitu terbitan momentum sudut.

Nilai yang berkaitan adalah Pemalar Planck yang lain, iaitu Pemalar Planck Terturun:

Simbol adalah bilangan pi. Pemalar ini, yang dibaca "h-bar", kadang-kala disebut sebagai Pemalar Dirac, yang dinamakan sempena nama Paul Dirac.