Pentadbiran Penerbangan Persekutuan

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (bahasa Inggeris: Federal Aviation Administration, FAA) ialah lembaga penerbangan kebangsaan Amerika Syarikat. Sebagai sebuah agensi Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat, ia bertanggungjawab mengawal dan memantau segala aspek penerbangan awam di A.S. Akta Penerbangan Persekutuan 1958 membentuk pertubuhan ini di bawah nama "Agensi Penerbangan Persekutuan" (Federal Aviation Agency), dan memakai nama sekarangnya pada tahun 1966 apabila bernaung di bawah Jabatan Pengangkutan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan
Federal Aviation Administration
Mohor FAA
Intisari agensi
Dibentuk23 Ogos 1958
Agensi terdahulu
Bidang kuasa
Kerajaan Amerika Syarikat
Laman sesawang
Tapak web rasmi
Nota kaki
[1][2]

Antara peranan utama FAA ialah:

  • Mengawal pengangkutan angkasa komersil AS
  • Mengawal piawaian geometri dan pemeriksaan penerbangan kemudahan pandu arah udara
  • Menggalakkan dan membangunkan aeronautik awam, termasuk teknologi penerbangan baru
  • Mengeluarkan, menggantung, atau menarik balik sijil juruterbang
  • Mengawal penerbangan awam untuk memupuk keselamatan, terutamanya melalui pejabat tempatan yang dipanggil Pejabat Daerah Piawaian Penerbangan (Flight Standards District Office)
  • Membangunkan dan mengendalikan sistem kawalan dan pandu arah lalulintas udara untuk pesawat awam dan tentera
  • Menyelidik dan membangunkan Sistem Ruang Angkasa Negara dan aeronautik awam
  • Membangunkan dan menjalankan program untuk mengawal hingar pesawat dan kesan-kesan penerbangan awam yang lain


Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Templat:DOT agencies