Pembinasa Type 45, juga dikenali sebagai kelas D atau Daring, adalah sebuah kelas kapal pembinasa yang terdiri daripada enam buah kapal yang dibina untuk Tentera Laut Diraja United Kingdom. Kelas ini direka untuk peranan peluru berpandu anti pesawat dan penangkis peluru berpandu dengan menggunakan sistem pertahanan udara PAAMS (Sea Viper) yang terdiri daripada SAMPSON AESA dan radar jarak jauh S1850M. Tiga buah kapal pembinasa pertama dipasang oleh BAE Systems Surface Fleet Solutions daripada sub-komponen yang difabrikasi secara blok oleh beberapa limbungan yang berasingan, manakala 3 buah kapal seterusnya dibina oleh BAE Systems Maritime – Naval Ships. Kapal pertama dari kelas ini iaitu, HMS Daring, telah dilancarkan pada 1 Februari 2006 dan ditauliahkan pada 23 Julai 2009.[15]

HMS Daring pada tahun 2010
HMS Daring berlepas daripada Pangkalan Tentera Laut Portsmouth, 1 Mac 2010.
Ringkasan kelas
Nama: Pembinasa Type 45
Pembina: BAE Systems Maritime – Naval Ships Glasgow Scotland
Pengguna: Bendera tentera laut United Kingdom Tentera Laut Diraja
Didahului oleh: Type 42
Kos: Lebih £1.050B per kapal termasuk R&D
Dirancang: 6[N 1]
Disiapkan: 6
Aktif: 6
Ciri-ciri umum
Jenis: Pembinasa peluru berpandu
Sesaran: 8,700[3] to 9,400 t (9,300 long ton; 10,400 short ton)[4][5][6]
Panjang: 152.4 m (500 ka 0 in)
Lunas: 21.2 m (69 ka 7 in)
Draught: 7.4 m (24 ka 3 in)
Installed power:
Jana kuasa:
Halaju: In excess of 32 kn (59 km/j; 37 mph)[8]
Jarak: In excess of 7,000 batu nautika (13,000 km) at 18 kn (33 km/j)[8]
Anak kapal: 191[9] (accommodation for up to 285)
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Peperangan elektronik
& pengumpan:
Persenjataan: Templat:Type 45 weapon fit
Pesawat yang dibawa:
  • 1–2 × Wildcat, dipersenjatai dengan:
    • 4 × peluru anti kapal, atau
    • 2 × torpedo anti kapal selam
  • atau
  • 1 × Westland Merlin,[14] dipersenjatai dengan:
    • 4 × torpedo anti kapal selam
Kemudahan penerbangan:
  • Helikopter Chinook yang mampu beroperasi di atas dek penerbangan
  • Hangar tertutup

Pembinasa Type 45 telah dibina untuk mengantikan pembinasa Type 42 (kelas Sheffield) yang telah dioperasikan sejak Perang Falklands, di mana kapal Type 42 terakhir telah dibersarakan pada tahun 2013. Pejabat Audit Negara telah melaporkan bahawa, semasa satu "serangan intensif", sebuah kapal Type 45 boleh menjejak, menyerang dan memusnahkan secara serentak lebih banyak sasaran berbanding lima buah kapal pembinasa Type 42 yang beroperasi secara bersama.[16] Selepas pelancaran Daring pada 1 Februari 2006 Laksamana Sir Alan West, seorang bekas First Sea Lord, menyatakan bahawa kapal ini akan menjadi pembinasa yang paling berkuasa yang pernah digunakan oleh Tentera Laut Diraja, selain kapal pertahanan udara terbaik di dunia.[17] Pengurangan jumlah kapal yang akan dibeli daripada 12 buah, kepada 8 buah dan akhirnya 8 buah yang disahkan pada tahun 2008 menjadi kontroversi.[18][19]

Satu kontroversi lain timbul apabila satu pendedahan ke atas kecacatan rekabentuk pada antara penyejuk yang dibekalkan oleh Northrop Grumman di mana, apabila dipasang pada turbin gas Rolls-Royce WR-21 dan beroperasi dalam cuaca panas di Teluk Parsi, kuasa yang dijana akan menurun dengan ketara,[20][21] dan secara pantas menjadi jelas bahawa kelas ini tidak mampu beroperasi seperti yang diharapkan.[22] Satu program pemasangan semula akan dilakukan antara tahun 2019-21 untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah ini pada kesemua enam buah kapal.[23]

Nota sunting

  1. ^ Six hulls were originally ordered, with a planning assumption that a further six would be ordered between 2005 and 2010.[1] This planning assumption was later reduced to a further two. In the 2008 defence budget, the Global Combat Ship programme (known then as the FSC) was brought forward at the expense of ships 7 and 8, resulting in the final order being left at six, with options for further ships not being taken up.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan HC1229 tidak disediakan
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan HC850-I tidak disediakan
  3. ^ "Type 45 Destroyer". Royal Navy. Dicapai pada 6 November 2011.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan HMS Daring Royal Navy news tidak disediakan
  5. ^ "For Queen and Country". Navy News (July 2012): Page 8. One hundred or so miles west of the largest city of Abidjan lies the fishing port of Sassandra, too small to accommodate 8,500-tonnes of Type 45.
  6. ^ "HMS Duncan joins US Carrier on strike operations against ISIL". Navy News. Royal Navy. 7 Julai 2015. Dicapai pada 9 Julai 2015. As well as supporting the international effort against the ISIL fundamentalists – the 8,500-tonne warship has also joined the wider security mission in the region.
  7. ^ "HMS Daring". Wärtsilä. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2014. Dicapai pada 1 Ogos 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ a b "HMS Daring - Type 45 facts by Royal Navy.pdf". Dicapai pada 22 Julai 2016.
  9. ^ Royal Navy (11 Julai 2013). "A Global Force 2012/13" (pdf). Newsdesk Media. ISBN 978-1-906940-75-1.[pautan mati kekal] Complement as of 24 April 2013
  10. ^ "Raytheon Press Release" (PDF). 8 Mac 2006. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 13 Mac 2012. Dicapai pada 31 Januari 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ "Jane's Electro-Optic Systems". 28 Oktober 2010. Dicapai pada 21 Ogos 2011.
  12. ^ "Fleet to get the latest in electronic surveillance" (PDF). DESider. Ministry of Defence. September 2012. m/s. 18. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 September 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  13. ^ "UK to buy Shaman CESM for Seaseeker SIGINT programme". IHS Janes Defense. 29 Jun 2014.
  14. ^ "Air Defence Destroyer (T45)". Royal Navy. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2007. Dicapai pada 20 November 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ "UK Royal Navy Commissions Type 45 Destroyer HMS Daring". defpro. 24 Julai 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Julai 2009. Dicapai pada 25 Julai 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  16. ^ "Providing Anti Air Warfare Capability: the Type 45 destroyer" (PDF). www.nao.org.uk. National Audit Office (United Kingdom). 13 Mac 2009. m/s. 12. Dicapai pada 8 Mac 2014. In an intensive attack, a Type 45 destroyer would be able to simultaneously track, engage and destroy more targets than the remaining Type 42 destroyers operating together.
  17. ^ Nicoll, Alexander (1 Februari 2006). "Countess of Wessex Launches Royal Navy's New Warship". Government News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2007. Dicapai pada 17 Ogos 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ "Six of the best but scrap the rest". Shipping Times. 20 Jun 2008. Dicapai pada 16 November 2009.
  19. ^ See statement by the then First Sea Lord, Admiral Sir Alan West, Jane's Defence Weekly 25 June 2008, p.6 reproduced from an interview in February 2006.
  20. ^ Chuter, Andrew (23 Mac 2016). "Fix to UK Destroyer Power Plant Problem Some Way Off". Defence News. Dicapai pada 17 Oktober 2016.
  21. ^ "Putting the Type 45 propulsion problems in perspective". Save The Royal Navy. 3 Februari 2016. Dicapai pada 17 Oktober 2016.
  22. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan auto tidak disediakan
  23. ^ https://www.savetheroyalnavy.org/final-cure-for-type-45-destroyer-propulsion-problems-announced/

Pautan luar sunting