Penghapusan pemerintahan beraja

Sepanjang sejarah, monarki atau pemerintahan beraja dihapuskan sama ada melalui pembaharuan perundangan, kudeta (rampasan kuasa) atau peperangan.

Satu poskad tahun 1908 menunjukan 18 orang raja memerintah; 11 takhta darinya telah dihapuskan sejak itu.

Contohnya penggulingan monarki Inggeris oleh Parlimen Inggeris yang diketuai oleh Oliver Cromwell pada tahun 1649. Monarki ini dipulihkan semula pada tahun 1660. Monarki Perancis menerima nasib yang sama pada tahun 1792 semasa Revolusi Perancis. Monarki Perancis dipulihkan beberapa kali sehingga tahun 1871. Monarki China tidak lagi wujud selepas revolusi Sun Yat-sen pada tahun 1912. Maharaja Korea hilang takhtanya apabila negara Korea diilhak oleh Jepun pada tahun 1910. Selepas kematian khan terakhir pada tahun 1924, Mongolia menjadi republik.

Pada tahun 1893, pemimpin perniagaan menggulingkan Ratu di Hawaii untuk menubuhkan sebuah republik sebelum Hawaii menyertai Amerika Syarikat pada tahun 1898. Monarki di Portugal digulingkan pada tahun 1910, dua tahun selepas pembunuhan Raja Carlos I.

Perang Dunia I berkemungkinan membawa kepada kejatuhan besar monarki dalam sejarah. Keadaan di dalam Rusia dan prestasi buruknya ketika perang membawa kepada revolusi komunis yang menggulingkan seluruh institusi monarki, menembak mati Tsar dan melaksanakan kerajaan diktator dari golongan bangsawan. Kekalahan empayar Jerman, Austria dan Turki menyaksikan penghapusan monarki mereka selepas perang. Begitu juga dengan negara naungan Jerman seperti Finland dan Lithuania yang kedua-dua raja mereka hilang takhta selepas kekalahan Jerman pada bulan November 1918.

Pada tahun 1939, Itali melanggar Albania dan membuang Raja Zog untuk meletakkan Raja Itali sebagai raja baru Albania. Itali bersama dengan beberapa monarki di timur Eropah seperti Bulgaria, Hungary dan Romania menyokong Jerman semasa Perang Dunia Dunia menentang Yugoslavia, kuasa sekutu barat dan Soviet Union. Dengan kekalahan kuasa paksi dalam perang, golongan komunis di Yugoslavia merampas kuasa dan mengakhiri monarki. Golongan komunis di Bulgaria, Hungary dan Romania membuang raja mereka dengan sokongan kuat Soviet Union yang mempunyai ramai tentera dan penyokong yang diletakkan di sana ketika peperangan. Raja Itali berubah menyokong sekutu barat tetapi dalam satu referendum pada tahun 1946, sistem monarki di sana dihapuskan juga. Maharaja Jepun yang memainkan peranan penting dalam perang dunia juga dikurangkan kepentingannya kepada hanya menjadi simbol negara.

Di Greece, raja mereka terpaksa melarikan diri selepas kudeta pada tahun 1967 dan Greece diisytiharkan sebagai sebuah republik pada tahun 1973.

Monarki di India, Kenya, Tanzania, Zambia dan Zimbabwe dihapuskan apabila negara ini mencapai kemerdekaan dari United Kingdom. Monarki di Ireland dihapuskan oleh Akta Republik Ireland 1948 yang berkuat kuasa pada tahun 1949. Pakistan menjadi republik pada tahun 1956. Monarki di Afrika Selatan dihapuskan pada tahun 1961 oleh referendum apartheid. Mauritius pula menjadi republik pada tahun 1992.

Mesir dan Sudan menghapuskan monarki pada tahun 1953 selepas revolusi tahun 1952. Raja-raja dihapuskan di Tunisia pada tahun 1957, Iraq 1958, Libya 1969, dan Iran melalui revolusi pada tahun 1979. Di Ethopia, maharaja digulingkan pada tahun 1974 akibat dari revolusi demokrasi. Pergolakan politik dan kebangkitan komunis menamatkan monarki di Indochina selepas Perang Dunia II.

Pemerintahan beraja yang dihapuskan dalam kurun ke-20 dan 21 sunting

Negara

Monarki terakhir

Tahun

Catatan

1900an
1910an
  Portugal Manuel II 1910 Kudeta Republikan
  Korea Sunjong Raja asal dihapuskan dan digantikan dengan pemerintahan Jepun sehingga tahun 1945
  China Puyi 1912 Revolusi Xīnhài – Maharaja digulingkan kelompok pemimpin perang dan puak republikan
  Albania William I 1914 Pemerintahan monarki dikembalikan pada tahun 1928 (Kerajaan Albania)
  Rusia Nikolai 1917 Revolusi Februari
  Montenegro Nikola I 1918 Referendum memutuskan penyingkirkan Raja dan penyatuan bersama Serbia
  Jerman Wilhelm II Kekalahan Jerman dalam Perang Dunia I dan Revolusi Jerman yang berikutan
  Prusia
  Bavaria Ludwig III
  Württemberg Wilhelm II
  Saxony Friedrich Augustus III
  Hesse Ernst Ludwig I
  Baden Friedrich II
  Saxe-Weimar-Eisenach Wilhelm Ernst I
  Mecklenburg-Schwerin Friedrich Franz IV
Mecklenburg-Strelitz
  Oldenburg Friedrich August II
  Brunswick Ernst Augustus I
  Anhalt Joachim Ernst I
  Saxe-Coburg dan Gotha Carl Eduard I
  Saxe-Meiningen Bernhard III
  Saxe-Altenburg Ernst II
  Waldeck-Pyrmont Friedrich I
  Lippe Leopold IV
  Schaumburg-Lippe Adolf II
  Schwarzburg-Rudolstadt Günther Victor I
Schwarzburg-Sondershausen
  Reuss Senior Line
  Reuss Junior Line
  Austria Karl I dijatuhkan dan pemerintahan beraja dihapuskan
  Finland Frederick Charles I (raja yang dilantik) tidak pernah berkuatkuasa
  Lithuania Mindaugas II (raja yang dilantik)
  Poland Tiada (diperintah oleh Majlis Pemangku Raja)
  Hungary Károly IV dipulihkan pada tahun 1920, tetapi takhta kosong dan diisi oleh pemangku raja
1920an
  Bukhara (Uzbekistan) Mohammed Alim Khan 1920
  Khiva (Uzbekistan) Abdallah Khan
  Empayar Uthmaniyah Mehmed VI 1922 Kesultanan dimansuhkan pada tahun 1922
  Yunani Georgios II 1924 dipulihkan pada tahun 1935 dan kemudian dimusnahkan pada tahun 1974 (lihat bawah)
  Mongolia Bogd Khan Kerajaan Komunis Mongolia diisytiharkan selepas kematian Khan
1930an
  Sepanyol Alfonso XIII 1931 dipulihkan kemudian (lihat bawah)
1940s
  Croatia Tomislav II 1943 diturunkan selepas hilang sokongan Itali
  Iceland Christian X 1944 penyatuan dengan Denmark ditamatkan
  Yugoslavia Petar II 1945 kebangkitan komunis
  Manchukuo Puyi bersatu dengan Republik China selepas penamatan Empayar Qing
  Hungary Tiada (Miklós Horthy sebagai pemangku takhta) 1946 Keputusan parlimen tanpa referendum.
  Itali Umberto II referendum; keputusan rasmi: 54,3% memihak kepada republik
  Bulgaria Simeon II inisiatif referendum oleh Soviet; keputusan rasmi: 95% menentang pemerintahan beraja
  Albania Zog I disingkirkan oleh komunis
  Sarawak Charles Vyner Brooke Rajah Putih menyerahkan kuasa kepada Mahkota British
  Romania Mihai I 1947 dipaksa turun oleh komunis
  Kerajaan-Kerajaan Kecil dalam India Lihat artikel 1947-
1950
menjadi negeri persekutuan daripada India
  Ireland George VI 1949 Raja Ireland yang Terakhir, Raja kepada United Kingdom
1950an
  India George VI 1950 Monarki Alam Komanwel yang dihapuskan
  Mesir dan Sudan Fuad II 1953 Revolution
  Vietnam Bảo Đại 1955 referendum
  Pakistan Elizabeth II 1956 Penghapusan Kerajaan Komanwel
  Tunisia Muhammad VIII al-Amin 1957 coup d'état
  Iraq Faisal II 1958
1960s
  Ghana Elizabeth II 1960 Penghapusan Kerajaan Komanwel
  Afrika Selatan 1961
  Rwanda Kigeli V Penggulingan kuasa
  Tanganyika Elizabeth II 1962 Penghapusan Kerajaan Komanwel
  Yaman Muhammad XI Rampasan kuasa
  Nigeria Elizabeth II 1963 Penghapusan Kerajaan Komanwel
  Uganda
  Kenya 1964
  Kesultanan Zanzibar Sultan Jamshid bin Abdullah Revolusi Zanzibar
  Burundi Ntare V 1966
  Malawi Elizabeth II Penghapusan Kerajaan Komanwel
  Maldives Muhammad Fareed Didi 1968 Suatu referendum
  Libya Idris I 1969 Rampasan kuasa
1970s
  Kemboja Norodom Sihanouk 1970 later restored (see below)
  The Gambia Elizabeth II Penghapusan Kerajaan Komanwel
  Guyana
  Sierra Leone 1971
  Ceylon 1972 Penghapusan Kerajaan Komanwel, nama negara ditukar kepada "Sri Lanka"
  Afghanistan Mohammed Zahir Shah 1973 coup d'état
  Habsyah Haile Selassie I 1974
  Yunani Konstantinos II Pungutan suara; 69% menentang kerajaan
  Malta Elizabeth II Penghapusan Kerajaan Komanwel
  Laos Savang Vatthana 1975 Rampasa kuasa oleh Pathet Lao
  Sikkim Palden Thondup Namgyal pungutan suara; official result: 97% penduduk mengundi menjadi negeri India
  Trinidad and Tobago Elizabeth II 1976 Penghapusan Monarki Alam Komanwel
  Iran Mohammad Reza Pahlavi 1979 Revolusi Iran
  Empayar Afrika Tengah Bokassa I Rampasan kuasa
1980s
  Zimbabwe Elizabeth II 1980 Penghapusan Kerajaan Komanwel. Rhodesia mengisyitharkan diri sebagai suatu republik pada 1965 (sebelumnya sebagai jajahan Rhodesia Selatan) namun tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa.
  Fiji Elizabeth II 1987 Penghapusan Kerajaan Komanwel. Ratu Elizabeth II diikitiraf sebagai Ketua Agung oleh Majlis Ketua-Ketua Besar Fiji
1990s
  Mauritius Elizabeth II 1992 Penghapusan Kerajaan Komanwel
2000s
  Samoa Malietoa Tanumafili II 2007 Pemerintah tanpa pemilihan terakhir (O le Ao o le Malo) meninggal dunia, maka Samoa secara de facto-nya menjadi republik berparlimen
  Nepal Gyanendra I 2008 Monarki dihapuskan pada 28 Mei 2008, pemerintahan diambil alih sebuah republik persekutuan sekular[1]

Lihat juga sunting

Nota kaki sunting