Pendidikan tinggi atau pendidikan posmenengah (Singapura) ialah tahap pendidikan yang membawa kepada ijazah. Pendidikan tinggi ialah tahap pendidikan pilihan terakhir yang dilalui seorang pelajar selepas pendidikan menengah.[1] Struktur Pengelasan Piawai Pendidikan Antarabangsa menetapkan pendidikan tinggi pada tahap enam, tujuh dan lapan menurut versi 2011.

Hak kepada pendidikan tinggi dinyatakan dalam beberapa pengisytiharan hak asasi manusia antarabangsa seperti ICESCR oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pendidikan tinggi adalah penting dalam ekonomi negara sebagai sebuah industri, dan sumber pekerja yang terlatih dan berpendidikan dalam industri lain. Pekerja-pekerja berpendidikan tinggi memiliki kurang peluang untuk menganggur berbanding dengan pekerja dengan taraf pendidikan yang lebih rendah.[2][3]

Rujukan sunting

  1. ^ Kaplan, Andreas (2021), Higher education at the crossroads of disruption: the university of the 21st century, Emerald Publishing, ISBN 9781800715042
  2. ^ "Risk-Based Student Loans". 2011-09-05. SSRN 1941070. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ OECD, Education at a Glance (2011)

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.