Pengeboman Brussels 2016

Pada 22 Mac 2016 waktu pagi, berlakunya tiga pengeboman terselaras di Belgium: dua di Lapangan Terbang Brussels di Zaventem, dan satu lagi di stesen metro Maalbeek di Brussels. Dalam serangan ini, 32 mangsa dan tiga penyerang berani mati terbunuh sementara 300 orang lain cedera. Sebutir lagi bom ditemui dalam serbuan lapangan terbang. Negara Islam Iraq dan Syam (ISIL) mengaku bertanggungjawab atas serangan ini.[1]

Pengeboman ini adalah tindakan pengganas yang paling dahsyat sepanjang sejarah Belgium. Kerajaan Belgian telah mengisytiharkan perintah berkabung selama tiga hari.

Latar belakang sunting

Belgium merupakan peserta dalam usaha campur tangan ketenteraan terhadap ISIL sepanjang Perang Saudara Iraq.[2] Pada 5 Oktober 2015, sebuah pesawat F-16 Belgium menjatuhkan bom pertamanya ke atas sasaran ISIL di timur Baghdad.[3] Pada 12 November 2015, Iraq mengingatkan para peserta campur tangan bahawa pemimpin Daesy telah mengarahkan serangan balas terhadap negara pencampur tangan.[4]

Belgium mempunyai perkadaran jumlah warganegara yang berjuang untuk angkatan jihadi sebagai yang terbanyak dalam kalangan negara Eropah Barat dengan kira-kira 440 orang Belgium bertolak ke Syria dan Iraq setakat Januari 2015.[5][6] Kelemahan persiapan keselamatan Belgium serta agensi perisikan yang saling berbalah menjadikan negara tersebut pusat perekrutan dan kegiatan jihadi.[7]

Pengeboman sunting

Terdapat tiga pengeboman terancang: dua di Lapangan Terbang Brussels dan satu lagi di stesen tren metro Maalbeek.[8]

Lapangan Terbang Brussels sunting

Terdapat dua kejadian letupan di balai perlepasan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa di Zaventem, pada jam 07:58 waktu tempatan:[9] satu di sebelah kaunter daftar masuk British Airways dan Iberia, dan yang satu lagi di antara kedai kopi Starbucks dan kaunter daftar masuk Brussels Airlines Letupan itu memecahkan tingkap dan menyebabkan kemusnahan besar di dalam bangunan.[10]

Dilaporkan bahawa tembakan dilepaskan, bahkan seorang pekerja mengaku terdengar sesiapa menjerit dalam bahasa Arab sebelum letupan.[11][12][13] Bom ketiga dijumpai dalam serbuan kapal terbang lalu dimusnahkan secara terkawal.[14] Pendakwa raya Belgium mengesahkan bahawa pengebom berani mati telah meledakkan bom paku.[15]

Selepas serangan, kerajaan Belgium mengenakan tahap pengawasan ancaman pengganas tertinggi pada seluruh negara.[9][16] Lapangan terbangnya ditutup, dan semua perlepasan dan perjalanan tren ke lapangan terbang dibatalkan.[17][18] Lapangan terbang pada mulanya dijangka tutup hingga 24 Mac, tetapi ditunda berkali-kali hingga akhirnya buka pada 3 April.[19] Semua penerbangan masuk dibatalkan atau dialihkan ke lapangan terbang berdekatan, termasuk Charleroi, Ostend–Bruges, and Schiphol.[20]

Stesen metro Maalbeek sunting

Sejam selepas letupan di lapangan terbang, berlakunya satu lagi letupan di gerabak tengah tren tiga gerabak di stesen metro Maalbeek yang terletak berdekatan dengan ibu pejabat Suruhanjaya Eropah di tengah-tengah Brussels, 10 kilometer (6 bt) dari lapangan terbang. Letupan itu berlaku pada jam 09:11 CET.[18][21][22]

Tren berkenaan sedang berjalan ke arah pusat bandar dan baru bertolak dari stesen Maalbeek sewaktu bom meletup.[23][24][25] Pemandunya segera berhenti membantu untuk mengeluarkan penumpang.[26][27] Operasi Brussels Metro digantung pada pukul 09:27.[18][28]

Mangsa sunting

Mangsa terkorban mengikut kewarganegaraan[29]
Kewarganegaraan Kematian
  Belgium * 16
  Amerika Syarikat 4
  Belanda 2
  Sweden 2
  China 1
  Perancis 1
  India 1
  Itali 1
  Liberia 1
  Maghribi /   Belgium 1
  Sepanyol /   Itali /   Jerman 1
  Peru 1
  Poland 1
  United Kingdom 1
Jumlah * 32
* Sesetengah mangsa memegang kewarganegaraan berganda. Kiraan berasaskan data awal dan mungkin tidak lengkap.

Dalam pengeboman, 35 orang[30][31] termasuk tiga pengebom berani mati terkorban dan lebih 300 lagi cedera, 62 daripadanya parah. 17 batang mayat ditemui di Lapangan Terbang Brussels Airport dan 14 lagi di stesen Maalbeek.[32] 4 orang lagi mati akibat kecederaan di hospital.[33] 81 orang lagi cedera di lapangan terbang, dan yang selebihnya cedera di stesen metro.[34] Kejadian pengeboman ini adalah tindakan pengganas yang paling dahsyat dalam sejarah Belgium.[35]

16 mangsa yang maut adalah warganegara Belgium, sementara yang selebihnya dari lapan buah bangsa lain.[32] Antara yang maut di Zaventem ialah André Adam, bekas Wakil Tetap Belgium ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan selepas itu, bekas Duta ke Amerika Syarikat.[36][37]

Suspek sunting

Dua orang adik-beradik, Ibrahim dan Khalid El Bakraoui, dipercayai melakukan dua pengeboman berani mati sewaktu kejadian.[38] Menurut rakaman CCTV lapangan terbang, Ibrahim kelihatan bersama dua orang lain;[22] salah seorangnya dikenal pasti sebagai Najim Laachraoui[38] yang juga melakukan pengeboman berani mati sewaktu serangan.[39] Ketiga-tiga suspek yang dikenal pasti dikaitkan dengan sarang pengganas yang merancang serangan di Paris pada November 2015.[40]

Dalam rakaman tersebut, suspek bertiga kelihatan menolak beg pakaian yang dipercayai mengandungi bom-bom yang terletup di balai perlepasan. Seorang pemandu teksi yang membawa mereka ke lapangan terbang berkata, dia cuba menolong mereka dengan bagasi tetapi disuruh pergi oleh mereka.[41] Ibrahim dan Laachraoui masing-masing kelihatan memakai sarung tangan yang mungkin menyorokkan suis pemetik bahan letupan.[42]

Dalam 90 minit selepas kejadian di lapangan terbang, kawasan di sekeliling apartmen di Schaerbeek, sebuah daerah utara Brussels, ditutup oleh polis. Pihak berkuasa menerima risikan daripada seorang pemandu teksi sebaik sahaja menyiarkan gambar-gambar suspeknya beberapa jam selepas serangan.[43] Di dalam rumah berkenaan, mereka menemui sebutir bom paku, 15 kilogram (33 lb) aseton peroksida, 151 liter (33 imp gal; 40 US gal) aseton, hampir 30 liter (7 imp gal; 8 US gal) hidrogen peroksida, bahan-bahan lain untuk letupan, dan sehelai bendera ISIL.[44][45] Sekurang-kurangnya seorang penghuni telah melaporkan bau-bau yang luar biasa kepada polis, maka anggota polis Agent de Quartier Philippe Swinnen melawat bangunan berkenaan dua kali dalam tiga bulan tanpa masuk.[46]

Pihak berkuasa turut menemui sebuah komputer riba yang milik Ibrahim El Bakraoui di dalam tong sampah di sebelah rumah.[47] Di dalam komputer tersebut terdapat nota bunuh diri yang mana Ibrahim meluahkan rasa "tertekan", tergugat, dan "takut akan alam baqa yang abadi".[48] Ia juga mengandungi gambar-gambar kediaman dan pejabat Perdana Menteri Belgium, Charles Michel, beserta maklumat tentang pelbagai lokasi lain di Brussels.[49]

Kesan sunting

Serbuan dan geledahan dilangsungkan di seluruh Belgium, malah keselamatan diperketyat di beberapa negara ekoran kejadian ini.[50][51]

Belgium sunting

 
Iklan digital di Brussels tertera dalam bahasa Perancis, "Kekal di tempat masing-masing, elakkan semua pergerakan, dan utamakan komunikasi melalui SMS atau rangkaian sosial".
 
Orang berkumpul, lukisan kapur dan bunga-bungaan buat mangsa. Mesej terbesar bertulis, "Brussels adalah indah", diimbuhi dengan catatan "Hentikan keganasan", "Hentikan perang", "Bersatu", dan "Kemanusiaan".

Pihak berkuasa menggantung keluar masuk pesawat ke lapangan terbnag dan mengosongkan bangunan terminalnya.[9] Lapangan terbang ditutup kepada lalu lintas penumpang dan tarikh pembukaan semulanya ditunda berkali-kali sehingga akhirnya dibuka pada 3 April. Bangunan Berlaymont yang terletak di sebelah Maalbeek dan merupakan ibu pejabat Suruhanjaya Eropah, dikenakan perintah berkunci. Letupan terkawal dilakukan ke atas objek-objek mencurigakan di sekitar stesen Maalbeek.[52]

Semua pengangkutan awam di ibu kota diberhentikan akibat kejadian.[53] Stesen-stesen Brussels Utara, Brussels Pusat, dan Brussels Selatan dikosongkan dan ditutup, sementara perjalanan Eurostar ke stesen Brussels Midi dibatalkan. Semua tren dari Paris ke Brussels juga dibatalkan. Teksi-teksi Brussels mengangkut penumpang secara percuma sepanjang tempoh penggantungan.[54] Stesen keretapi Paris Nord yang melayan Brussels turut ditutup sementara.[17]

Kementerian Dalam Negeri Belgium meningkatkan tahap berjaga-jaga seluruh negara kepada tahap tertinggi ekoran kejadian.[55] Kerajaan mengeluarkan amaran bahawa sesetengah pesalah masih bebas berkeliaran serta menggesa rakyat untuk menghubungi rakan-rakan dan saudara mara melalui media sosial untuk mengelak daripada menyesakkan rangkaian telefon.[56]

Dua buah loji janakuasa nuklear Belgium – Tihange dan Doel – dikosongkan separa-separa sebagai langkah berjaga-jaga.[57]

Pemeriksaan sempadan sementara dilaksanakan oleh pihak berkuasa Belgium dan Perancis di beberapa lintasan utama pada sempadan antara kedua-dua negara.[58]

Kerajaan pusat Belgium mengisytiharkan tempoh berkabung rasmi selama tiga hari,[59] mulai Selasa hingga Khamis, bahkan bendera-bendera dikibarkan separuh tiang di tempat-tempat awam.[60]

Juga pada 23 Mac, pertubuhan-pertubuhan seperti "Liga Imam di Belgium" dan "Eksekutif Ummah Belgium" umum-umum mengecam tindakan pengeboman serta menyampaikan takziah kepada mangsa-mangsa dan keluarga-keluarga mereka.[61]

Negara lain sunting

Sebaik sahaja berita kejadian tersebar, keselamatan dipertingkat, terutamanya di lapangan terbang, stesen keretapi dan pusat-pusat pengangkutan yang lain di China,[62] Denmark,[63][64] Perancis,[65] Jerman,[54] Greece,[66] Indonesia,[67] Ireland,[68] Itali,[69] Jepau,[70] Malaysia,[71] Malta,[72] Belanda,[73][74][75] Filipina,[76] Thailand,[77] United Kingdom,[50][78] dan Amerika Syarikat.[79] Begitu juga, Portugal mengosongkan ruang daftar masuk selama 20 minit disebabkan bagasi terbiar yang mencurigakan.[80] Selain itu, Israel membatalkan penerbangan dari Eropah sepanjang hari kejadian;[81] polis tambahan dikerah ke sempadan Belgium–Belanda;[82] Pejabat Luar Negara dan Komanwel UK berkata bahawa pihak berkuasa Belgium berpesan supaya tidak melancong tanpa perlu ke Brussels;[83][84] dan para pegawai Kedutaan AS di Brussels mengingatkan tentang kemungkinan serangan menyusul dan mencadangkan supaya "berlindung di dalam dan mengelakkan semua pengangkutan awam".[40]

Reaksi sunting

Dalam ucapan siar raya pada 22 Mac, Raja Philippe meluahkan rasa dukacita baginda dan Permaisuri terhadap kejadian. Baginda menawarkan sokongan sepenuhnya kepada anggota-anggota pasukan kecemasan dan petugas keselamatan awam.

Ekoran kejadian, beberapa bangunan seluruh dunia disuluhi warna-warna bendera Belgium, termasuklah Gerbang Brandenburg di Berlin, Menara Eiffel di Paris, Air Pancut Trevi di Rom, National Gallery di Trafalgar Square, London, dan Burj Khalifa di Dubai.[85] Gabenor New York, Andrew Cuomo mengumumkan bahawa One World Trade Center selaku pencakar langit tertinggi di Hemisfera Barat akan diterangi dengan warna-warna bendera Belgium pada malam hari kejadian, sementara puncak menara Empire State Building dimalapkan.[86] Toronto Sign turut diterangi dengan warna-warna Belgium pada malam serangan.[87]

Rujukan sunting

  1. ^ "Another bomb found in Brussels after attacks kill at least 34; Islamic State claims responsibility". The Los Angeles Times. Dicapai pada 22 March 2016.
  2. ^ Nigel Morris (27 September 2014). "Iraq: Danes send attack planes". Belfast Telegraph. Dicapai pada 22 March 2016.
  3. ^ "Belgian and RNLAF F-16s Go Dutch Supporting Iraqi Forces". Aviation Week. 6 October 2014.
  4. ^ "Al-Baghdadi ordered attack on anti-ISIS coalition, Iraq warned France 1 day before Paris carnage". Reuters. Dicapai pada 29 March 2016.
  5. ^ Nina Elbagir; Bharati Nailk; Laila Ben Allal (22 March 2016). "Belgium: Europe's front line in the war on terror". CNN. Dicapai pada 22 March 2016.
  6. ^ Neumann, Peter. "Foreign fighter total in Syria/Iraq now exceeds 20,000; surpasses Afghanistan conflict in the 1980s". ICSR. Dicapai pada 23 March 2016.
  7. ^ "How Belgium Became a Jihadist-Recruiting Hub". The Wall Street Journal. Dicapai pada 22 March 2016.
  8. ^ Dearden, Lizzie (22 March 2016).
  9. ^ a b c "Brussels Zaventem airport and metro explosions 'kill at least 13'". BBC. 22 March 2016. Dicapai pada 22 March 2016.
  10. ^ "14 dead, dozens injured in suicide attack at Brussels airport". RT International. 22 March 2016.
  11. ^ "Brussels explosions: Many dead in airport and metro terror attacks". BBC News. Dicapai pada 22 March 2016.
  12. ^ Natalia Drozdiak; Gabriele Steinhauser (22 March 2016). "Brussels Rocked by Terrorist Attacks, Killing at Least 27 People". The Wall Street Journal. Dicapai pada 22 March 2016.
  13. ^ Thomson Reuters Foundation. "Attacks on Brussels airport, metro station kill around 20 – Belgian media". Dicapai pada 22 March 2016.
  14. ^ "Third Brussels airport bomb destroyed in controlled explosion: governor". Reuters. 22 March 2016. Dicapai pada 28 March 2016.
  15. ^ J.V. et A.P. (23 March 2016). "Le troisième kamikaze identifié, un testament retrouvé à Schaerbeek". RTBF Info.
  16. ^ "Several dead in Brussels airport explosions". www.thenews.com.pk. Dicapai pada 22 March 2016.
  17. ^ a b "Brussels explosions: Full list of Zaventem airport diverted, cancelled and arrived flights". International Business Times UK. Dicapai pada 22 March 2016.
  18. ^ a b c Lizzie Dearden (22 March 2016). "Brussels attacks timeline: How bombings unfolded at airport and Metro station". The Independent. Dicapai pada 22 March 2016.
  19. ^ "Alert Message Detail". Brussels Airlines. Dicapai pada 25 March 2016.
  20. ^ "Vluchten naar Brussel wijken uit naar Schiphol". NU. 25 March 2016.
  21. ^ Victoria Shannon (22 March 2016). "Brussels Attacks: What We Know and Don't Know". The New York Times. Dicapai pada 22 March 2016.
  22. ^ a b Bill Chappell (22 March 2016). "Terrorist Bombings Strike Brussels: What We Know". NPR. Dicapai pada 22 March 2016.
  23. ^ "How the Brussels Attacks Unfolded". abcNews. 23 March 2016.
  24. ^ "Brussels Metro Survivor Describes 'Blanketed Thud' and 'Cloud of Dust' After Explosion". abcNews. 22 March 2016.
  25. ^ hrt. "Vrees voor doden bij explosie in metrostation Maalbeek". De Standaard. Dicapai pada 22 March 2016.
  26. ^ "Second suspect believed to be involved in Brussels metro attack". The Herald. 25 March 2016.
  27. ^ "Le conducteur du métro attaqué à Maelbeek: "J'ai fait ce que j'avais à faire"". RTBF. 22 March 2016.
  28. ^ STIBMIVB (22 March 2016).
  29. ^ "Polish woman among Brussels victim". thenews. Dicapai pada 30 March 2016.
  30. ^ "Brussels Attacks Death Toll Lowered To 32".
  31. ^ "Brussels airport delays reopening, Belgium lowers attacks toll to 32".
  32. ^ a b "Brussels airport delays reopening, Belgium lowers attacks toll to 32". AFP. 29 March 2016. Dicapai pada 27 March 2016.
  33. ^ "Death toll in Brussels terror attacks rises to 35". CNN. Dicapai pada 28 March 2016.
  34. ^ Kim Hjelmgaard; Delphine Reuter; John Bacon (22 March 2016). "Islamic State claims responsibility for Brussels attack that killed dozens". USA Today. Dicapai pada 22 March 2016.
  35. ^ Neuger James; Jonathan Stearns. "Belgium's Worst Terror Attack Ever Leaves 31 Dead in Brussels". Bloomberg Business. Bloomberg Business. Dicapai pada 22 March 2016.
  36. ^ Gillian Mohney (25 March 2016). "Former Belgian Ambassador to US Among Dead in Terror Attacks". ABC News.
  37. ^ Michael Pearson (25 March 2016). "'I'm very lucky' -- Brussels attack survivors tell their stories". CNN.
  38. ^ a b "Brussels attacks: 'Two brothers' behind airport suicide bombings". BBC News. 23 March 2016. Dicapai pada 23 March 2016.
  39. ^ "Najim Laachraoui, tweede dode terrorist in Zaventem". deredactie.be. 23 March 2016. Dicapai pada 23 March 2016.
  40. ^ a b Michael Isikoff (22 March 2016). "U.S. officials believe more terrorists tied to Brussels attack are at large, plotting new strikes". Yahoo! News. Dicapai pada 22 March 2016.
  41. ^ David Lawler; Danny Boyle; James Rothwell (22 March 2016). "Brussels attacks: suicide bomber was known militant deported from Turkey to Europe, president says - live". The Daily Telegraph. Dicapai pada 22 March 2016.
  42. ^ "This detail about how the suspected Brussels suicide bombers wore their gloves might have been a giveaway". Business Insider. Dicapai pada 22 March 2016.
  43. ^ "In Brussels Bombing Plot, a Trail of Dots Not Connected". The New York Times. 27 March 2016. Dicapai pada 27 March 2016.
  44. ^ Alissa J. Rubin; Kimiko de Freytas-Tamura; Aurelien Breeden (23 March 2016). "Brothers Among 3 Brussels Suicide Attackers; Another Assailant Is Sought". The New York Times. Dicapai pada 23 March 2016.
  45. ^ "Eén verdachte wordt momenteel ondervraagd". Gazet van Antwerpen. 23 March 2016. Dicapai pada 23 March 2016.
  46. ^ Andrew Higgins; Kimiko de Freytas-Tamura (26 March 2016). "In Brussels Bombing Plot, a Trail of Dots Not Connected". The New York Times. Dicapai pada 28 March 2016.
  47. ^ Alastair Jamieson; Annick M'Kele (23 March 2016). "Brussels Attacks: El Bakraoui Brothers Were Jailed for Carjackings, Shootout". NBC News. Dicapai pada 23 March 2016.
  48. ^ "Zelfmoordenaar laat laptop met testament achter in vuilnisbak". De Morgen. Dicapai pada 25 March 2016.
  49. ^ Raf Casert (30 March 2016). "A Belgian official says laptop used by one of the Brussels bombers contained images of the Belgian prime minister's home and office, heightening fears after last week's attacks on the airport and subway system". U.S. News & World Report. Associated Press. Dicapai pada 1 April 2016.
  50. ^ a b "Brussels attacks: Latest updates – BBC News". BBC. Dicapai pada 22 March 2016.
  51. ^ "Brussels attacks: Police hunt Zaventem bombings suspect". BBC News. 22 March 2016. Dicapai pada 22 March 2016.
  52. ^ "Explosionen in Brüssel – was bisher bekannt ist" (dalam bahasa German). Tagesschau. 22 March 2016. Dicapai pada 22 March 2016. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  53. ^ "Live: Belgium terror threat raised to highest level". ABC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 March 2016.
  54. ^ a b "Liveblog zu Attentaten in Brüssel" (dalam bahasa German). Tagesschau. 22 March 2016. Dicapai pada 22 March 2016. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  55. ^ "Deadly explosions rock Brussels Airport". CBS News. Dicapai pada 22 March 2016.
  56. ^ "Belgian officials urge people to use social media in wake of bombings". The Washington Post. 22 March 2016. Dicapai pada 27 March 2016.
  57. ^ "ISIS claims credit for attacks killing 30 in Brussels". CNN. Dicapai pada 22 March 2016.
  58. ^ Julien Absalon (22 March 2016). "Attentats à Bruxelles : des contrôles renforcés à la frontière franco-belge". RTL. Dicapai pada 22 March 2016.
  59. ^ "Brussels attacks: Belgium mourns amid hunt for suspect". BBC News. 23 March 2016.
  60. ^ "Belgium to Begin 3 Days of National Mourning". The New York Times. 22 March 2016. Dicapai pada 22 March 2016.
  61. ^ F., K. (22 March 2016). "Les leaders de la communauté musulmane de Belgique condamnent les attentats de Bruxelles". RTBF. Dicapai pada 23 March 2016.
  62. ^ "China beefs up airport security after Brussels attack". Agence-France Presse. The Borneo Post. 25 March 2016. Dicapai pada 25 March 2016.
  63. ^ Nordjyllands Politi (22 March 2016). "Nordjyllands Politi følger situationen i Bruxelles tæt". Dicapai pada 22 March 2016.
  64. ^ Københavns Politi (22 March 2016). "Vi er opmærksomme på det der er sket i Bruxelles. Der..." Twitter. Dicapai pada 22 March 2016.
  65. ^ SkyNews (22 March 2016).
  66. ^ "Airports boost security, many flights cancelled in wake of Brussels attacks". The Toronto Star. 22 March 2016. Dicapai pada 22 March 2016.
  67. ^ Fardah; Priyambodo RH (25 March 2016). "Indonesia tightens security measures following Brussels attacks". Antara. Dicapai pada 25 March 2016.
  68. ^ "Armed Gardaí to patrol Dublin Airport in response to Brussels attacks". Newstalk. 24 March 2016. Dicapai pada 24 March 2016.
  69. ^ "Alfano: allerta 2, ci saranno espulsioni". ANSA.it. 22 March 2016.
  70. ^ "Abe denounces attacks in Belgium, hikes security as ministry warns Japanese travelers". The Japan Times. 22 March 2016. Dicapai pada 22 March 2016.
  71. ^ "Brussels attack: MAHB strengthens security at airports". Bernama. Astro Awani. 25 March 2016. Dicapai pada 25 March 2016.
  72. ^ "Brussels blasts – Malta steps up security as a precaution". Times of Malta. 22 March 2016.
  73. ^ "Rutte opnieuw: 'Wij zijn met meer'". Telegraaf. 22 March 2016. Dicapai pada 22 March 2016.
  74. ^ "Rutte: aanslagen Brussel aanval op vrijheid en veiligheid". nos.nl. Dicapai pada 22 March 2016.
  75. ^ "Schiphol verscherpt maatregelen". Telegraaf (dalam bahasa Belanda). Dicapai pada 22 March 2016.
  76. ^ Esmaquel, Paterno II (22 March 2016). "Aquino: Tighten airport security after Brussels explosions". Rappler. Dicapai pada 23 March 2016.
  77. ^ Suchat Sritama (24 March 2016). "Thailand offers condolences, boosts security". The Nation. Dicapai pada 24 March 2016.
  78. ^ Ashley Cowburn; Lizzie Dearden; Samuel Osborne (22 March 2016). "Brussels attacks live updates: ISIL claims responsibility for bombings that have killed 31 as police launch raids". The Independent. Dicapai pada 22 March 2016.
  79. ^ Alissa J. Rubin; Aurelien Breeden; Anita Raghavan (22 March 2016). "Strikes Claimed by ISIS Shut Brussels and Shake European Security". The New York Times. Dicapai pada 22 March 2016.
  80. ^ "Check-in no aeroporto de Lisboa evacuado". Correio da Manha. 22 March 2016. Dicapai pada 30 March 2016.
  81. ^ "Israel Bans Incoming Flights from Europe (Temporarily)". The Jewish Press. 22 March 2016. Dicapai pada 22 March 2016.
  82. ^ "Brussels Blasts Knock Air Travel EU-Wide". Sky News. 22 March 2016. Dicapai pada 22 March 2016.
  83. ^ James Landale [@BBCJLandale] (22 March 2016).
  84. ^ "Foreign travel advice – Belgium". Foreign and Commonwealth Office. Dicapai pada 22 March 2016.
  85. ^ Julie Vitkovskaya (22 March 2016). "Eiffel Tower lights up in Belgian flag colors after Brussels attacks". The Washington Post. Dicapai pada 22 March 2016.
  86. ^ "One World Trade Center to Display Belgian Colors". NBCUniversal Media, LLC. 22 March 2016. Dicapai pada 22 March 2016.
  87. ^ Rebecca Joseph (23 March 2016). "Brussels attacks: world monuments light up in support of Belgium". Global News. Toronto, Canada. Dicapai pada 23 March 2016.