Pemejalwapan merupakan proses perubahan keadaan jirim daripada keadaan pepejal kepada keadaan gas. Proses perubahan jirim tanpa menerusi keadaan cecair apabila pepejal itu dipanaskan disebut proses pemejalwapan.

Apabila pepejal seperti ammonium klorida, iodin atau ais kering (karbon dioksida) dipanaskan, tenaga zarah-zarahnya turut bertambah.

Apabila tenaga zarah-zarah cukup untuk mengatasi daya tarikan antara zarah, maka zarah-zarah ini akan terlepas dari permukaan pepejal dan menjadi zarah-zarah gas .Oleh itu, pepejal itu memejalwap menjadi gas.