Penjajap tempur kelas Kirov

Penjajap (kruiser) tempur kelas-Kirov adalah sebuah kelas kapal perang berkuasa nuklear dari Tentera Laut Rusia. Ia merupakan kapal perang permukaan terbesar dan terberat (bukan dalam golongan kapal pengangkut pesawat atau kapal serangan amfibia) yang masih beroperasi di dunia. Antara kapal perang termoden, ia memiliki saiz kedua terbesar selepas kapal pengangkut pesawat, dan menyamai saiz bagi sebuah kapal tempur era Perang Dunia II. Designasi rasminya adalah "penjajap peluru berpandu berat berkuasa nuklear" (Rusia: тяжёлый атомный ракетный крейсер). Kapal ini sering dirujuk sebagai sebuah penjajap tempur oleh para peminat pertahanan barat di sebabkan saiz dan rupa luarannya.[3]

Penjajap tempur kelas Kirov, Frunze
Ringkasan kelas
Pembina: Limbungan Baltik, Leningrad
Pengguna:
Dibina: 1974–1998
Dalam perkhidmatan: 1980–kini
Dirancang: 5
Disiapkan: 4
Dibatalkan: 1
Aktif: 1 (1 dalam proses pemasangan semula)
Dibaringkan: 2
Ciri-ciri umum
Jenis: Kruiser peluru berpandu berat /Kruiser tempur berkuasa nuklear
Sesaran:
  • 24,300 tan (standard)
  • 28,000 tan (muatan penuh)
Panjang: 252 m (827 ka)
Lunas: 28.5 m (94 ka)
Draft: 9.1 m (30 ka)
Jana kuasa:
  • 2-aci CONAS, 2 × pendorongan marin nuklear KN-3 dengan 2 × turbin stim GT3A-688
  • 140,000 shp (100,000 kW)[1]
Halaju: 32 knot (59 km/j; 37 mph)
Jarak:
  • 1,000 nmi (1,900 km; 1,200 bt) pada 30 kn (56 km/j; 35 mph) (gabungan pendorongan)
  • tiada had 20 kn (37 km/j; 23 mph) dengan kuasa nuklear
Anak kapal: 710 anak kapal
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Radar: (nama pengenalan NATO):
    • Radar pencari 3D Voskhod MR-800 (Top Pair), tiang hadapan
    • Radar pencari 3D Fregat MR-710 (Top Plate), tiang utama
    • 2 × radar navigasi Palm Frond, tiang hadapan
  • Sonar:
    • Sonar badan Horse Jaw LF
    • Horse Tail VDS (sonar kedalaman berbeza)
Peperangan elektronik
& pengumpan:
2 × pelancar umpan PK-2 (400 buah roket)
Persenjataan:
  • Peluru berpandu:
  • Meriam:
    • 1 × meriam dual kegunaan berkembar AK-130 130 mm/L70 (2 × meriam AK-100 100 mm/L60 DP pada Ushakov)
    • 8 × AK-630 meriam PD Gatling enam laras 30 mm/L60 (Ushakov, Lazarev)
    • 6 × CADS-N-1 sistem peluru berpandu/meriam Kortik (Nakhimov, Pyotr Velikiy[2])
  • Torpedo dan lain-lain:
Perisai: 76 mm plat di sekeliling ruang reaktor, perlindungan splinter ringan
Pesawat yang dibawa: 3 x helikopter
Kemudahan penerbangan: Hangar di bawah dek

Asalnya dibina untuk Tentera Laut Soviet, kelas ini dinamakan bersempena nama kapal pertama daripada empat buah kapal yang akan dibina, Kirov, telah dinamakan semula sebagai Admiral Ushakov pada tahun 1992. Rancangan asal untuk membina lima buah kapal, bagaimanapun kapal kelima dibatalkan. Di Rusia, kelas kapal ini biasanya dirujuk sebagai Projek 1144 Orlan (helang laut). Hanya sebuah Pyotr Velikiy yang kini masih beroperasi. Admiral Nakhimov dijangka akan memasuki semula perkhidmatan dengan Tentera Laut Rusia pada tahun 2021. Rusia telah merancang untuk mengaktifkan semula dua buah kapal menjelang tahun 2020,[2][4] tetapi laporan terkini mencadangkan bahawa reaktor di dalam Admiral Ushakov dan Admiral Lazarev berada di dalam keadaan yang teruk, dan kapal-kapal ini tidak boleh diaktifkan semula dengan selamat.[5][6]

Kemunculan kelas Kirov memainkan peranan penting dalam kerja-kerja pentauliahan semula kelas-Iowa oleh Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1980-an.[7][8][9]

Rekabentuk badan Kirov juga telah digunakan untuk pembinaan kapal arahan SSV-33, Ural berkuasa nuklear.

Rekabentuk sunting

Persenjataan sunting

Senjata utama kelas Kirov adalah 20 buah peluru berpandu P-700 Granit (SS-N-19 Shipwreck) yang dipasang di atas dek. Ia telah direka untuk menyerang sasaran permukaan yang besar. Pertahanan udara pula disediakan oleh 12 buah pelancar octuple S-300F bersama-sama 96 buah peluru berpandu dan sepasang Osa-MA bateri dengan 20 buah peluru berpandu setiap satunya. Pyotr Velikiy membawa beberapa buah peluru berpandu S-300FM dan merupakan satu-satunya kapal dalam Tentera Laut Rusia dan memiliki keupayaan pertahanan peluru berpandu balistik.[2] Kapal-kapal ini memiliki beberapa perbezaan dari segi sut-sut penderia dan persenjataan: Kirov dilengkapi dengan peluru berpandu peperangan anti kapal selam, SS-N-14, sementara kapal-kapal selepasnya pula peluru berpandu ini digantikan dengan sistem peluru berpandu permukaan ke udara (SAM) 3K95 Kinzhal (Rusia: Кинжал – dagger). Kedudukan pemasangan Kinzhal jauh di hadapan kedudukan lama bagi SS-N-14, di dalam struktur di belakang pelindung letupan untuk pelancar roket RBU ASW yangterleta di haluan kapal. Kirov dan Frunze mempunyai lapan 30 mm (1.18 in) AK-630 CIWS, yang dibantu oleh sistem pertahanan udara Kortik pada kapal-kapal selepasnya.

Senjata-senjata lain adalah sistem meriam automatik 130 mm (5 in) AK-130 (kecuali pada Kirov di mana ia memiliki dua buah meriam tunggal 100 mm (4 in)), 10 buah tiub torpedo/peluru berpandu 21-inci (533 mm) (mampu menembak peluru berpandu SS-N-15 ASW pada kapal-kapal kemudiannya) dan 40 buah roket anti kapal selam Udav-1 berserta dua buah pelancar sextuple RBU-1000.

Rusia kini sedang membangunkan sebuah peluru berpandu anti kapal baharu untuk dipasang pada kelas Kirov yang dikenali dengan 3M22 Tsirkon, yang mana berupaya untuk terbang pada kelajuan hipersonik sekurang-kurangnya 620 bt (540 nmi; 1,000 km).[10][11] Sekiranya peluru berpandu ini lulus ujian pembangunan, ia akan mula memasuki perkhidmatan pada tahun 2020, dengan aturgerak di atas kapal Admiral Nakhimov dan kemudian pada Pyotr Veliky apabila ia siap menjalani kerja-kerja naik taraf pada tahun 2022.[12][13] Bergantung pada pilihan jenis peluru berpandu, jumlahnya akan sekitar 40 - 80 buah.[14]

The aft sections of Kirov (left) and Frunze (right) showing differences in weapons fit - Kirov has a pair of single 100mm guns, and two pairs of AK-630 CIWS mounts either side of the flight deck, whereas Frunze has a twin 130mm turret and eight SA-N-9 VLS in place of the CIWS mounts.
Persenjataan yang dipasang pada kelas Kirov
Kirov / Admiral Ushakov Frunze / Admiral Lazarev Kalinin / Admiral Nakhimov Yuri Andropov / Pyotr Velikiy
Peluru berpandu anti kapal 20 x SS-N-19 Shipwreck
Peluru berpandu anti kapal selam 1 x SS-N-14 Silex berkembar
SS-N-15 Starfish (melalui tiub torpedo 533mm)
Peluru berpandu permukaan ke udara 12 x 8 SA-N-6 Grumble 6 x 8 SA-N-6 Grumble
6 x 8 SA-N-20 Gargoyle
2 x 20 SA-N-4 Gecko
16 x 8 SA-N-9 Gauntlet
Meriam 2 x 1 AK-100 100 mm 1 x 2 AK-130 130 mm
CIWS 8 x AK-630 6 x CADS-N-1
Roket anti kapal selam 2 x RBU-1000
2 x RBU-12000
Tiub torpedo 10 x tiub torpedo 533mm untuk Type 53

Kawalan tembakan sunting

 
Pandangan udara bahagian dek hadapan Kalinin menggambarkan perbezaan daripada kapal sulung dalam kelasnya. Sistem meriam pertahanan titik/peluru berpandu
  2 Kortik
  2 x pelancar SAM menegak SA-N-9
  • 2 × Top Dome untuk radar kawalan tembakan SA-N-6 (Top Dome hadapan digantikan dengan radar jujukan imbasan pasif elektronik Tomb Stone pada Pyotr Veliky)
  • 4 × sistem kawalan tembakan Bass Tilt for AK-360 CIWS (bukan pada Admiral Nakhimov atau Pyotr Veliky)
  • 2 × Eye Bowl untuk radar kawalan tembakan SA-N-4 (juga untuk SS-N-14 pada Admiral Ushakov)
  • 2 × Hot Flash/Hot Spot untuk SA-N-11 Grisom (unit-unit CADS-N-1 sahaja)
  • 1 × Kite Screech for AK-100 atau AK-130
  • 2 × Cross Sword untuk SA-N-9 (unit-unit yang dipasang dengan Gauntlet sahaja)
 
Pandangan sebelah kanan dari udara Kirov.
  4 x meriam tunggal berputar 30mm
  2 x pelancar SAM pop-up (direndahkan) SA-N-4
  20 x pelancar peluru berpandu krus SS-N-19
  12 x pelancar SAM SA-N-6
  1 x pelancar berkembar peluru berpandu permukaan ke permukaan/anti kapal selam SS-N-14

Atur gerak sunting

Kapal sulung, Kirov (dinamakan semula sebagi Admiral Ushakov pada tahun 1992 selepas pembubaran Kesatuan Soviet) telah dibaringkan pada Jun 1973 di Limbungan Tentera Laut Baltiysky, Leningrad. Ia dilancarkan pada 27 Disember 1977 dan ditauliahkan pada 30 Disember 1980. Apabila ia muncul buat pertama kali pada tahun 1981, para pemerhati NATO memanggil ia sebagai BALCOM I (Baltic Combatant I).

Kirov mengalami satu kemalangan reaktor pada tahun 1990 semasa berkhidmat di Laut Mediterranean. Kerja pembaikan tidak pernah dijalankan di sebabkan kekurangan dana dan perubahan situasi politik di Soviet Union.

Pada tahun 1983, sebuah kapal arahan dan kawalan, SSV-33 Ural telah dilancarkan, walaubagaimanapun kapal ini tidak ditauliahkan secara rasmi sehingga tahun 1989. Ia dibina dengan menggunakan rekabentuk badan asas kapal kelas-Kirov, dengan perubahan pada struktur super, perbezaan persenjataan dan berperanan bagi peranan yang berbeza di dalam Tentera Laut Soviet. Ural telah dibersarakan dan ditinggalkan pada tahun 2001, di sebabkan oleh kos operasi yang tinggi, dan dijadualkan untuk diskrapkan pada tahun 2017.

Frunze, kapal kedua dalam kelas ini telah ditauliahkan pada tahun 1984. Ia telah ditugaskan ke dalam Armada Pasifik. Pada tahun 1992, ia telah dinamakan semulan sebagai Admiral Lazarev. Kapal ini tidak aktif pada tahun 1994 dan dibersarakan empat tahun kemudian. Ia kini berada dalam simpanan. Pada 19 September 2009, Jeneral Popovkin, Timbalan Menteri Pertahanan untuk Persenjataan berkata bahawa Kementerian Pertahanan sedang bercadang untuk membawa masuk semula Admiral Lazarev ke dalam perkhidmatan.[15]

Kalinin, kini Admiral Nakhimov, merupakan kapal ketiga yang memasuki perkhidmatan pada tahun 1988. Ia telah ditugaskan ke dalam Armada Utara. Ia dinamakan semula sebagai Admiral Nakhimov pada tahun 1992, sebelum disimpan pada tahun 1999 dan diaktifkan semula pada tahun 2005. Ia kini sedang diselenggara di Limbungan Severodvinsk.

Pembinaan kapal keempat, Yuriy Andropov, menghadapi banyak kelewatan; pembinaannya bermula pada tahun 1986 telah tidak ditauliahkan sehingga tahun 1998. Ia dinamakan semula sebagai Pyotr Veliky (Peter the Great) pada tahun 1992.[16] Ia kini berkhidmat sebagai kapal armada dalam Armada Utara Rusia.

Pada 23 Mac 2004, akhbar berbahasa Inggeris melaporkan bahawa Panglima Tentera Laut Rusia, Laksamana Armada Vladimir Kuroedov berkata reaktor Pyotr Veliky berada dalam keadaan yang teruk dan mungkin meletup bila-bila masa, satu kenyataan yang mungkin di sebabkan politik dalaman dalam Tentera Laut Rusia.[17] Kapal ini dihantar ke pelabuhan untuk sebulan, dan anak kapal kehilangan satu per tiga daripada gaji mereka.

Sebuah kapal kelas Kirov kelima telah dirancang; asalnya dinamakan sebagai Laksamana Kesatuan Soviet Kuznetsov (juga dilaporkan sebagai Dzerzhinsky), kapal ini tidak pernah dibaringkan.[16] Namanya kemudian diubah kepada Oktyabrskaya Revolutsiya (Revolusi Oktober),[18] dan kemudian hanya Kuznetsov;[19] akhirnya pada 4 Oktober 1990, rancangan bagi kapal kelima dibatalkan.[16]

Kapal-kapal sunting

Nama Bersempena dengan Pembina Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Status
Admiral Ushakov
(bekas-Kirov)
Fyodor Fyodorovich Ushakov Baltiysky Zavod, Leningrad 27 Mac 1974 26 Disember 1977 30 Disember 1980 Akan diskrapkan
Admiral Lazarev
(bekas-Frunze)
Mikhail Petrovich Lazarev 27 Julai 1978 26 Mei 1981 31 Oktober 1984 Perkhidmatan dihentikan, kemungkinan akan dimodenkan[20][21]
Admiral Nakhimov
(bekas-Kalinin)
Pavel Stepanovich Nakhimov 17 Mei 1983 25 April 1986 30 Disember 1988 Masih dalam pemasangan semula[22]
Pyotr Velikiy
(bekas-Yuriy Andropov)
Peter the Great 11 Mac 1986 29 April 1989 9 April 1998 Dalam perkhidmatan dengan Armada Utara
Admiral Flota Sovetskogo
Soyuza Kuznetsov

(bekas-Dzerzhinsky, bekas-Oktyabrskaya Revolutsiya)
Nikolay Gerasimovich Kuznetsov Dibatalkan 4 Oktober 1990

Asalnya, Tentera Laut Rusia merancang untuk mengembalikan Admiral Ushakov dan Admiral Lazarev ke dalam perkhidmatan setelah beberapa tahun tidak digunakan. Ia kemudian menyatakan bahawa keadaan teras reaktor di kedua-dua kapal berada dalam keadaan kurang baik dan adalah sukar, mahal dan kemungkinan berbahaya untuk menanggalkan bahan api nuklear yang telah digunakan dan membaiki terasnya. Akibatnya, kemungkinan besar kedua-dua kapal ini akan diskrapkan.[5][6] Proses pemodenan ke atas Admiral Ushakov mungkin tidak akan diteruskan di sebabkan dakwaan satu kemalangan nuklear yang mana menyebabkan salah satu daripada reaktornya mengalami kerosakkan[23] dan dijangka akan diskrapkan bermula pada tahun 2016 atau selepasnya.[24] Beberapa sumber lain tidak bersetuju, dengan mengatakan bahawa kesemua 4 buah kapal akan dimodenkan dan dikembalikan ke dalam perkhidmatan.[25] Pada tahun 2014, beberapa kerja penyelenggaraan telah dilakukan ke atas Admiral Lazarev (satu-satunya penjajap yang beroperasi di Pasifik).[26][27] Beberapa pihak agak skeptikal berkenaan dengan kemampuan limbungan Sevmash untuk melakukan kerja-kerja pemodenan ke atas dua buah kapal penjajap tempur kelas-Kirov secara serentak.[26] Pemodennan Admiral Nakhimov masih berjalan (akan disiapkan menjelang tahun 2018)[28] manakala pemodenan ke atas Pyotr Velikiy akan berlangsung pada tahun 2018 sehingga tahun 2021.[29]

 
Admiral Ushakov (bekas-Kirov), kapal pertama dalam kelasnya, berada di sebelah penjajap Marshal Ustinov.
 
Kapal armada Rusia, Pyotr Veliky
 
Dek penerbangan di atas kapal Kalinin menunjukkan pintu hangar terbuka dan sebuah helikopter Ka-25 dan Ka-27 jelas kelihatan.

Rujukan sunting

  1. ^ [1] Diarkibkan April 15, 2009, di Wayback Machine
  2. ^ a b c d e "Russian Warship Tests Missile Defense Capability". RIA Novosti. 20 September 2012.
  3. ^ Armi da guerra, De Agostini, Novara, 1985.
  4. ^ "Upgraded Nuclear Cruiser to Rejoin Russian Navy in 2018 | Defense". RIA Novosti. 2013-06-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-15. Dicapai pada 2014-02-09. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ a b "Shipyard director fears radiation accident". Barentsobserver. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-13. Dicapai pada 14 December 2014.
  6. ^ a b "Only one nuclear cruiser to be modernized". Barentsobserver. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-26. Dicapai pada 14 December 2014.
  7. ^ Middleton, Drew (1981-03-13). "Pentagon likes budget proposal, but questions specifics". The New York Times. m/s. A14.
  8. ^ Bishop, p. 80.
  9. ^ Miller and Miller, p. 114.
  10. ^ "Ракеты "Циркон" окончательно определили технологическое превосходство России над США — Русская политика". ruspolitica.ru. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-10. Dicapai pada 2017-06-18. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  11. ^ "Для гиперзвуковых крылатых ракет в России создано принципиально новое топливо". vesti.ru.
  12. ^ Russia's Monster Battlecruisers Are Getting Hypersonic Anti-Ship Missiles - Nationalinterest.org, 19 February 2016
  13. ^ 3M22 Zircon Hypersonic Missile in Development Testing for Russian Navy Kirov-class Cruiser - Navyrecognition.com, 19 February 2016
  14. ^ "В России начались летные испытания гиперзвуковой ракеты "Циркон"". 17 March 2016.
  15. ^ Agentsvo Natsionalnykh Novostey (Russian) 19 September 2009
  16. ^ a b c Ударные корабли, Том 11, часть 1, Ю.В. Апалков, Галея Принт, Санкт-Петербург, 2003
  17. ^ "Kuroyedov declares 'Peter the Great' could explode 'at any moment'". Bellona. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-29. Dicapai pada 2011-12-28. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ John Pike (2012-03-19). "Kirov Class - Project 1144.2". Globalsecurity.org. Dicapai pada 2014-02-09.
  19. ^ John Pike. "Kirov Class - Project 1144.2". Globalsecurity.org. Dicapai pada 2014-02-09.
  20. ^ "Крейсер "Адмирал Лазарев" подготовили к стоянке на ТОФ". Flotprom.ru. Dicapai pada 2019-01-16.
  21. ^ "Чем Тихоокеанский флот России может ответить ВМС США". 21 April 2017.
  22. ^ "Russian Shipyard Sevmash Ordered New Equipment for Overhaul of Kirov Class Cruiser Nakhimov". 6 January 2015.
  23. ^ "Kirov Class Large Guided-Missile Cruiser - Military-Today.com".
  24. ^ "Long-time push to dismantle huge Soviet nuclear battle cruiser again put off - Bellona.org". 11 June 2014.
  25. ^ Rogoway, Tyler. "Kirov Class Battle Cruiser: The World's Largest Surface Combatant".
  26. ^ a b "Крейсер "Адмирал Лазарев" подготовили к стоянке на ТОФ".
  27. ^ Ramm, Alexey (31 October 2014). "Admiral Nakhimov to become most powerful missile cruiser in Russian fleet".
  28. ^ "Admiral Nakhimov Should Return to Service in 2018".
  29. ^ "Russia's flagship nuclear battle cruiser – the world's largest – puts in for repairs - Bellona.org". 9 September 2015.

Sumber sunting

Pautan luar sunting