Pembiasaan adalah satu jenis pembelajaran yang mana sesebuah organisma kurang atau tidak bertindak balas terhadap suatu perangsang setelah dikenakan berkali-kali.[1] Pokoknya, organisma itu belajar untuk berhenti bertindak balas terhadap perangsang yang tidak lagi relevan secara biologi. Contohnya, organisma boleh membiasakan diri dengan kebisingan tiba-tiba yang berulang-ulang setelah menyedari bahawa kebisingan itu tidak mendatangkan akibat.[2] Pembiasaan biasanya memaksudkan pengurangan kelakuan-kelakuan sejadi dan bukannya kelakuan-kelakuan yang dikembangkan sewaktu penyesuaian yang mana prosesnya dipanggil "pemadaman".

Pemekaan adalah lawan kepada pembiasaan, iaitu peningkatan dalam kelakuan yang dicungkil daripada pengenaan perangsang yang berulang-ulang. Mungkin juga terdapat peningkatan tindak balas pada mula-mula, kemudian disusuli terus oleh pengurangan (pemekaan diikuti pembiasaan).[3]

Satu lagi fenomena yang berkaitan adalah generalisasi perangsang yang mana pembiasaan berlaku sebagai tindak balas kepada perangsang lain yang mirip dengan perangsang asal.[4] Proses yang berlawanannya iaitu diskriminasi perangsang adalah apabila pembiasaan tidak berlaku terhadap perangsang lain yang berbeza dengan perangsang asal. Pengurangan kelakuan secara progresif dalam suatu tatacara pembiasaan mungkin juga mencerminkan kesan-kesan umum seperti kelesuan yang mesti disingkirkan apabila menekankan pembiasaan sebagai proses pembelajaran.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Bouton, M.E. (2007). Learning and behavior: A contemporary synthesis (dalam bahasa Inggeris). MA Sinauer: Sunderland. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2014.
  2. ^ Cherry, K. "Whhat is abituation" (dalam bahasa Inggeris). About.com. Dicapai pada 27 Disember 2013.
  3. ^ Domjan, M. (2010). Principles of learning and behavior (dalam bahasa Inggeris) (ed. keenam). Cengage/Wadsworth. ISBN 9780495601999.
  4. ^ Thompson, Richard; Spencer, William (1966). "Habituation: a model phenomenon for the study of neuronal substrates of behavior". Psychological Review. No.1. 73: 16–43.
  5. ^ Fennel, C. T. (2011). Habituation procedures. In E. Hoff (Ed.), Research methods in child language: A practical guide (PDF). Hoboken, NJ: John Wiley & Sons.