Pembakar roti (Jawi: ڤمباکر روتي) ialah sebuah perkakasan elektrik kecil yang direka untuk membakar kepingan roti dengan mendedahkan kepingan tersebut kepada haba yang kuat bagi menghasilkan roti bakar. Perkakas ini dapat membakar pelbagai jenis produk hirisan roti. Alat ini telah diciptakan di Scotland pada tahun 1893 dan kemudiannya melalui pembangunan selama bertahun-tahun, termasuk pengenalan sistem mekanisme automatik untuk menghentikan pembakaran dan pengeluaran kepingan roti.

Pembakar roti

Jenis sunting

Pembakar roti moden biasanya terdiri daripada salah satu dari tiga jenis: jenis lonjak (pop-up toaster), jenis ketuhar (oven toaster) dan jenis tali sawat (conveyor belt toaster) Pemilihan jenis pembakar roti biasanya bergantung kepada kegunaan tujuan membakar. Pembakar roti lonjak membakar roti dengan lebih rata berbanding jenis ketuhar namun pembakar jenis ketuhar memiliki lebih kepelbagai kebolehannya membakar lauk untuk tujuan memasak dan memanggang.

Pembakar jenis tali sawat kebanyakannya digunakan di restoran atau industri katering  di mana roti bakar perlu dihasilkan dengan cepat dan dalam kuantiti yang lebih besar.

Toaster direka untuk sesuai digunakan di mana-mana dapur. Pereka menonjolkan variasi lebih cantik bagi pembakar lonjak berbanding pemanggang jenis lain. Pengguna boleh memilih pemanggang roti mengikut penampilannya.

Pembakar roti lonjak (pop-up toaster) sunting

 
Sebuah pembakar roti dwi-lubang bereka bentuk klasik warna krom.
 
Filamen menyala dalam lubang-lubang pembakar roti dwilubang moden.

Kepingan roti dimasukkan secara menegak ke dalam lubang(biasanya cukup besar untuk memuatkan sekeping roti) di atas pembakar roti jenis ini. Tuil di sebelah pembakar ditekan menghidupkan pembakar. Apabila suatu peranti dalaman menentukan bahawa kitaran pembakaran roti selesai, pembakar roti dimatikan dan kepingan yang sudah dibakar muncul keluar dari lubang tersebut. Unsur pemanasan pembakar roti ini biasanya dipasangkan secara menegak dan selari dengan kepingan roti – namun ada juga beberapa perubahan lain bergantung kepada model.

Ketuhar pembakar roti (toaster oven) sunting

Ketuhar pembakar roti merupakan ketuhar elektrik kecil yang mempunyai pintu depan, rak dawai dan dulang bakar yang boleh ditanggalkan. Kepingan roti diletakkan melintang di atas rak bagi membakarnya. Ketuhar akan dimatikan secara automatiknya apabila kepingan roti siap dibakar, tetapi dalam kebanyakan situasinya pintu perlu dibuka secara manual. Kebanyakan ketuhar pembakar roti yang jauh lebih besar daripada toaster, tetapi mampu melaksanakan paling fungsi elektrik, walaupun pada skala yang lebih kecil. Pembakar jenis ini boleh digunakan untuk membakar roti dengan hias atas (topping) msekipun ia cenderung menghasilkan roti yang lebih kering kerana unsur pemanasan terletak jauh dari kepingan roti (untuk membolehkan barang yang lebih besar dimasak).[perlu rujukan] Alat ini mengambil masa 4-6 minit untuk membakar roti berbanding 2-3 minit dalam pembakar roti lonjak. Roti yang dibakar akan mempunyai jalur tidak tibakar pada satu sisi keping tersebut memandangkan roti diletakkan atas batang-batang rak dawai. Bukti hasil pengujian produk tidak menunjukkan bahawa ketuhar pembakar roti perolakan (convection toaster ovens) lebih baik daripada ketuhar pembakar roti yang biasa.

Pembakar roti bertali sawat (conveyor belt toaster) sunting

Aalt pembakar ini direka untuk menghasilkam banyak potong roti bakar dan umumnya digunakan dalam industri katering, kafeteria, resoran dan tempat kemudahan memasak, kerana kebersesuaiannya untuk penggunaan besar-besaran. Alat ini membakar pada kadar 300-1600 keping roti sejam, menjadikan pembakar jenis ini ideal untuk restoran besar yang sentiasa sibuk.[1] Alat pembakar sebegini kadangkalanya dihasilkan untuk kegunaan rumah seawal tahun 1938 dengan ciptaan Toast-O-Lator yang dikeluarkan secara terhad pada ketika itu.[perlu rujukan]

Sejarah sunting

 
Pemanggang roti manual yang wujud sebelum kewujudan tenaga elektrik

Sebelum pembangunan pembakar roti elektrik, roti dibakar dengan meletakkan kepingan-kepingan dalam bingkai logam atau garfu membakar berpemegang panjang[2] dan dihalakan berdekatan api atau atas pemanggang dapur. Peralatan untuk membakar roti lebih terbuka api muncul pada awal abad ke-19 yang turut termasuk hiasan yang dibuat daripada besi tempa.[3]

Pembakar roti janaan elektrik yang pertama telah diciptakan oleh seorang saintis bernama Alan MacMasters di Edinburgh, Scotland pada tahun 1893.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Commercial Toaster Guide". WebstaurantStore. 2012. Dicapai pada 17 Januari 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Snodgrass, Mary Ellen (29 November 2004). Encyclopedia of Kitchen History. Taylor & Francis. m/s. 392. ISBN 9781579583804.
  3. ^ "The Howard Roth Collection of Early American Iron | Skinner Auctions 2744M, 2743T and 2757B". issuu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Julai 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ Myall, Steve. "Made in the UK: The life-changing everyday innovations which put British guy on the map". Daily Mirror (dalam bahasa Inggeris). Trinity Mirror plc. Dicapai pada 16 Februari 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar sunting