Pemikiran bawah sedar

Pemikiran bawah sedar (sering kali dipanggil bawah sedar) dalam psikologi (terutamanya psychoanalysis) merujuk kepada kesemua proses fikiran yang di luar kesedaran. Dalam kebudayaan barat konsep ini berasal dalam era romantik dan menjadi menonjol dalam penulisan neurologis Austrian Sigmund Freud. Istilah ini boleh ditakrifkan sebagai semua fenomena mental yang berlaku dalam fikiran seseorang tetapi dia tidak menyedari mengenainya. Fenomena ini termasuk perasaan luar sedar (sering kali ditekan), kemahiran luar sedar atau automatik, persepsi tidak diakui, pemikiran luar sedar, tingkah-laku luar sedar dan tindak balas luar sedar, kompleks, fobia dan keinginan tersembunyi. Dalam psychoanalysis dan psikologi analitik proses kognitif bagi luar sedar di anggap menonjol ("manifest") dalam mimpi dalam bentuk simbolik. Dengan itu fikiran luar sedar boleh dilihat sebagai sumber mimpi dan fikiran automatik (yang muncul tanpa punca yang jelas), simpanan ingatan dilupai (yang mungin masih dapat dicapai pada kesedaran pada masa berikutnya), dan tumpuan bagi pengetahuan dalaman (contoh. semua perkara yang kita pelajari dengan begitu baik sehinggakan kita lakukan tanpa berfikir). Satu contoh biasa operasi luar sedar adalah fenomena hampir diingati, di mana seseorang gagal mengingati sesuatu perkataan serta merta tetapi kemudiannya mendapat satu kesedaran yang memberikan penyelesaiannya kemudian pada hari itu. Dalam kes ini, ia bukanlah perkataan tersebut yang dilupakan, tetapi ia perlu dicapai dari fikiran luar sedar.

Ia telah diajukan bahawa kesedaran dipengaruhi oleh bahagian fikiran yang lain. Bahagian ini termasuk luar sedar sebagai tingkah laku peribadi, kesedaran diri, dan gerak hati. Istilah berkait dengan separa-luar sedar termasuk: jaga, ingatan dalaman ("implicit memory"), perutusan subliminal, sawai (terpukau), hipnagogia, dan hipnosis. Lebih lanjut lagi, sungguhpun tidur, berjalan ketika tidur, bermimpi, meracau dan koma mungkin menandakan kehadiran proses luar sedar, proses ini bukanlah fikiran luar sedar itu sendiri, tetapi adalah simptom.

Secara umumnya, pemikiran manusia boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pemikiran sedar dan pemikiran bawah sedar.Pemikiran sedar yang biasanya lebih dikenali oleh manusia iaitu berkaitan dengan pemikiran yang dapat disedari dan dikawal oleh individu, sebagai contohnya tindakan seperti berjalan,memakan,membaca dan lain lain.Semua tindakan melalui fikiran boleh dikategorikan kepada pemikiran sedar.Berbanding dengan pemikiran sedar, pemikiran bawah sedar menunjukkan misteri yang ingin diketahui oleh orang ramai.Pemikiran bawah sedar ialah pemikiran yang menrefleksikan pemikiran dalaman seseorang, contohnya apabila berlakunya sesuatu yang akan mengancam keselamatan seseorang, dia akan melakukan sesuatu tindakan yang menyelamatkan diri yang tanpa melalui pemikiran sedar otak, atau seseorang melakukan sesuatu tindakan yang dilakukan setiap hari, dia tidak perlu memikir macam mana nak melakukannya kerana pemikiran bawah sedarnya telah membantu melakukannya.

Pemikiran bawah sedar merupakan satu topik yang sangat hangat dalam psikologi.Sejak dari tahun 1915 sedah ada penyelidik mengkaji perkaitan antara pemikiran sedar dan pemikiran bawah sedar. Manusia sangat tertarik dengan kemisteri pemikiran bawah sedar yang menyimpan dan menunjukkan pemikiran dalaman seseorang kerana kami juga tidak dapat megetahui pemikiran dalam diri sendiri sepunuhnya.Walaupun psikologi telah mendapat perkambangan yang pesat dalam zaman ini tetapi kajian terhadap pemikiran bawah sedar masih dalam tahap pengajian, tiada seseorang dapat seratus peratus membuat kesimpulan tentang pemikiran bawah sedar, ia masih merupakan satu kawasan yang misteri bagi manusia.

Tetapi pengajian tentang pemikiran tentang pemikiran bawah sedar telah membuktikan pengaruh pemikiran bawah sedar terhadap kehidupan dan kesihatan seseorang.Melalui kajian terhadap pemikiran bawah sedar penyelidik mendapat sutu perjumpaan yang menarik iaitu pemikiran seseorang akan menjejas perkara yang akan ditemui olehnya.Contohnya seseorang yang berfikiran negatif sering menemui perkara yang kurang baik dan kesihatannya akan terjejas.[perlu rujukan] Ini dapat dibuktikan dengan pertemuan besar dalam bidang sains, contohnya dalam bidang kimia, bulatan benzena ditemui apabila peyelidiknya selalu berfikir dengan corak bagiamana 6 benzena bergaung dan akhirnya dia terfikir seekor ular berapi yang mengigit ekor sendiri apabila dia menaik bas dan menemui corak benzena ring.[perlu rujukan] Oleh itu pemikiran bawah sedar telah membuktikkan perkataan"kamu akan dapat apa yang kamu berfikir"


Rujukan sunting

Nota sunting

Pautan luar sunting