Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia

Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (MH17/MAS17), juga dikenali sebagai Penerbangan 4103 KLM (KL4103/KLM4103) melalui perkongsian kod, adalah sebuah penerbangan penumpang antarabangsa yang dijadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat Boeing 777-200ER tersebut telah ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro-Rusia berdekatan Torez di wilayah yang ditakluk kumpulan pemisah, Donetsk Oblast, Ukraine, kira-kira 40 km (25 batu) dari sempadan dengan Rusia[5] . Pesawat telah ditembak dengan peluru berpandu permukaan-ke-udara buatan Rusia, Buk 9M83, pada 17 Julai 2014. Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam pesawat tersebut maut.[6]

Pesawat 17 Penerbangan Malaysia
9M-MRD, kapal Boeing 777-200ER yang terlibat dalam kejatuhan, dilihat di Rome pada bulan Oktober 2011
Kejadian
Tarikh17 Julai 2014 (2014-07-17)
RingkasanDitembak dengan peluru berpandu permukaan-ke-udara Buk dari Rusia[1][2][3][4]
Tapak kejadianDekat Hrabove, Donetsk Oblast, Ukraine
48°7′56″N 38°39′19″E / 48.13222°N 38.65528°E / 48.13222; 38.65528Koordinat: 48°7′56″N 38°39′19″E / 48.13222°N 38.65528°E / 48.13222; 38.65528
Pesawat
Jenis pesawatBoeing 777-200ER
PengendaliPenerbangan Malaysia
Kod pendaftaran9M-MRD
Asal penerbanganLapangan Terbang Schiphol
DestinasiLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Penumpang283
Anak kapal15
Kematian298 (semua)
Terselamat0

Menurut laporan awal oleh pihak berkuasa Ukraine, pesawat ini telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara jenis Buk oleh para pemisah bersenjata semasa berada pada ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).[7][8]

Kejadian ini merupakan kejadian malang kedua bagi Penerbangan Malaysia, kira-kira empat bulan selepas peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014. Ia juga merupakan peristiwa terbesar penerbangan ini setakat ini; dengan 280 penumpang terlibat, kejadian ini melibatkan lebih ramai penumpang berbanding peristiwa MH370 yang melibatkan 227 penumpang.[9][10]

Kejadian sunting

Penerbangan 17 berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam pada 17 Julai 2014, jam 10:31 pagi (UTC) dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10:10 malam (UTC).[11] Pada sekitar jam 15:30 UTC, Penerbangan Malaysia mengesahkan melalui Twitter bahawa ia telah "putus hubungan" dengan penerbangan MH17 ketika pesawat itu berada kira-kira 30 km dari waypoint TAMAK, kira-kira 50 km daripada sempadan Rusia-Ukraine.[12][13] Pesawat ini membawa 280 penumpang dan 15 krew, dan kesemua mereka dalam pesawat dilaporkan terkorban, namun laporan ini masih belum disahkan secara rasmi.[14]

Pesawat ini terhempas di perkampungan Hrabove, di luar bandar Torez yang terletak dalam Donetsk Oblast di timur Ukraine. Bangkai dan cebisan pesawat dilaporkan bertebaran dalam kawasan berdiameter 15 km (9 batu).[15]

Garis masa penerbangan sunting

Tempoh (JJ:MM) Masa Peristiwa
UTC CEST (Amsterdam) EEST (Ukraine) MYT (Kuala Lumpur)
00:00 10:14 12:14 13:14 18:14 Penerbangan 17 berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol
04:01 14:15 16:15 17:15 22:15 Pesawat hilang dari radar Ukraine

Penumpang dan anak kapal sunting

Penerbangan tersebut memiliki dua kapten, iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin dari Kuala Kangsar dan Eugene Choo Jin Leong (Bahasa Cina: 朱仁隆 Zhū Rénlóng[16]) dari Seremban, dan dua pembantu juruterbang, Ahmad Hakimi Hanapi dan Muhd Firdaus Abdul Rahim.[17]

Penumpang dan krew sunting

Orang-orang di dalam pesawat mengikut kewarganegaraanya[18]
Negara Bilangan
  Australia 27
  Belgium 4
  Canada[a][19] 1
  Germany[b] 4
  Indonesia 12
  Malaysia[c] 43
  Netherlands[d] 193
  New Zealand 1
  Philippines 3
  United Kingdom[e] 10
Total 298

Penerbangan Malaysia telah mengesahkan bahawa terdapat 283 penumpang dan 15 anak kapal di atas kapal MH17.[21] Tiada yang selamat.[22][23][24]Sebilangan wakil dari Persatuan AIDS Antarabangsa berada di penerbangan dalam transit ke persidangan yang diadakan di Melbourne, Australia, termasuk Joep Lange, bekas presiden persatuan.[25] Mangsa lain termasuk ahli senat Belanda Willem Witteveen, isteri dan anak perempuannya,[26] penulis buku Australia Liam Davison dan isterinya,[27] Shuba Jay,[28] serta Siti Amirah, nenek tiri Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.[29]

Penyiasatan sunting

Pada hari kejadian, satu mesyuarat telah diadakan di Kiev di antara Kumpulan Hubungan Tiga Hala (Trilateral Contact Group) yang terdiri daripada wakil-wakil atasan Ukraine, Rusia dan Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), dengan wakil kumpulan gerakan pemisah di Donetsk yang dihubungi melalui sidang video. Dalam mesyuarat ini, wakil gerakan pemisah telah mengatakan bahawa mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Ukraine untuk menyiasat hal kemalangan ini.[30] Namun, pada 18 Julai, kumpulan pemisah tersebut tidak membenarkan OSCE untuk memasuki kawasan tempat kejadian. Sekumpulan 15 peninjau telah melawat kawasan nahas, tetapi mereka tidak mempunyai kebebasan untuk melakukan kerja mereka, dan mereka meninggalkan tempat kejadian 75 minit kemudian.[31] Menurut Majlis Keselamatan dan Pertahanan Kebangsaan Ukraine, semua bahan bukti telah dirampas oleh kumpulan pemisah, dan kumpulan Khidmat Kecemasan Negeri "bekerja dengan diacukan senapang".[32]

Pada 18 Julai, dilaporkan kotak hitam MH17 telah ditemui oleh kumpulan pemisah.[33]

Pada 21 Julai, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menyatakan beliau telah diberitahu oleh Alexander Borodai, pemimpin Republik Rakyat Donetsk, yang kedua-dua kotak hitam itu akan diserahkan kepada pasukan Malaysia.[34][35] Perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit itu diserahkan kemudian di Donetsk. Pasukan Malaysia melaporkan kedua-dua perakam berada "dalam keadaan baik".[36]

Punca sunting

 
Imej satelit disampaikan oleh Rusia Kementerian Pertahanan pada taklimat media mengenai kemalangan MH17. Didakwa diambil beberapa jam sebelum kemalangan itu, di laluan pesawat. Dua "Buk-M1" kenderaan ditanda serta sebuah kereta perisai di kawasan kampung Zaroshchenske.
 
Sistem misil Buk, yang dikatakan telah menjatuhkan MH17

Penerbangan 17 berkemungkinan besar telah ditembak jatuh oleh sistem misil Buk, namun tidak ada pihak – sama ada kumpulan gerakan pemisah, tentera Ukraine atau Rusia – yang mengaku terlibat dengan insiden ini. Beberapa sumber mengatakan pesawat tersebut telah ditembak jatuh oleh kumpulan gerakan pemisah, berdasarkan satu pos yang telah ditulis oleh Igor Girkin, komander Militia Penduduk Donbass, di laman sesawang VKontakte, di mana beliau mengatakan yang mereka "telah memberi amaran – jangan terbang di 'langit kami'". Pos tersebut menyebut tentang sebuah AN-26, kapal terbang pengangkut milik tentera Ukraine, yang telah ditembak jatuh dan terhempas berdekatan sebuah lombong di Torez, bandar di mana MH17 terhempas. Pos ini dipadam apabila Strelkov mengetahui bahawa pesawat yang ditembak itu bukan pesawat tentera, tetapi adalah pesawat komersial.[37][38] Pusat Media Krisis Ukraine mengatakan bahawa kumpulan pemisah mungkin telah tersalah anggap MH17 sebagai pesawat tentera Ukraine.[38]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Dual Canadian-Romanian citizen boarding with Canadian passport.
  2. ^ Including:
    • 1 dual German-Dutch citizen
  3. ^ 28 passengers and 15 crew
  4. ^ Including:
    • 1 dual Dutch-Belgian citizen;
    • 1 dual Dutch-Israeli citizen;
    • 1 dual Dutch-Italian citizen;
    • 1 dual Dutch-American citizen
    • 1 dual Dutch-Malaysian citizen[20]
  5. ^ Including:
    • 1 dual British-South African citizen; and
    • 1 dual British-New Zealand citizen.

Rujukan sunting

  1. ^ "Doomed flight likely downed by pro-Russian separatists; at least 1 American aboard, says Obama". Fox News. 18 Julai 2014. Dicapai pada 18 Julai 2014.
  2. ^ Shear, Michael D.; Sengupta, Somini; Tavernise, Sabrina (18 Julai 2014). "Obama Points to Pro-Russia Separatists in Downing of Malaysia Airlines Plane". The New York Times. Dicapai pada 18 Julai 2014.
  3. ^ Cloud, David S.; Zeitchik, Steven (18 Julai 2014). "Pro-Russia separatists probably shot down airliner, U.S. intelligence agencies say". Los Angeles Times. Dicapai pada 18 Julai 2014.
  4. ^ "MH17 missile 'came from Russia', Dutch-led investigators say". BBC News Online. 28 September 2016. Dicapai pada 2 Oktober 2016.
  5. ^ "Malaysia Airlines plane crashes on Ukraine-Russia border - live". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2014. Dicapai pada 17 Julai 2014.
  6. ^ Zverev, Anton (17 Julai 2014). "Malaysian airliner downed in Ukraine war zone, 295 dead". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2014. Dicapai pada 17 Julai 2014.
  7. ^ Richard Balmforth; Alastair Macdonald; Peter Millership (17 Julai 2014). "Ukraine says Malaysian airliner shot down, 295 dead: agency". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2014. Dicapai pada 18 Julai 2014.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  8. ^ "Malaysian jet 'shot down' over Ukraine". Aljazeera. 17 Julai 2014. Dicapai pada 18 Julai 2014.
  9. ^ "Media Statement & Information on Flight MH370". Malaysia Airlines. Dicapai pada 18 Julai 2014.
  10. ^ Boykoff, Pamela; Moshin, Saima (31 Mac 2014). "Mystery of Malaysia Airlines Flight 370 surfaces pain of 1977 tragedy". CNN. Dicapai pada 17 Julai 2014. The airliner -- a Boeing 737-200 -- crashed into a mangrove swamp as it descended, killing all 100 on board. Before Flight 370, it was the deadliest incident in Malaysian aviation history.
  11. ^ "MH17 - Malaysia Airlines - Flight history - Flightradar24". flightradar24.com. Dicapai pada 18 Julai 2014.
  12. ^ "UPDATE: Malaysia Airlines Confirms It "Lost Contact" With MH17 Over Ukraine". Morning Star. 17 Julai 2014. Dicapai pada 18 Julai 2014.
  13. ^ "Malaysia Airlines Flight MH17 reportedly shot down near Ukraine-Russia border". CBC News. 17 Julai 2014. Dicapai pada 18 Julai 2014.
  14. ^ Dassanayake, Dion (17 Julai 2014). "BREAKING NEWS: Malaysia Airlines plane 'shot down by Russians' killing 295 people". Daily Express. Dicapai pada 18 Julai 2014.
  15. ^ "Malaysia Airlines plane crashes on Ukraine-Russia border - live". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2014. Dicapai pada 18 Julai 2014.
  16. ^ "MH17航班华裔机长父妻均曾就职马航" (Archive). Sina. July 18, 2014. Retrieved on August 22, 2014.
  17. ^ "The crew of MH17" (Archive). The Star. Friday 22 August 2914. Retrieved on 22 August 2014.
  18. ^ "Passenger manifest" (PDF). Malaysia Airlines. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 19 Julai 2014. Dicapai pada 30 Oktober 2014.
  19. ^ Alamenciak, Tim; Gerster, Jane. "Canadian killed in MH17 crash ambitious, bright medical student from Ajax". Toronto Star (20 July 2014). Dicapai pada 20 Julai 2014.
  20. ^ "Remains of Shell worker and baby coming home". The Star. 9 September 2014. Dicapai pada 25 September 2017. The 35, he added, included restaurateur Jenny Loh Yan Hwa, a passenger with dual citizenship, along with Dutch citizens Fan Shun Po and Paul Goes. – The Dutch-Malaysian is counted as Dutch on the manifest
  21. ^ "Travel Advisory – Media Statement 1 : MH17 Incident". Malaysia Airlines. 21 Oktober 2013. Dicapai pada 17 Julai 2014.
  22. ^ "Malaysia Airlines flight MH17 crash: 'Six Britons, 23 US citizens and 80 children' feared dead after Boeing passenger jet 'shot down' near Ukraine-Russia border". The Independent. 17 Julai 2014. Dicapai pada 17 Julai 2014.
  23. ^ http://www.theaustralian.com.au/in-depth/mh17/australians-among-298-killed-on-mh17-crash-in-ukraine/story-fno88it0-1226992935095?nk=b1a068e6fc507a50df0eea4dc15c32cf
  24. ^ Walker, Shaun; Branigan, Tania (17 Julai 2014). "Malaysia Airlines flight MH17 crashes in east Ukraine". The Guardian. Dicapai pada 17 Julai 2014.
  25. ^ "Malaysia Airlines plane MH17 'shot down' in Ukraine - live updates".
  26. ^ "Senator Witteveen (PvdA) omgekomen bij crash – Binnenland – VK". De Volkskrant. Dicapai pada 18 Julai 2014.
  27. ^ "Victorians among those killed in MH17 crash: Premier". Bendigo Advertiser. Dicapai pada 19 Julai 2014.
  28. ^ "Malaysian actress, Dutch hubby and baby die with MH17". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2014. Dicapai pada 19 Julai 2014.
  29. ^ "Malaysia PM's grandmother killed on Flight MH17". Telegraph Media Group Limited. Dicapai pada 19 Julai 2014.
  30. ^ "Press statement by the Trilateral Contact Group". osce.org. Kyiv, Ukraine: Organization for Security and Co-operation in Europe. 18 Julai 2014. Dicapai pada 19 Julai 2014.
  31. ^ "'Drunk' Gunmen Keep OSCE Monitors From Malaysia Jet Crash Site". NBC News. 18 Julai 2014. Dicapai pada 19 Julai 2014.
  32. ^ "Terrorists Seize All Evidence from the Site of the Terrorist Attack on Boeing 777. State Emergency Services Work Literally at Gunpoint – NSDC". Censor.NET. 18 Julai 2014. Dicapai pada 19 Julai 2014. Teams of State Emergency Service are working at gunpoint, the evidence is being seized by terrorists, said National Security and Defense Council.
  33. ^ "Malaysia Airlines MH17 black boxes reportedly recovered, Russia denies it will take them from rebels | National Post". News.nationalpost.com. 22 Mei 2014. Dicapai pada 19 Julai 2014.
  34. ^ "MH17 plane crash: Train with bodies leaves Ukraine station". BBC News. 21 Julai 2014. Dicapai pada 21 Julai 2014.
  35. ^ Herszenhorn, David M.; Tavernise, Sabrina; Bradsher, Keith (21 Julai 2014). "Ukraine Separatists Agree to Release Bodies and Black Boxes". The New York Times. Dicapai pada 21 Julai 2014.
  36. ^ "MH17 plane crash: Ukraine rebels hand over black boxes". BBC News. 21 Julai 2014. Dicapai pada 21 Julai 2014.
  37. ^ Miller, Christopher (18 Julai 2014). "Pro-Russian Rebel Commander: 'We Did Warn You — Do Not Fly in Our Sky'". Kiev, Ukraine: Mashable. Dicapai pada 19 Julai 2014.
  38. ^ a b Sterbenz, Christina (18 Julai 2014). "Pro-Russian Rebel Leader: 'We Have Warned Them — Not To Fly In "Our Sky"'". Business Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Julai 2014. Dicapai pada 19 Julai 2014. Strelkov, also known as Girkin, posted on Thursday at 9:50 am EST on VKontakte, Russia’s version of Facebook. Most notably, he wrote, “We have warned them — not to fly in ‘our sky.’”

Pautan luar sunting