Pembelian impulsif

Dalam kajian tingkah laku pengguna, pembelian impulsif merujuk kepada keputusan yang tidak dirancang oleh pengguna untuk membeli suatu barang atau perkhidmatan yang dibuat sejurus sebelum pembelian.[1] Penemuan penyelidikan menunjukkan bahawa emosi, perasaan dan sikap membeli memainkan peranan penting dalam pembelian sebegini,[2] dan digalakkan lagi apabila melihat produk atau terdedah kepada pesanan promosi yang diolah dengan baik.[1]

Sejarah sunting

Takrifan asal "pembelian impulsif" ialah sebarang pembelian tak terancang yang hadir daripada Consumer Buying Habits Study oleh DuPont yang berlaku dari 1948 hingga 1965. Takrifan ini kemudian dikemas kini, merujuk kepada keinginan ketara yang dirasai seseorang apabila ingin membeli sesuatu barangan pada saat itu, lazimnya menyebabkan hilang keserasian kognitif dalam pengguna. Dengan ini, tumpuan takrifan istilah ini dialihkan daripada barangan kepada pengguna.[3] Daripada ini, diketahui bahawa pembelian impulsif berlaku disebabkan oleh tindakan pemuasan nafsu diri sebagai saingan terhadap rasional dan kawalan diri.[4] Peningkatan pembelian impulsif juga dikaitkan dengan perkembangan materialisme yang menyebabkan pengguna melakukan pembelian yang tidak dirancang.[5]

Huraian psikologi sunting

Pembelian impulsif mengganggu struktur perancangan keputusan dalam minda seseorang. Turutan kewarasan tindakan pengguna digantikan saat pemuasan diri yang tak rasional. Barangan impulsif juga cenderung menarik emosi para pengguna, dengan sesetengah barang yang dibeli dalam hal ini tidak bersifat berguna atau perlu bagi para pengguna. Dalam hal ini, perancangan bajet serta pengambilan sedikit masa sebelum membeli ialah langkah-langkah yang diguna pakai dalam mengelakkan pembelian impulsif.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "What is impulse buying?". Businessdictionary.com. Dicapai pada 2011-12-22.
  2. ^ Czarnecka, Barbara; Schivinski, Bruno (2019-08-08). "Do Consumers Acculturated to Global Consumer Culture Buy More Impulsively? The Moderating Role of Attitudes towards and Beliefs about Advertising". Journal of Global Marketing. 32 (4): 219–238. doi:10.1080/08911762.2019.1600094. ISSN 0891-1762.
  3. ^ Rook, Dennis W. (1987). "The Buying Impulse". Journal of Consumer Research. 14 (2): 189–199. doi:10.1086/209105. ISSN 0093-5301. JSTOR 2489410.
  4. ^ Zhang, Yinlong; Shrum, L. J. (2009). "The Influence of Self-Construal on Impulsive Consumption". Journal of Consumer Research (dalam bahasa Inggeris). 35 (5): 838–850. doi:10.1086/593687. ISSN 0093-5301.
  5. ^ Podoshen, Jeffrey S.; Andrzejewski, Susan A. (2012). "An Examination of the Relationships Between Materialism, Conspicuous Consumption, Impulse Buying, and Brand Loyalty". Journal of Marketing Theory and Practice. 20 (3): 319–333. doi:10.2753/MTP1069-6679200306. ISSN 1069-6679. JSTOR 23243709.
  6. ^ Are you an impulse buyer? Diarkibkan 2015-08-28 di Wayback Machine Dicapai pada Mei 2010.