Pemberontakan Brunei

Pemberontakan Brunei
Sebahagian daripada Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1962-1966
Tarikh8 Disember–17 Disember 1962; 61 tahun yang lalu (1962-12-17)
Lokasi
Keputusan Kemenangan muktamad British Komanwel
Pihak yang terlibat
United Kingdom Britain
Malaysia Malaysia
Brunei Brunei
Negara Kesatuan Kalimantan Utara (Parti Rakyat Brunei)
Indonesia Indonesia
Komandan dan pemimpin
Kekuatan
2,000 - 6,000 4,000
Kerugian dan korban
6 maut, jumlah kematian orang awam tidak diketahui 40 maut (3,400 ditangkap/diampunkan)

Pemberontakan Brunei adalah satu kejadian yang bermula pada 8 Disember 1962. Para pemberontak mula menyelaras serangan ke atas bandar minyak di Seria (mensasarkan kemudahan minyak milik Royal Dutch Shell), stesen polis dan kemudahan kerajaan di sekitar kawasan ini. Pemberontak ini menentang Sultan, kerajaan baginda dan rakyat setia. Kejadian ini dianggap sebagai tahap pertama dalam Konfrontasi Indonesia-Malaysia.

Latar belakang sunting

Bahagian utara pulau Borneo terdiri daripada tiga buah wilayah Britain: iaitu Sarawak dan Borneo Utara (dinamakan semula sebagai Sabah) dan Kesultanan Brunei. Brunei menjadi negeri di bawah perlindungan Britain pada tahun 1888, dengan keluasan kira-kira 2,226 batu persegi (5,800 km2) dan kira-kira 85,000 penduduk, sedikit lebih dari separuh adalah kaum Melayu, satu suku Cina dan selebihnya adalah Dayak. Minyak telah ditemui pada tahun 1929 berdekatan Seria dan konsesi yang diberikan kepada Shell Petroleum Company memberi pendapatan besar kepada Kesultanan Brunei. Ibu negara yang dikenali sebagai Bandar Brunei pada waktu itu, terletak di tebing sungai kira-kira 10 batu (20 km) dari pantai.

Pada tahun 1959, Sultan Omar Ali Saifuddin III, mewujudkan sebuah parlimen dengan separuh anggotanya dilantik manakala separuh lagi akan dipilih melalui pilihanraya. Pilihanraya telah diadakan pada bulan September 1962 dan kesemua kerusi yang ditanding telah dimenangi oleh Parti Rakyat Brunei.

Antara tahun 1959 dan 1962, Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah terlibat dalam satu rundingan bagi menubuhkan sebuah Persekutuan Malaysia baru. Walau bagaimanapun, Filipina dan Indonesia telah menentang sebarang gerakan untuk menyatukan Borneo Utara dan Sarawak dengan persekutuan baru. Sokongan ini diberikan ekoran terdapat bukti-bukti kuat akan sentimen anti-persekutuan yang meluas di Sarawak dan Brunei sendiri. Parti Rakyat Brunei menyokong untuk menyertai Malaysia dengan syarat sebagai satu entiti bersatu dari wilayah utara Borneo (jumlah penduduk kira-kira 1.5 juta orang, separuh darinya adalah Dayak) dengan sultan mereka sendiri, dan oleh itu cukup kuat untuk menentang penguasaan oleh Tanah Melayu atau Singapura, para pentadbir Melayu atau pedagang Cina.[1] Penentangan penduduk setempat dan sentimen penentangan ke atas rancangan Persekutuan Malaysia sering kali diberi gambaran salah oleh catatan sejarah berkenaan Pemberontakan Brunei dan Konfrontasi Indonesia-Malaysia selepasnya. Hakikatnya, parti politik di Sarawak telah menjangka kemerdekaan mereka sendiri seperti yang dijanjikan oleh (tetapi kemudian dibatalkan) oleh Rajah Putih terakhir di Sarawak, Charles Vyner Brooke, pada tahun 1941.

Cadangan Kalimantan Utara telah dilihat sebagai satu bentuk pilihan selepas penjajahan oleh para penentang setempat untuk menentang rancangan Persekutuan Malaysia. Tentangan di seluruh wilayah Borneo adalah di sebabkan faktor-faktor ekonomi, politik, dan perbezaan budaya di antara negeri-negeri Borneo dan Semenanjung Tanah Melayu, dan ketidaksediaan untuk dikuasai oleh politik dari semenanjung.

Walau bagaimanapun, sebelum kejayaan pemilihan Parti Rakyat Brunei, sebuah sayap ketenteraan akhirnya dibentuk, dikenali sebagai Tentera Kebangsaan Kalimantan Utara, yang mana melihat diri mereka sebagai sebuah parti pembebasan anti penjajah. Pemimpinnya yang berumur 34 tahun, A.M. Azahari pernah tinggal di Indonesia dan memiliki kaitan dengan agen perisikan Indonesia. Beliau telah menrekrut beberapa pegawai yang telah dilatih dalam peperangan bawah tanah di Indonesia. Menjelang akhir tahun 1962, mereka mungkin dianggotai kira-kira 4,000 anggota, beberapa senjata moden dan kira-kira 1,000 pucuk senapang patah.[1]

Nota sunting

  1. ^ a b Pocock p. 129

Rujukan sunting

  • Pocock, Tom (1973). Fighting General – The Public &Private Campaigns of General Sir Walter Walker (ed. First). London: Collins. ISBN 0002112957.