Penyeludupan adalah perbuatan mengangkut barang atau orang secara haram dan diam-diam, seperti keluar daripada sebuah bangunan, ke dalam penjara, atau melalui sempadan antarabangsa, bertentangan dengan undang-undang atau peraturan lain.

Penyeludupan didorong perbagai sebab. Ini termasuk perdagangan haram, seperti dadah, kemasukan dan penghijrahan haram, mengelakkan cukai, penyeludupan barangan haram kepada tahanan penjara, atau penyeludupan barang yang dicuri. Contoh lain bagi sebab bukan bermotifkan kewangan termasuk membawa barangan terlarang melewati sebuah pos pemeriksaan keselamatan (seperti di lapangan terbang) atau penghapusan dokumen rahsia daripada pejabat kerajaan atau syarikat.

Jenis penyeludupan sunting

  • Barangan
  • Orang
  • Hidupan liar