Pemikiran magis ialah satu bentuk pemikiran yang sentiasa mengkaitkan peristiwa yang berlaku dengan kuasa ghaib. Pemikiran adalah berdasarkan andaian segala sesuatu itu adalah hasil daripada pengaruh alam ghaib.

Sebagai contoh, apabila seseorang induvidu-induvidu befikiran magis sedang mengayuh perahu-sampan dia berpendapat bahawa perbuatan mengayuh adalah satu bentuk ritual yang berfungsi memanggil kuasa-kuasa ghaib untuk menolak perahu-sampan sedang dikayuh induvidu-tersebut. Maka inilah apa yang dimaksudkan sebagai pemikiran magis.

Pemikiran magis adalah suatu bentuk pemikiran yang wujud akibat daripada kegagalan seseorang untuk membentuk rangkaian sebab-musabab dari segi fizikal. Mereka sentiasa mecampur-adukkan rangkaian sebab-akibat dengan rangkaian dahulu-selepas (urutan masa). Contohnya: "Komputer Saya rosak sebaik sahaja adikku balik ke rumah. Setiap kali adikku itu balik, komputer saya pasti rosak. Maka sudah tentulah kehadiran adik saya itu menyebabkan komputer saya rosak, kerana dia membawa nasib buruk".

Pemikiran magis merupakan sesuatu yang tidak dapat membantu penyelasaian masalah. Sebalik ia akan merunsingkan setiap induvidu-induvidu terobsesi ataupun obses untuk memiliki daya pemikiran terus ketagihan dengan konsep pemikiran magis kerana sangatlah tidak baik untuk kesihatan mental bangsa-bangsa spesies manusia pada abad moden sebagaimana sedang di-lalui bangsa-bangsa spesies manusia pada masa sekarang kerana pada masa sekarang teramat cukup lengkap dengan segala-gala jenis dan bentuk kemudahan teknologi canggih boleh menjelaskan segala bentuk permasalahan kesihatan bangsa-bangsa spesies manusia dan juga kesemua jenis-jenis bentuk spesies-spesies kehidupan turut diketahui pernah direkodkan.

Sebab-sebab terbentuknya pemikiran magis sunting

Kegagalan untuk membentuk rangkaian sebab-akibat yang munasabah adalah faktor utama yang menyebabkan seseorang berpemikiran magis.

Selain itu satu lagi faktor yang mendorong terbentuknya pemikiran ialah sakit jiwa. Bagi mereka yang menderita penyakit Skizofrenia, mereka juga akan menunjukan gejala dalam bentuk pemikiran magis.

Satu lagi faktor yang membentuk pemikiran magis ialah penglibatan dalam kegiatan perjudian. Oleh kerana perjudian merupakan suatu permainan yang menentukan menang atau kalah secara rambang, maka segala rasional adalah hilang dayanya untuk menyelesaikan masalah menang-kalah dalam perjudian. Maka si penjudi adalah terdorong untuk menyelesaikan masalah dalam perjudian melalui pemikiran magis. Contohnya, Si Ah Kau sentiasa kalah dalam perjudian, maka untuk mengubah nasib ini, maka Ah Kau tercari-cari kuasa luar biasa yang dapat mengubah keadaan ini, kerana, kemenangan dalam judi memamg tidak dapat dicapai melalui usaha ataupun ikthtiar, selain bergantung kepada nasib semata-mata.

Rujukan sunting

Lihat Juga sunting