Penyembur lada atau penyembur OC (from "Oleoresin Capsicum") ialah sejenis agen lakrimator (sejenis sebatian kimia yang mengusik mata hingga menyebabkan keluarnya air mata, kepedihan, ataupun buta sementara) yang digunakan dalam kawalan rusuhan, kawalan kumpulan, dan pertahanan diri, termasuk pertahanan daripada anjing dan haiwan liar.[1] Kesan keradangannya menyebabkan mata terpejam sehingga tidak dapat melihat. Kebutaan sementara ini membolehkan pegawai keselamatan menahan pesalah dengan lebih mudah, dan juga membolehkan pengguna penyembur lada sebagai pertahanan diri untuk mendapatkan peluang melarikan diri.

Walaupun dianggap sebagai tidak mendatangkan maut, sesekali ia boleh mendatangkan ancaman kepada nyawa, sehingga timbulnya kebimbangan tentang kematian yang berpunca daripada penggunaan penyembur lada.[2]

Ramuan aktif dalam semburan lada ialah kapsaisin, iaitu sejenis bahan kimia yang diperoleh daripada buah tumbuhan bergenus Capsicum, termasuk cili. Pengekstrakan oleoresin capsicum daripada lada memerlukan buah lada yang dikisar halus, dari mana capsaicin diekstrakkan dalam pelarut organik seperti etanol. Pelarut itu kemudiannya disejatkan, dan resin seakan lilin itulah oleoresin capsicum. Pengemulsi seperti propilena glikol digunakan untuk menggantungkan OC dalam air, lalu dikenakan tekanan supaya dijadikan serbuk semburan lada. Kaedah kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC) digunakan untuk mengukur jumlah kapsaisin dan kapsaisinoid utama dalam semburan lada.

Sejenis analog sintetik kepada kapsaisin, iaitu vanililamida asid pelargonik (desmethyldihydrocapsaicin), digunakan dalam satu lagi jenis penyembur lada yang digunakan di United Kingdom. Satu lagi jenis analog sintetiknya, iaitu morfolida asid pelargonik, dimajukan dan digunakan secara meluas di Rusia.

Penyembur lada biasanya berbentuk kanister yang biasanya cukup kecil untuk dibawa atau disorokkan dalam poket atau tas tangan. Penyembur lada juga boleh dibeli dalam bentuk tersorok dalam barang-barang seperti cincin. Juga terdapat pelancar semburan laja yang boleh ditembakkan daripada senapang paintball. Ia telah sekian lama digunakan terhadap penunjuk perasaan selama.

Rujukan sunting