Pentitratan asid-bes

Pentitratan asid-bes ialah penentuan kepekatan asid atau asas dengan meneutralkan asid atau asas tersebut menggunakan asid atau asas yang diketahui kepekatannya. Hal ini membolehkan analisis kuantitatif mengenai kepekatan asid atau asas yang tidak diketahui. Ini melalui tindakbalas peneutralan yang berlaku antara asid dan asas.

Persediaan pentitratan. Buret pada kebiasaannya akan dipegang dengan pengapit, tetapi tidak ditunjukkan di sini. Warna merah jambu itu kemungkinan besar disebabkan oleh penggunaan penunjuk phenolphthalein.

Pentitratan asid-bes juga boleh digunakan untuk mencari peratusan ketulenan bahan kimia. 

Alkalimetri and Asidimetri sunting

Alkalimetri dan asidimetri adalah salah satu daripada analisis isipadu di mana tindakbalas asas ialah tindakbalas peneutralan. Alkalimetri ialah analisis khusus yang menggunakan pentitratan asid-bes untuk menentukan kepekatan bahan asas (sinonim dengan alkali). Asidimetri, kadang kala dieja asidometri, ialah konsep yang sama dengan analisis khusus pentitratan asas-asid tetapi untuk bahan asid. [1]

Pemilihan penunjuk sunting

 
Pentitratan asid-bes menggunakan fenolftalein sebagai penunjukKelalang kon mengandungi larutan yang baru sahaja mencapai titik akhir.

Penunjuk pH yang sesuai mesti dipilih untuk mengesan titik akhir sesuatu proses pentitratan.Perubahan warna atau pun kesan lain harus berlaku hampir dengan titik kesetaraan tindak balas supaya penguji dapat menentukan dengan tepat apabila titik tersebut telah dicapai.pH bagi titik kesetaraan boleh dianggarkan menggunakan peraturan-peraturan berikut:

  • Asid kuat akan bertindak balas dengan bes kuat untuk membentuk larutan neutral (pH = 7).
  • Asid kuat akan bertindak balas dengan bes lemah untuk membentuk larutan berasid (pH < 7).
  • Asid lemah akan bertindak balas dengan bes kuat untuk membentuk larutan asas (pH > 7).

Apabila asid lemah bertindak balas dengan bes lemah, larutan titik kesetaraan akan menjadi bes jika bes lebih kuat dan berasid jika asid lebih kuat.Jika kedua-duanya mempunyai kepekatan yang sama, maka pH kesetaraan akan menjadi neutral.Walau bagaimanapun, asid lemah tidak selalunya dititrasi terhadap bes lemah kerana perubahan warna yang ditunjukkan dengan penunjuk selalunya cepat, oleh itu menjadi amat sukar bagi pemerhati untuk melihat perubahan warna.

Titik di mana penunjuk berubah warna dipanggil titik akhir .Penunjuk yang sesuai harus dipilih sebaik-baiknya daripada jenis penunjuk yang akan mengalami perubahan warna (titik akhir) hampir dengan titik kesetaraan tindak balas.

Rujukan sunting

  1. ^ The Chemical Age – Chemical Dictionary – Chemical Terms. Hesperides. 2007-03-15. m/s. 14. ISBN 1-4067-5758-6.