Pembuatan tangkas atau perkilangan tangkas (bahasa Inggeris: agile manufacturing) ialah suatu istilah yang digunakan ke atas sesebuah organisasi yang telah mencipta proses, alatan, dan latihan yang membolehkan ia untuk segera bergerak balas kepada keperluan para pelanggan dan perubahan pasaran sambil tetap mengawal kos dan kualiti yang penting.

Satu faktor pembolehan dalam menjadi sesebuah pengeluar tangkas adalah perkembangan dalam teknologi sokongan perkilangan yang membolehkan para pemasar, pereka dan kakitangan pengeluaran untuk berkongsi sebuah pangkalan data umum bagi alat-alat ganti dan produk-produk, untuk berkongsi data pada keupayaan serta masalah pengeluaran — terutamanya di mana masalah awal yang kecil mungkin mempunyai kesan hiliran yang lebih besar. Adalah pernyataan umum dalam bidang perkilangan, bahawa kos pembetulan bagi isu-isu kualiti bertambah apabila masalah itu bergerak ke hilir. Oleh sebab itu, amatlah penting untuk sesuatu masalah kualiti dibetulkan pada peringkat terawal dalam proses.

Pembuatan tangkas adalah dianggap sebagai langkah berikutnya selepas "perkilangan kurang" (lean manufacturing) dalam evolusi kaedah pengeluaran. Perbezaan utama antara dua amalan ini ialah seperti di antara seorang yang kurus dan seorang lagi berbadan olahragawan, tangkas adalah yang terkemudian. Seseorang boleh menjadi salah satu, kedua-duanya atau bukan kedua-duanya. Dalam teori pengeluaran, menjadi kedua-duanya kerap dirujuk sebagai "leagile". Menurut kata Martin Christopher, apabila sesebuah syarikat telah membuat keputusan yang manakah mereka hendak menjadi, mereka mesti merujuk kepada Kitaran Pesanan Pelanggan (masa pelanggan bersedia menunggu) dan masa yang perlu untuk mendapat bekalan. Jika pembekal mempunyai masa duluan yang pendek, pengeluaran kurangan adalah mungkin. Jikalah kitaran pesanan pelanggan adalah pendek, maka pembuatan tangkas mungkin lebih berfaedah.