Pengiran Anak Sarah

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman (Jawi: يڠ ترأمت موليا ڤادوك سري ڤڠيران أنق ايستري ڤڠيران أنق ساره بنت ڤڠيران حاج صالح عبد الرحمن) (lahir 9 April 1987) merupakan isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Semasa menghadiri kursus pra-universiti pada usia 17 tahun, beliau telah berkahwin dengan Putera Mahkota. Beliau dan pasangannya telah dikurniakan dengan empat orang anak.

Pengiran Anak Sarah
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri
Pengiran Anak Sarah semasa memakai pakaian seragam untuk kadet tentera pada tahun 2009
KeputeraanDayangku Sarah
(1987-04-09) 9 April 1987 (umur 36)
Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, Brunei
PasanganPengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah
(Putera Mahkota Brunei)
AnakandaPengiran Muda Abdul Muntaqim
Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah
Pengiran Muda Muhammad Aiman
Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa Raihaanul Bolkiah .
AyahandaPengiran Haji Salleh Ab Rahaman Pengiran Haji Damit
BondaRinawaty Abdullah

Kehidupan Awal sunting

Nama asal beliau ialah Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Ab Rahaman dan dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan. Beliau merupakan anak yang ketiga(bongsu) dan satu-satunya anak perempuan bagi pasangan Pengiran Salleh Ab Rahaman Pengiran Haji Damit dan Dayang Rinawaty Abdullah (nama asal ialah Suzanne Aeby) yang berasal dari Switzerland. Bapa beliau (lahir pada 1 Jun 1950) merupakan kerabat diraja yang jauh dan bekerja sebagai ketua pembantu makmal di Bahagian Perkhidmatan Air di Jabatan Kerja Raya. Ibunya (lahir 3 Mac 1954 di Fribourg, Switzerland) adalah seorang jururawat yang bekerja di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.[1]Ibu bapanya bertemu di United Kingdom pada 1970-an semasa sedang melanjutkan pelajaran.[2]

Pengiran Anak Sarah memasuki St. Andrew's School dari tahun 1993 hingga 1998. Kemudian, beliau menyambung pengajiannya di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, dah berjaya untuk lulus peringkat O-level pada tahun 2003. Al-Muhtadee Billah juga merupakan pelajar lepasan untuk kedua-dua sekolah tersebut. Beliau meneruskan pendidikan pra-universiti di kolej yang sama.

Perkahwinan dan Anak sunting

Pada 9 Mac 2004, ketika masih menuntut di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, beliau berkahwin dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah iaitu seorang Putera Mahkota yang berusia 30 tahun. Majlis perkahwinan yang bergemerlapan dan gilang gemilang itu telah diadakan di Istana Nurul Iman. Majlis ini juga ditakrifkan sebagai "Asian wedding of the year" yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan termasuklah anggota keluarga diraja asing dan ketua-ketua kerajaan.[2][3] Selepas majlis bersanding, pasangan diraja ini telah dibawa dengan kereta open-topped Rolls-Royce yang diselaputi dengan emas dan berjalan di seluruh Bandar Seri Begawan, di mana mereka telah disambut oleh orang ramai di sepanjang jalan.

Pada 17 Mac 2007, baginda telah meluaran anakanda pertama bersama pasangannya iaitu pewaris masa depan, Pengiran Muda Abdul Muntaqim, di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Kemudian, beliau bersama pasangannya meraikan keputeraan anak kedua, iaitu seorang puteri yang bernama Pengiran Anak Muneerah Madhul pada 2 Januari 2011. Putera ketiga yang bernama Pengiran Muda Muhammad Aiman diputerakan pada 7 Jun 2015. Pada 5 Oktober 2017. Puteri keempat yang diberi nama yang diputerakan pada 1 Disember 2017.[4]

Puteri sunting

Beliau mendaftar di Universiti Brunei Darussalam, di mana beliau telah lulus dengan Kepujian Kelas Pertama pada bulan Oktober 2010 serta menerima Ijazah Sarjana Muda (Sastera) dalam Dasar dan Pentadbiran Awam. Beliau juga ialah seorang ahli kadet tentera di universiti dan penjaring terbanyak dalam pasukan bola jaring di universiti tersebut. [5]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang sunting

Gelaran hormat bagi
Pengiran Anak Sarah
 
Gaya panggilan Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Tuanku
Gaya pilihan Pengiran Anak Isteri

Terasul dan gelaran sunting

  • 9 April 1987 – 9 September 2004: Yang Mulia Dayangku Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman
  • 9 September 2004 – kini: Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman

Gelaran penuh bagi beliau ialah: "Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman". Beliau dirujuk oleh media kerajaan dan penerbitan berbahasa Inggeris di negara Brunei Darussalam sebagai isteri kepada Putera Mahkota, bukannya Puteri Mahkota. Gelaran "Pengiran Anak Isteri" diberikan kepada isteri seseorang putera.

Kurniaan sunting

Kurniaan negara
  •   Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (DK, 15.7.2005)
Kurniaan asing

Rujukan sunting

  1. ^ "Her Royal Highness Crown Princess Sarah". BruneiResources.com. Dicapai pada 2011-06-09.
  2. ^ a b "Guests arrive for Brunei crown prince's wedding". China Daily. 2004-09-09. Dicapai pada 2004-09-09.
  3. ^ Kent, Jonathan (2004-09-09). "Brunei's future king gets married". BBC News. Dicapai pada 2011-06-09.
  4. ^ "YTM Pengiran Anak Sarah selamat meluaran seorang puteri". Media Permata Online. 2 Disember 2017. Dicapai pada 2 Disember 2017.
  5. ^ Thien, Rachel; Ubaidullah Masli (2010-10-01). "Princess Sarah gets First Class Honours". The Brunei Times. Dicapai pada 2011-02-13.