Pengerusi Ketua Turus Bersama

Pengerusi Ketua Turus Bersama atau Chairman of the Joint Chiefs of Staff (CJCS), mengikut undang-undang AS, ialah pegawai tertinggi dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan penasihat utama ketenteraan kepada Presiden Amerika Syarikat, Majlis Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Tanah Air, dan Setiausaha Pertahanan. Jawatan Pengerusi Ketua Turus Bersama lebih tinggi daripada posisi tentera yang lain, namun beliau tidak memiliki kuasa pemerintahan beroperasi keatas Angkatan Tentera; bagaimanapun, Pengerusi akan membantu Presiden dan Setiausaha Pertahanan dalam melaksanakan fungsi-fungsi pemerintahan mereka.

Pengerusi Ketua Turus Bersama
CJCS
Cop Mohor Ketua Turus Bersama
Bendera Pengerusi Ketua Turus Bersama
Penyandang
Jeneral Charles Q. Brown Jr., USAF
sejak 1 Oktober 2023
Jabatan Pertahanan
SingkatanCJCS Edit the value on Wikidata
Lapor kepadaPresiden Amerika Syarikat
Setiausaha Pertahanan
Bidang kuasaAmerika Syarikat Edit the value on Wikidata
PusatThe Pentagon, Daerah Arlington, Virginia, AS
Dilantik olehPresiden Amerika Syarikat
atas nasihat dan persetujuan Senat
Tempoh jawatan2 tahun
Boleh diperbaharui semula
Surat cara pembentukan10 U.S.C. § 153
PeloporKetua Turus kepada Panglima Tertinggi Angkatan Tentera
Dibentuk19 Ogos 1949
Pemegang pertamaJeneral Angkatan Darat Omar Bradley
Timbalan/naibNaib Pengerusi Ketua Turus Bersama
SenaraiList of chairmen of the Joint Chiefs of Staff (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Tapak webOfficial Website
Facebook: HomeoftheChairman Flickr: 42310076@N04 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pengerusi mengadakan mesyuarat dan menyelaras kerja-kerja Ketua Turus Bersama (JCS), iaitu sebuah badan penasihat didalam Jabatan Pertahanan yang mengandungi Pengerusi, Naib Pengerusi Ketua Turus Bersama, Ketua Turus Tentera Darat, Komandan Kor Marin, Ketua Operasi Tentera Laut, Ketua Turus Tentera Udara, Ketua Operasi Angkasa, dan Ketua Biro Pengawal Kebangsaan. Staf Bersama berada dibawah arahan eksklusif Pengerusi. Jawatan Pengerusi Ketua Turus Bersama adalah setaraf dengan Ketua Turus Pertahanan British, Inspektor Jeneral Bundeswehr Jerman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Pertahanan yang lain.

Sejarah sunting

Laksamana Armada William D. Leahy, USN, berkhidmat sebagai Ketua Turus kepada Panglima Tertinggi Angkatan Tentera (Presiden Amerika Syarikat) dari 20 Julai 1942 hingga 21 Mac 1949. Beliau mempengerusikan mesyuarat yang dipanggil sebagai Ketua Turus Bersama, dan jawatan Leahy merupakan permulaan kepada jawatan Pengerusi Ketua Turus Bersama.

Lihat juga sunting