Perang Candu Pertama

Perang Candu Pertama (1839–42), juga dikenali sebagai Perang Inggeris-China[nb 2], berlangsung antara United Kingdom dan Dinasti Qing China berkenaan perbezaan sudut pandangan mengenai hubungan diplomatik, perdagangan, dan pentadbiran keadilan.[3]

Perang Candu Pertama
Sebahagian daripada Perang Candu

Nemesis memusnahkan jung perang China semasa Pertempuran Chuenpee Kedua, 7 Januari 1841
Tarikh18 Mac 1839 – 29 Ogos 1842[1]
Lokasi
China
Keputusan Kemenangan muktamad Britain; Perjanjian Nanking
Perubahan
wilayah
Pulau Hong Kong diserahkan kepada United Kingdom
Pihak yang terlibat

United Kingdom United Kingdom

Dinasti Qing
Komandan dan pemimpin
Lord Palmerston,
Charles Elliot,
George Elliot,
James Bremer,
Hugh Gough,
Henry Pottinger,
William Parker
Daoguang Emperor,
Lin Zexu,
Qishan,
Guan Tianpei (KIA),
Yishan,
Yijing,
Yang Fang
Kekuatan
19,000 anggota[nb 1] 200,000 anggota
Kerugian dan korban
69 mati,
451 cedera
18,000–20,000 mangsa
Sumber mangsa:[2]

Pegawai China ingin mengawal penyebaran candu dan merampas bekalan candu daripada pedagang British. Kerajaan British, sungguhpun tidak menafikan hak China untuk mengawal import, membantah rampasan ini dan menggunakan kekuatan tenteranya bagi memaksa penyelesaian ganti rugi.[3]

Dalam tahun 1842, Persefahaman Nanking—yang pertama daripada apa yang dikenali oleh China kemudiannya sebagai Perjanjian Tak Setanding—memberikan ganti rugi kepada Britain, membuka lima pelabuhan perjanjian (Inggeris: "treaty ports"), dan penyerahan Pulau Hong Kong, dan menamatkan monopoli perdagangan pada Sistem Canton. Kegagalan perjanjian bagi memenuhi matlamat British bagi membaiki hubungan perdagangan dan diplomatik mendorong kepada Perang Candu Kedua (1856–60).[4] Perang ini kini dianggap sebagai permulaan sejarah China moden di China.[5][6]

Peperangan Candu Pertama berlaku pada tahun awal November 1839 atas sebab Maharaja Tao Kuang telah mengeluarkan perintah yang mengharamkan penggunaan dan perniagaan candu. Baginda mengawal rapi aktiviti penyeludupan candu. Perang ini berakhir dalam tahun 1842 setelah tentera Inggeris berjaya menawan Nanking. Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan rundingan pada bulan Ogos 1842.

Antara syarat Perjanjian Nanking adalah seperti berikut:

  1. Lima buah pelabuhan buka kepada rakyat dan saudagar British.
  2. China bersetuju membatalkan hubungan dengan kuasa asing.
  3. Konsul British ditempatkan di lima pelabuhan.
  4. Hong Kong diserahkan kepada British.
  5. Kerajaan China dikehendaki membayar 21 juta tael sebagai ganti rugi.
  6. Kerajaan China mengakui British setaraf mereka.
  7. Kerajaan China bersetuju menyelaraskan cukai eksport pada kadar lima peratus dan cukai import pada kadar tiga peratus.

Nota sunting

  1.   Pasukan ini terdiri dari 7,069 anggota tentera laut, sekitar 5,000 tentera British, dan hampir 7,000 tentera India, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 19,000 orang.[2]
  2.   "Koloni Mahkota Hong Kong merupakan hasil Perang Candu Pertam (1839–42). Ia sebenarnya lebih pada perang berkenaan perdagangan candu".[7]

Rujukan sunting

  1. ^ Le Pichon, Alain (2006). China Trade and Empire. Oxford University Press. pp. 36–37. ISBN 0-19-726337-2.
  2. ^ a b Martin, Robert Montgomery (1847). China: Political, Commercial, and Social; In an Official Report to Her Majesty's Government. Volume 2. James Madden. pp. 81–82.
  3. ^ a b Tsang, Steve (2007). A Modern History of Hong Kong. I.B.Tauris. p. 3-13, 29. ISBN 1-84511-419-1.
  4. ^ Tsang 2004, p. 29
  5. ^ Stockwell, Foster (2003). Westerners in China: A History of Exploration and Trade, Ancient Times Through the Present. McFarland. p. 74. ISBN 0-7864-1404-9.
  6. ^ Janin, Hunt (1999). The India-China Opium Trade in the Nineteenth Century. McFarland. p. 207. ISBN 0-7864-0715-8.
  7. ^ Tsang 2007, p. 3