Pencabaran kedua Donald Trump

Donald Trump, presiden Amerika Syarikat ke-45, telah didakwa untuk kali kedua oleh Dewan Perwakilan pada 13 Januari 2021, seminggu sebelum tempoh jawatan beliau tamat dan Joe Biden mengangkat sumpah pada 20 Januari. Dewan Perwakilan mengadaptasi satu artikel pemecatan terhadap Trump: hasutan mencetuskan pemberontakan. Beliau ialah satu-satunya presiden A.S. yang berdepan pemecatan dua kali. Kali terakhir Trump dipecat dan didakwa adalah pada Disember 2019.[1][2] Pemecatan Trump terjadi pada saat cubaan beliau untuk membatalkan keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020. Artikel pendakwaan turut memetik skandal panggilan telefon Trump–Raffensperger dan tuduhan bahawa beliau menghasut mencetuskan serangan di Kapitol Amerika Syarikat seminggu sebelumnya.[3]

Pencabaran kedua Donald Trump
Dewan Perwakilan mengundi untuk mengadaptasi artikel pemecatan (Resolusi 24 Dewan Perwakilan)
TertuduhDonald Trump, Presiden Amerika Syarikat
Penyokong
Tarikh13 Januari 2021 – kini (3 tahun, 2 bulan dan 15 hari)
Tuduhan
  • Hasutan mencetuskan pemberontakan
Punca
Undian Kongres
Undian di Dewan Perwakilan A.S
TuduhanHasutan untuk memulakan pemberontakan
Undi penyokong232
Undi menentang197
Dikecualikan0
Tidak mengundi4
KeputusanDiluluskan
Undian di Senat A.S.
TuduhanHasutan untuk memulakan pemberontakan
Undi menyokong57
Undi menentang43
KeputusanDigugurkan dakwaan (undian 2/3 di Senat diperlukan untuk sabitan)
Diperkenalkan oleh wakil Dewan Perwakilan David Cicilline, Ted Lieu dan Jamie Raskin

Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi berkata Dewan Perwakilan akan memecat Trump kerana menghasut mencetuskan "pemberontakan bersenjata terhadap Amerika" jika kabinetnya tidak melepaskan kuasa dan tugas beliau serta jika tidak menggunakan Pindaan ke-25.[4] Pada 11 Januari, Pelosi memberi kata dua kepada Naib Presiden Mike Pence untuk menguatkuasakan Pindaan ke-25 dalam tempoh 24 jam atau Dewan Perwakilan akan meneruskan prosiding pemecatan.[5] Pada 12 Januari, dalam surat kepada Pelosi, Pence menjelaskan bahawa beliau tidak akan menggunakan Seksyen 4 Pindaan ke-25, dengan mempercayai bahawa tindakan itu tidak akan "menjadi baik untuk kepentingan negara kita ataupun konsisten dengan Perlembagaan".[6] Walaupun begitu, majoriti Dewan Perwakilan meluluskan resolusi yang mendesak Pence untuk sama ada menguatkuasakan Pindaan ke-25 atau meminta majoriti Dewan Perwakilan untuk memecat Trump.[7]

Pada 11 Januari 2021, sebuah artikel pemecatan yang menuduh Trump dengan "menghasut untuk mencetuskan pemberontakan" terhadap kerajaan A.S. dan "kelakuan tidak sah di Kapitol" diperkenalkan di Dewan Perwakilan.[8] Artikel ini diperkenalkan dengan lebih daripada 200 penaja bersama.[9]

Pemecatan Trump menandakan pemecatan keempat presiden dalam sejarah A.S. Dengan sepuluh wakil Dewan Perwakilan dari parti Republikan memberikan sokongan, resolusi tersebut mendapat undi pro-pendakwaan paling banyak dari parti presiden itu sendiri. Undian ini merupakan pendakwaan yang menerima sokongan dua parti yang berbeza dalam sejarah.[10] Ini adalah pemecatan pertama di mana semua anggota kaukus majoriti memilih sebulat suara untuk pendakwaan. Beberapa senator Republikan telah menyuarakan sokongan untuk mendakwa Trump termasuk Lisa Murkowski dari Alaska dan Ben Sasse dari Nebraska. Sekiranya Senat mengadakan perbicaraan dan majoriti dua pertiga dari para senator memilih untuk mendakwa Trump, beliau akan menjadi presiden pertama dalam sejarah A.S. yang disingkirkan dari jawatan kerana pendakwaan atau bekas presiden pertama yang akan didakwa oleh Senat. Keputusan sama ada akan mencetuskan undi kedua di mana majoriti sederhana di Senat diperlukan untuk membatalkan kelayakan Trump untuk memegang mana-mana jawatan awam di Amerika Syarikat. Sekiranya sabitan berlaku sebelum penggal Trump berakhir, Pence akan menjadi presiden ke-46 dengan segera.[11]

Pada 13 Februari 2021, undian untuk menyabit bekas presiden Donald Trump di Senat A.S. menyaksikan undian 57-43, dengan 7 senator Republikan mengundi bahawa Trump adalah bersalah.[12] Walaubagaimanapun, undian 2/3 diperlukan untuk sabitan berlaku dan kemudiannya pertuduhan ke atas Trump digugurkan. Undian Senat ini dilihat sebagai undian yang paling bipartisan dalam pencabaran pemecatan presiden dalam sejarah Amerika Syarikat.[13]

Rujukan sunting

  1. ^ Fandos, Nicholas (8 Januari 2021). "How to Impeach a President in 12 Days: Here's What It Would Take". The New York Times.
  2. ^ Honig, Opinion by Elie (2019-12-23). "The Trump administration is hiding something". CNN Digital (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-14.
  3. ^ Barrett, Ted; Raju, Manu; Nickeas, Peter. "Pro-Trump mob storms US Capitol as armed standoff takes place outside House chamber". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  4. ^ Conradis, Brandon (7 Januari 2021). "Pelosi vows to impeach Trump again — if Pence doesn't remove him first". The Hill.
  5. ^ "Democrats give VP Mike Pence ultimatum to remove Trump from White House". BBC News. 11 Januari 2021. Dicapai pada 11 Januari 2021.
  6. ^ "READ: Mike Pence's letter to Nancy Pelosi saying he won't invoke 25th Amendment". CNN. 12 Januari 2021. Dicapai pada 13 Januari 2021.
  7. ^ Wise, Alana (12 Januari 2021). "House Approves 25th Amendment Resolution Against Trump, Pence Says He Won't Invoke". NPR. Dicapai pada 13 Januari 2021.
  8. ^ Naylor, Brian (11 Januari 2021). "Impeachment Resolution Cites Trump's 'Incitement' Of Capitol Insurrection". NPR. Dicapai pada 11 Januari 2021.
  9. ^ Moe, Alex; Shabad, Rebecca (11 Januari 2021). "'He threatened the integrity of the democratic system': House introduces one article of impeachment against Trump". NBC News. Dicapai pada 11 Januari 2021.
  10. ^ Sheth, Sonam. "Trump's 2nd impeachment is the most bipartisan in US history". Business Insider. Dicapai pada 2021-01-13.
  11. ^ Williams, Pete (8 Januari 2021). "Can Trump be tried in the Senate on impeachment charges even after he leaves office? Some experts say yes". NBC News. Dicapai pada 9 Januari 2021.
  12. ^ https://www.npr.org/sections/trump-impeachment-trial-live-updates/2021/02/15/967878039/7-gop-senators-voted-to-convict-trump-only-1-faces-voters-next-year
  13. ^ https://www.nytimes.com/2021/02/13/us/politics/trump-impeachment.html

Pautan luar sunting