Penulisan permainan video

Penulisan permainan video ialah bidang karya yang melibatkan penulisan skrip dan naratif bagi permainan video. Sama seperti penulisan skrin, bidang ini lazimnya merupakan bidang kerjaya bebas.[1] Penulisan penceritaan permainan video merangkumi banyak perbezaan daripada penceritaan filem oleh kerana sifat kebanyakan permainan video yang interaktif serta tak linear, dan keperluan untuk bekerjasama rapat dengan para pereka permainan video dan pelakon suara. Terdapat banyak jenis teks dalam permainan video berbanding dengan bidang filem, termasuk teks bertulis, bahasa asing atau bahasa buatan, dan maklumat berdasarkan situasi. Kadangkala, terutamanya dalam pembanguna permainan gred tinggi, sekumpulan penulis akan diminta dalam pembangunan permainan, dan dibahagikan dengan peranan yang berbeza.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Gaider, David (August 15, 2016). "Do you want to write video games? 28 An industry veteran explains the difficulty in getting the position everyone wants". Polygon. Diarkibkan daripada yang asal pada April 26, 2017. Dicapai pada March 31, 2018.