Pengangkutan antara mod

Pengangkutan antara mod merujuk kepada proses pengangkutan kargo di dalam kontena atau bekas kargo yang lain, yang menggunakan pelbagai mod pengangkutan seperti keretapi, kapal dan trak, tanpa pengendalian kargo itu sendiri semasa dalam proses pertukaran mod. Kaedah ini meminimumkan pengendalian kargo, meningkatkan tahap keselamatan, mengurangkan kerosakan dan kehilangan, dan mempercepatkan proses pengangkutan.

Peralatan sunting

Kontena sunting

 
Kontena di Pelabuhan Kuantan

Kontena ialah peralatan utama dalam pengangkutan antara mod, terutamanya yang melibatkan kapal kontena. Kontena piawai ialah yang berdimensi 8 kaki (2438 mm) lebar × 8 kaki (2438 mm) tinggi. Sejak pengenalannya, kontena dibuat pada ketinggian yang pelbagai, seperti 8 kaki 6 inci (2591 mm), 9 kaki 6 inci (2896 mm) dan 10 kaki 6 inci (3200 mm). Panjang kontena yang biasa digunakan ialah 20 kaki, 40 kaki dan 45 kaki. Kontena dibuat dari keluli dan boleh ditindan di atas kontena yang lain.

Ada pelbagai variasi kontena seperti yang ditetapkan oleh ISO 6346 seperti kontena pendingin untuk kargo mudah rosak, kontena tangki untuk kargo cecair, kontena buka atas untuk kargo tinggi, dan kontena rak rata untuk kargo bersaiz lebih besar dan mesin berat.

 
Kontena diangkut menggunakan keretapi di UK.


Alat pengendalian sunting

 
Kren pengangkat kontena di Pelabuhan Melbourne, Australia

Alat pengendalian direka bentuk bagi memudahkan pemindahan kontena antara keretapi, trak dan kapal. Antaranya:

  • Kren dermaga digunakan untuk memindahkan kontena dari kapal ke atas trak atau sebaliknya. Kren dermaga mempunyai landasannya sendiri dan sebuah batang galang yang merentasi badan kapal yang terdapat padanya spreader untuk mengangkat kontena.[1]
  • Kren lapangan atau kren gantri tayar getah menggunakan tayar untuk bergerak ke pelbagai arah bagi memastikan letakan kontena yang tepat dan pantas. Kren jenis ini digunakan di laman kontena untuk memindahkan kontena dari laman ke atas trak atau sebaliknya.[1]
  • Penindan digunakan untuk menindan kontena ke atas kontena yang lain, biasanya digunakan untuk menindan kontena kosong di laman kontena ataupun menindan kontena ke atas gerabak keretapi.[1]

Kenderaan antara mod sunting

  • Keretapi - kontena diangkut menggunakan jaringan keretapi dari terminal kontena darat ke terminal kontena maritim atau sebaliknya. Kebiasannya gerabak yang digunakan boleh ditindan dengan satu kontena, tetapi di negara-negara seperti di Amerika Utara, terdapat gerabak khas yang boleh ditindan dengan dua konten.
  • Kapal kontena - Kapal kontena membawa kontena menggunakan laluan laut sebelum memunggahnya di terminal kontena maritim. Kontena kemudiannya dipindahkan kepada mod trak ataupun keretapi. Proses sebaliknya juga berlaku, apabila kontena dari trak atau keretapi dipunggah ke terminal kontena maritim, dan kemudiannya dimuatkan ke atas kapal kontena untuk dibawa ke destinasi yang lain.
  • Trak - Trak menghubungkan terminal kontena darat, terminal kontena maritim dan depoh kontena.
 
Gerabak dwitindanan pada sebuah keretapi kontena
 
Kapal kontena CMA CGM Balzac
 
Sebuah trak sedang membawa kontena di AS

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Rushton, A., Oxley, J., Croucher, P. (2004) The Handbook of Logistics and Distraibution Kogan: London

Bibliografi sunting

  • DeBoer, David J. (1992). Piggyback and Containers: A History of Rail Intermodal on America's Steel Highway. Golden West Books, San Marino, CA. ISBN 0-87095-108-4.
  • Sidney, Samuel (1846). Gauge Evidence: The History and Prospects of the Railway System. Edmonds, London, UK. No ISBN.

Pautan luar sunting