Peperangan angkasa

Peperangan angkasa ialah pertempuran yang mengambil tempat di angkasa lepas. Skop peperangan angkasa termasuklah peperangan darat ke angkasa, seperti menyerang satelit dari Bumi, dan peperangan angkasa ke angkasa, seperti satelit menyerang satelit.

Sehingga tahun 2019 tiada peperangan sebenar berlaku di angkasa, walaupun beberapa ujian dan demonstrasi telah dilakukan. Perjanjian antarabangsa dimeterai untuk mengatur konflik di angkasa dan menghadkan pemasangan sistem senjata angkasa, terutamanya senjata nuklear.

Dari tahun 1985 hingga 2002 terdapat sebuah Markas Angkasa Amerika Syarikat, yang pada tahun 2002 bergabung dengan Markas Strategik Amerika Syarikat, meninggalkan Markas Angkasa Tentera Udara sebagai pasukan angkasa tentera Amerika yang utama. Angkatan Angkasa Rusia, ditubuhkan pada 10 Ogos 1992, yang menjadi sebuah bahagian bebas dalam Angkatan Tentera Rusia pada 1 Jun 2001, telah digantikan oleh Angkatan Pertahanan Aeroangkasa Rusia bermula 1 Disember 2011, tetapi telah ditubuhkan semula sebagai komponen Angkatan Aeroangkasa Rusia pada 1 Ogos 2015. Pada tahun 2019 India menjalankan ujian peluru berpandu ASAT menjadikan ia negara keempat dengan keupayaan itu. Pada April 2019, kerajaan negara tersebut menubuhkan Agensi Pertahanan Angkasa, atau DSA.

Lihat juga sunting

Berkaitan dengan negara dan fasiliti tertentu:

Rujukan sunting

Bacaan lanjut sunting

  • Hobbes, D (1986) "An Illustrated Guide to Space Warfare" Salamander Books Ltd. ISBN 0-86101-204-6
  • Macvey, John W. Space Weapons, Space War. New York:1979 Stein and Day (written by a professional astronomer)
  • David Jordan: Air and Space Warfare, pages 178–223, in:Understanding modern warfare. Cambridge Univ. Press, Cambridge 2008, ISBN 978-0-521-87698-8.
  • John J. Klein: Space Warfare: Strategy, Principles and Policy. Routledge, Oxford 2006, ISBN 978-0-415-40796-0.
  • Joan Johnson-Freese: Space Warfare in the 21st Century - Arming the Heavens. Routledge, Oxford 2016, ISBN 978-1-138-69388-3.

Templat:Inspace