Pemindahan organ atau transplantasi organ ialah sejenis prosedur perubatan di mana organ dikeluarkan daripada satu tubuh dan diletakkan ke dalam tubuh penerima untuk menggantikan organ yang rosak atau hilang. Penderma dan penerima mungkin berada di lokasi yang sama, atau organ-organ barangkali diangkut dari tempat pendermaan ke lokasi lain. Organ-organ dan/atau tisu yang dipindahkan dalam tubuh badan yang sama dipanggil "autocantuman" atau "autograf" (daripada autograft). Pemindahan yang dilakukan antara dua individu daripada spesies yang sama dipanggil "alocantuman" atau "alograf". Alocantuman ini boleh diperolehi dairipada sumber yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Pemindahan organ
Lakonan semula prosedur pemindahan jantung pertama yang dilakukan di Afrika Selatan pada tahun 1967.
MeSHD016377

Organ-organ yang telah berjaya dipindahkan termasuk jantung, buah pinggang, hati, paru-paru, pankreas, usus, dan timus. Beberapa organ tertentu seperti otak tidak boleh dipindahkan. Tisu termasuk tulang, tendon (kedua-duanya disebut sebagai cantuman otot tulang atau musculoskeletal graft), korneakulit, injap jantung, saraf dan urat. Buah pinggang adalah organ yang paling biasa dipindahkan dalam pembedahan di seluruh dunia, diikuti oleh hati dan kemudian jantung. Cantuman kornea dan otot tulang adalah tisu yang paling biasa dipindahkan melebihi prosedur transplantasi organ lain sebanyak lebih dari sepuluh kali.

Organ diperolehi daripada penderma sama ada individu yang masih hidup, mati otak, atau mati melalui penghentian peredaran darah.[1] Tisu mungkin diperolehi daripada penderma yang mati peredaran darah, serta kematian otak – sehingga 24 jam selepas terhentinya degupan jantung. Tidak seperti organ-organ, kebanyakan tisu (kecuali kornea) boleh diawet dan disimpan sehingga lima tahun lamanya. Proses pemindahan ini telah menimbulkan beberapa isu bioetika termasuk pentakrifan kematian, bilakah dan bagaimana persetujuan harus diberikan untuk organ penderma sebelum ia dipindahkan, dan pembayaran untuk organ-organ ulyang bakal dipindahkan.[2][3] Isu-isu etika lain termasuk pelancongan berasaskan pemindahan organ serta juga konteks sosioekonomi di mana pemindahan sebegini boleh berlaku dalam skop yang lebih meluas, terutamanya isu penyeludupan organ.[4]

Jenis pemindahan sunting

  • Autocantuman (autograf): Pemindahan tisu dalam individu penerima yang sama. Pemindahan ini kadangkalanya dilakukan dengan menggunakan tisu yang berlebihan, boleh tumbuh semula mahupun yang jauh lebih diperlukan di bahagian badan yang lain.
  • Alocantuman (alograf): Pemindahan organ atau tisu antara dua individu yang berbeza genetiknya dalam satu spesies yang sama. Kebanyakan pemindahan organ dan tisu manusia bersifat sebegini. Perbeszaan genetik di antara individu penderma dan penerima menyebabkan sistem imun mengenal pasti organ diterima sebagai suatu bendasing lalu diusahakan agar menyingkirkan organ tersebut.
  • Xenocantuman (xenograf): Pemindahan organ atau tisu dari satu hidupan yang berlainan spesies kepada satu hidupan lain yang juga berlainan spesies.

Organ dan tisu yang boleh dipindahkan sunting

Dada sunting

  • Jantung (penderma mati sahaja)
  • Paru-paru (pemindahan paru-paru antara penderma yang mati dengan yang hidup)
  • Jantung/paru-paru (penderma mati dan pemindahan secara domino)

Abdomen sunting

  • Buah pinggang (penderma mati dan penderma hidup)
  • Hati (penderma mati dan penderma hidup)
  • Pankreas (penderma mati sahaja)
  • Usus (penderma mati dan penderma hidup)
  • Perut (penderma mati sahaja)
  • Testis[5] (penderma mati dan penderma hidup)

Tisu, sel dan cecair sunting

  • Tangan (penderma mati sahaja), penerima pertama: Clint Hallam pada tahun 1984
  • Kornea (penderma mati sahaja)
  • Kulit, termasuk Pencantuman semula muka (autocantuman) dan pemindahan muka (amat jarang berlaku)
  • Pulau Langerhans (pankreas sel-sel pulau kecil) (penderma mati dan penderma hidup)
  • Tulang sum-sum/sel tunjang dewasa (penderma hidup dan autocantuman)
  • Pemindahan darah/transfusi bahagian darah (penderma darah dan autocantuman)
  • Pembuluh darah (autocantuman dan penderma mati)
  • Injap jantung (penderma mati, hidup dan cantuman luar [babi/lembu])
  • Tulang (penderma mati dan penderma hidup)

Rujukan sunting

  1. ^ Manara, A. R.; Murphy, P. G.; O'Callaghan, G. (2011). "Donation after circulatory death". British Journal of Anaesthesia. 108: i108–i121. doi:10.1093/bja/aer357. PMID 22194426.
  2. ^ See WHO Guiding Principles on human cell, tissue and organ transplantation, Annexed to World Health Organization, 2008.
  3. ^ Further sources in the Bibliography on Ethics of the WHO.
  4. ^ See Organ trafficking and transplantation pose new challenges.
  5. ^ Connor, Steve (24 September 1999). "Doctors plan first testicle transplant". The Independent. Dicapai pada 17 April 2013¦location=London. Check date values in: |access-date= (bantuan)

Bacaan lanjut sunting