Pembinasa kelas Kidd

Pembinasa kelas Kidd merupakan satu siri empat buah kapal pembinasa peluru berpandu (DDG) berdasarkan rekabentuk kelas Spruance. Kidd telah direka sebagai sebuah kapal pelbagai guna yang lebih canggih, berbanding kelas kapal sebelumnya yang lebih berfokus kepada peperangan anti kapal selam, dengan menambah keupayaan anti pesawat yang lebih maju.[1] Asalnya, kapal ini telah dipesan untuk kegunaan Tentera Laut Imperial Iran, sebelum kontraknya dibatalkan apabila meletusnya Revolusi Iran pada tahun 1979, dan kapal-kapal ini disiapkan untuk digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat. Di sebabkan ia dilengkapi dengan penyaman udara tugasan berat dan pelbagai ciri-ciri yang lebih sesuai untuk cuaca panas, kapal ini bertujuan untuk digunakan di Timur Tengah, secara spesifiknya di Teluk Parsi.[2] Semasa perkhidmatannya dengan Tentera Laut A.S. bermula pada awal tahun 1980an sehingga penghujung tahun 1990an, kapal-kapal ini popular dengan nama kelas-"Ayatollah".[3] Ia kemudian dilucut tauliahkan dan dijual kepada Tentera Laut Republik China (Taiwan) sebagai kelas-Kee Lung.

Pembinasa kelas Kidd
2 Pembinasa kelas Kidd dari Tentera Laut Republik China di Pelabuhan Makong, Kaunti Penghu
Ringkasan kelas
Nama: Pembinasa kelas Kidd
Pembina: Ingalls Shipbuilding, Pascagoula, Mississippi
Pengguna:
Didahului oleh: kelas Spruance
Diganti oleh: kelas Arleigh Burke
Dibina: 1978
Ditauliahkan:
Disiapkan: 4
Aktif: 4 (Taiwan)
Ciri-ciri umum
Jenis: Pembinasa peluru berpandu
Sesaran:
  • Ringan: 7,289 t (7,174 long ton; 8,035 short ton)
  • Muatan penuh: 9,783 t (9,628 long ton; 10,784 short ton)
  • Berat kosong: 2,494 t (2,455 long ton; 2,749 short ton)
Panjang: 563 ka (172 m)
Lunas: 55 ka (17 m)
Draught: 31.5 ka (9.6 m)
Jana kuasa: 4 × turbin gas General Electric LM2500, 2 x aci, 80,000 shp (60 MW)
Halaju: 33 knot (61 km/j; 38 mph)
Jarak:
  • 6,000 batu nautika (11,000 km; 6,900 bt) pada 20 knot (37 km/j; 23 mph)
  • 3,300 batu nautika (6,100 km; 3,800 bt) pada 30 knot (56 km/j; 35 mph)
Sistem penderia dan
pemprosesan:

radar pencari udara SPS-48E 2 x radar kawalan peluru berpandu SPG-51D 1 x radar kawalan tembakan meriam AN/SPG-60 Radar radar pencari permukaan SPS-55 radar kawalan tembakan meriam SPQ-9A

sonar pemasangan badan SQS-53
Peperangan elektronik
& pengumpan:

AN/SLQ-32(V)3 OUTBOARD II EW Suite Mark 36 SRBOC

pengumpan sonar tunda AN/SLQ-25 Nixie
Persenjataan:

meriam pelbagai guna 5-inch (127mm) 54 kaliber Mark 45pelancar Mk 26 untuk RIM-66 SM-2MR Block IIIA(RIM-66K-2)×68 2× meriam 20 mm Phalanx CIWS Mark 15 (berbeza mengikut kapal, Block 0/1/1A/1B) 2× 4 MK 141 peluru berpandu Harpoon

2× tiub torpedo berkembar-3 Mark 32 12.75 in (324 mm) (torpedo Mk46)
Pesawat yang dibawa: 2 x helikopter SH-60/S-70C(M)-1/2 LAMPS III
Kemudahan penerbangan: Dek penerbangan dan hangar tertutup untuk sehingga dua buah helikopter sederhana

Sejarah sunting

Kapal-kapal ini asalnya telah dipesan oleh Shah (raja) Iran terakhir untuk digunakan di Teluk Parsi dengan peranan pertahanan udara. Shah kemudian digulingkan dalam Revolusi Iran, sebelum Iran menerima penyerahan kapal-kapal ini menyebabkan Tentera Laut A.S mengintegrasikan kapal-kapal ini ke dalam perkhidmatan mereka.

Setiap kapal dinamakan bersempena dengan nama seorang laksamana Tentera Laut A.S yang meninggal dunia dalam pertempuran di Pasifik semasa Perang Dunia II:

Pada tahun 1988–90, Kidd telah menerima "New Threat Upgrade", yang mana membolehkannya diintegrasikan bersama-sama dengan kruiser kelas-Ticonderoga yang dipasang dengan Aegis, di mana kruiser boleh mengawal penerbangan peluru berpandu permukaan ke udara pada Kidd meskipun pembinasa ini kekal senyap secara elektronik. Bagaimanapun, dengan ketibaan kelas-Arleigh Burke yang dilengkapi dengan sistem Aegis telah menpercepatkan persaraan kelas Kidd.[2][4]

Kesemua 4 buah kapal kemudian dibersarakan daripada perkhidmatan dengan Tentera Laut A.S pada akhir tahun 1990an, dan asalnya telah ditawarkan untuk dijual kepada Australia pada tahun 1997 dengan harga A$30 juta sebuah.[5] Pada tahun 1999, tawaran ini telah ditolak berdasarkan masalah utama yang dihadapi oleh Tentera Laut Diraja Australia semasa memperolehi dua buah kapal kapal pendaratan kereta kebal kelas-Newport yang tidak digunakan daripada Tentera Laut A.S pada tahun 1994.[5] Selepas keengganan Australia, 4 buah kapal ini kemudian ditawarkan kepada Greece, yang mana juga telah ditolak oleh mereka.[5]

Penjualan dan pengaktifan semula sunting

Pada tahun 2001, A.S. meluluskan pengaktifan semula dan penjualan kesemua 4 buah kapal kepada Tentera Laut Republik China. Kesemua kapal ini dipindahkan kepada Tentera Laut Republik China di bawah program Kuang Hua VII. Ia telah dijual dengan jumlah harga AS$732 juta dengan perkakasan yang dinaik taraf, pembaikan semula, pengaktifan dan latihan, termasuk beban muatan peluru berpandu lebih rendah iaitu 148 buah peluru berpandu anti kapal SM-2 Block IIIA dan 32 buah RGM-84L Block II Harpoon.[6] Proses pengaktifan semula telah dilakukan di Charleston, Carolina Selatan oleh VSE/BAV.[7]

Pembinasa kelas-Kee Lung sunting

Dua buah kapal pertama, bekas-Scott dan bekas-Callaghan, telah tiba di Su-ao, sebuah pelabuhan tentera di timur Taiwan, pada Disember 2005, dan dinamakan semula sebagai Kee Lung dan Su Ao dalam satu majlish pentauliahan pada 17 Disember 2005. Berdasarkan tradisi menamakan kelas kapal, ROCN telah menamakan kapal-kapal ini sebagai pembinasa kelas-Kee Lung. Dua buah kapal seterusnya, bekas-Kidd dan bekas-Chandler, telah diserahkan pada tahun 2006, dan dinamakan semula sebagai Tso Ying dan Ma Kong.

Dewan Perundangan Yuan yang dikuasai oleh pembangkang asalnya telah memperuntukkan dana yang hanya cukup untuk membeli separuh jumlah peluru berpandu SM-2 yang boleh dibawa oleh kapal pembinasa ini; pembelian tambahan sebanyak 100 buah peluru berpandu SM-2MR kemudian dimasukkan ke dalam belanjawan tahunan pada tahun 2007 bagi memastikan kesemua empat buah kapal membawa jumlah muatan penuh SM-2.

Menjelang akhir tahun 2008, Su Ao telah dilihat membawa lapan buah peluru berpandu anti kapal HF-3 yang dipasang di tempat peluru berpandu anti kapal Harpoon.[8] Berdasarkan spekulasi, bermula tahun 2014 sistem peluru berpandu Sky Bow yang diubah untuk kegunaan di laut, kini dirancang untuk digunakan pada satu program pembinaan kapal yang melibatkan pembelian sehingga 15 buah kapal frigat kegunaan am dan tiga hingga keempat buah pembinasa pertahanan udara[9][10], yang mana juga bertujuan untuk mengantikan sistem peluru berpandu standard yang dipasang pada kapal-kapal ini. Tiada rancangan untuk Mk 26 - versi setara dengan peluru berpandu Sky Bow III yang diketahui wujud.

Kapal-kapal dalam kelas sunting

Nama No. badan Lambang Pembina Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Dibersarakan Status
Kidd DDG-993   Ingalls Shipbuilding 26 Jun 1978 11 Ogos 1979 27 Mac 1981 12 Mac 1998 Dijual kepada Taiwan, 30 Mei 2003; ditauliahkan sebagai ROCS Tso Ying (DDG-1803)
Callaghan DDG-994   23 Oktober 1978 1 Disember 1979 29 Ogos 1981 31 Mac 1998 Dijual kepada Taiwan, 30 Mei 2003; ditauliahkan sebagai ROCS Su Ao (DDG-1802)
Scott DDG-995   12 Februari 1979 1 Mac 1980 24 Oktober 1981 10 Disember 1998 Dijual kepada Taiwan, 30 Mei 2003; ditauliahkan sebagai ROCS Kee Lung (DDG-1801)
Chandler DDG-996   7 Mei 1979 28 Jun 1980 13 Mac 1982 23 September 1999 Dijual kepada Taiwan, 30 Mei 2003; ditauliahkan sebagai ROCS Ma Kong (DDG-1805)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ DDG-993 KIDD-class, diarkibkan daripada yang asal pada 9 March 2016
  2. ^ a b Kidd Class, Destroyer History Foundation, diarkibkan daripada yang asal pada 14 March 2016
  3. ^ Chris Bishop, penyunting (1988). The Encyclopedia of World Sea Power. New York: Crescent Books. m/s. 94. ISBN 0-517-65342-7.
  4. ^ Spruance Class, diarkibkan daripada yang asal pada 14 March 2016
  5. ^ a b c McPhedran, Ian (5 November 1999). "Navy told US ships too risky". Herald Sun. News Corporation. m/s. 26.
  6. ^ "DDG-993 KIDD-class". GlobalSecurity.Org. Dicapai pada 15 April 2010.
  7. ^ "Vsebav completes reactivation of ex-Kidd class guided missile destroyers". PR Newswire. Dicapai pada 25 November 2010.
  8. ^ luke822's album, diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2012, Photo of ship-mounted Hsiung Feng-III Anti-ship missiles taken at Su Ao Harbour
  9. ^ ROC Navy "Year 2020" plan (Traditional Chinese)
  10. ^ Industry briefing released by Navy Command Headquarters, Ministry of National Defense ROC (Traditional Chinese)

Pautan luar sunting