Pembahagian politik Amerika Syarikat

Unit-unit dan bahagian-bahagian politik Amerika Syarikat termasuk:

  • 50 negeri (4 daripadanya dibentuk secara rasminya sebagai Komanwel), biasanya dibahagi kepada daerah dan perbandaran, dan bandar raya, pekan dan kampung yang diperbadankan, dan jenis kawasan perbandaran yang lain, dan pihak berkuasa dan institusi awam berautonomi atau bawahan yang lain. Kecuali 13 negeri yang asal, setiap negeri dimasukkan ke dalam Kesatuan pada masa yang tertentu melalui akta Kongres A.S.
  • Daerah Columbia, yang terdiri daripada Washington, ibu negara Amerika Syarikat. Sungguhpun Daerah Columbia bukan sebuah negeri dan tidak menghantar Senator atau Wakil yang berhak untuk mengundi di Kongres, penduduknya boleh mengundi di pilihanraya presiden dan berwakil dalam Badan Pemilih.
  • Tanah rizab pribumi Indian diberi status separa-merdeka. Sungguhpun setiap tanah rizab ialah sebahagian negeri, dan para penduduknya mengundi sebagai penduduk negeri yang diduduki mereka dan membayar cukai persekutuan, tanah-tanah ini dikecualikan daripada kebanyakan undang-undang negeri dan tempatan. sifat samar-samar status tanah sedemikian telah membuka peluang (seperti berjudi dalam negeri yang mengharamkannya secara am) dan pada masa yang sama mencetuskan cabaran (seperti ketidaksanggupan sesetengah syarikat untuk membuka kedai dalam sesuatu wilayah di mana mereka tidak pasti undang-undang yang dikenakan kepada mereka).
  • Wilayah-wilayah Amerika Syarikat boleh diperbadankan (sebahagian A.S. sebenar) atau tidak diperbadankan (dikenali sebagai "milikan", "wilayah seberang laut" atau "komanwel"). Wilayah-wilayah ini juga berorganisasi (dengan kerajaan sendiri yang dikurniakan secara umum melalui Akta Organik Kongres A.S.) atau tidak berorganisasi (tanpa kebenaran kerajaan sendiri sedemikian). 31 daripada 50 negeri pernah dijadikan wilayah perbadanan berorganisasi sebelum kemasukannya ke dalam Kesatuan. Sejak tahun 1959, A.S. cuma mempunyai sebuah wilayah yang diperbadankan (Palmyra Atoll), tetapi mengekalkan kuasanya terhadap beberapa kawasan tidak diperbadankan, sama ada berorganisasi atau sebaliknya.
  • Kesatuan persekutuan yang terdiri daripada Amerika Syarikat sebagai segagasan sebilangan negeri, dan melaksanakan bidang kuasa eksklusif terhadap pangkalan tentera, dan kedutaan dan konsulat Amerika Syarikat di luar negara; dan, sehingga Akta Peraturan Dalam Negeri Daerah Columbia 1973 Diarkibkan 2006-10-02 di Wayback Machine, berbidang kuasa terhadap hal-ehwal tempatan Daerah Columbia.
  • Bahagian separa politik seperti daerah pemuliharaan dan daerah sekolah, yang biasanya cuma pihak berkuasa awam yang khas dan dilantik mengikut geografi.
  • Badan-badan yang diiktiraf, seperti persatuan pemilik rumah, Yang memenuhi fungsi kerajaan, dan oleh itu ditakluk oleh keputusan mahkamah bersusulan kepada pengehadan yang biasanya dikenakan pada kerajaan tempatan.

Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 85,000 entiti politik yang wujud di Amerika Syarikat. Unit-unit dan bahagian-bahagian politik Amerika Syarikat adalah satu subset dalam keseluruhan wilayah Amerika Syarikat.