Perang Colombia–Peru

Peristiwa Leticia juga dikenali sebagai Perang Leticia atau Perang Colombia–Peru (1 September 1932 – 24 Mei 1933), merujuk kepada sebuah konflik bersenjata pendek yang terjadi di antara Colombia dan Peru di wilayah hutan hujan Amazon. Di penghujungnya, mereka mencapai sebuah persetujuan untuk Colombia mendapat sebahagian wilayah manakala Peru mendapat sebahagian lagi.

Perang Colombia–Peru

Manuver yang dilakukan oleh Tentera Darat Colombia
Tarikh1 September, 1932 – 24 Mei, 1933
(8 bulan, 3 minggu dan 2 hari)
Lokasi
Keputusan Diselesaikan oleh Liga Bangsa, yang mana mengadakan Perjanjian Salomón–Lozano, dan Protokol Rio de Janeiro telah ditandatangani oleh Colombia dan Peru yang mana mengembalikan semula status quo ante bellum.
Pihak yang terlibat
Peru Peru
Tentera Darat
tentera laut
Tentera udara
Colombia Colombia
Tentera Darat
tentera laut
Tentera udara
Polis Kebangsaan
Komandan dan pemimpin
Luis Miguel Sánchez Cerro
Oscar R. Benavides
Enrique Olaya Herrera
Kekuatan
Kira-kira 1000 orang kira-kira 1000 orang
Kerugian dan korban
150 hingga 250, kebanyakan nya penyakit hutan 140 hingga 200, kebanyakan nya penyakit hutan

Pengambil-alihan oleh orang awam sunting

Perang Colombia-Peru pada tahun 1932-33 tercetus ekoran perasaan tidak puas hati berkenaan Perjanjian Salomón-Lozano dan pengenalan cukai yang tinggi ke atas gula. Perang bermula dengan pemberontakkan di Peru, di mana orang awam telah mengambil alih bandar Iquitos. Pada 1 September, 1932 Presiden Luis Miguel Sánchez menghantar dua buah rejimen Tentera Darat Peru ke Leticia dan Tarapacá (kini terletak di wilayah Amazonas, selatan Colombia). Tindakan-tindakan ini kebanyakkannya diabaikan oleh kerajaan Colombia pada ketika itu.

Patriotisme Colombia sunting

Sehingga 17 September pada tahun yang sama, kejadian ini mula disedari oleh kerajaan Colombia, apabila Angkatan Tentera Peru menceroboh tebing-tebing sungai Putumayo mula menghentikan konvoi-konvoi kapal dagang daripada belayar ke Leticia. Peristiwa ini mencetus semangat patriotisme rakyat Colombia. Laureano Gómez, ketua minoriti Senat mengistiharkan, "Aman, aman, aman di wilayah Colombia; Perang, perang, perang di sempadan menentang musuh kita yang keji."

Pada 19 September, El Tiempo telah melaporkan bahawa mereka telah menerima lebih 10,000 surat untuk berperang dan menguasai Leticia. Pada hari yang sama, berpuluh ribu pelajar Colombia berarak melaluijalan-jalan di Bogotá melaungkan, "Sánchez Cerro akan mati dan Colombia akan melawan!" Vásquez Cobo telah diistiharkan sebagai jeneral dalam Tentera Laut Amazon Colombia dan 10 juta dolar telah diluluskan oleh Senat untuk membiayai kempen beliau. Lebih 400 kg emas telah didermakan oleh kota-kota Colombia sebagai sebuah simbol penghargaan kepada jurutera Huilan, César García Álvarez.

 
Peringatan Perang di Tarapacá, Colombia. Plak tertulis,"Kepada Para Wira dalam Tentera Udara Colombia; yang mana telah menunjukan keberanian mereka; menerbangkan pesawat mereka di atas sungai dan hutan. Meriuhkan Amazonia kita dengan bunyi motor-motor kedaulatan negara kita semasa perang dengan Peru."

Permusuhan sunting

Presiden Sánchez percaya bahawa Colombia tidak mempunyai peluang untuk mempertahankan diri: ekoran kekurangan jalanraya dan kekuatan tentera laut, wilayah Amazon juga tidak dikawal oleh tentera Colombia. Menjelang Disember 1932, Jeneral Alfredo Vásquez Cobo tiba di muara Sungai Amazon dengan sebuah armada kapal-kapal usang yang beliau beli di Eropah. Dalam masa 90 hari, Colombia telah menyusun semula tindakan ketenteraan bagi menentang serbuan oleh Peru. Herbert Boy dan para juruterbang Jerman daripada SCADTA (kemudian menjadi Avianca) mengubahsuai pesawat komersial menjadi sebuah Tentera Udara Colombia sementara. Serangan pertama oleh Tentera Laut Colombia dilakukan ke atas Tarapacá. Bandar ini dipilih kerana Leticia terletak di sempadan dengan Brazil dan tentera Colombia bimbang untuk menyerang kedudukan tentera Peru yang berkubu kukuh.[perlu rujukan] Penawanan semula Tarapacá merupakan sebuah peristiwa tanpa berdarah kerana ketiadaan tentera Peru di bandar ini. Sehari sebelumnya, 14 Februari, 1933, Tentera Udara Peru telah mencuba untuk mengebom Armada Colombia, tetapi kebanyakan bom tidak mengenai sasaran.[1] Tentera Peru di Leticia tidak dapat dipaksa berundur akan tetapi peristiwa di Lima, dan pembunuhan Presiden Peru, telah mengubah situasi dan presiden baru Peru megarahkan pasukan tentera Peru untuk berundur dan meninggalkan Leticia. Sebahagian armada Pasifik Peru yang datang melalui Sungai Amazon terlibat dalam pertempuran.

Protokol Rio de Janeiro sunting

Pada hari yang sama, Presiden Colombia Enrique Olaya memutuskan kesemua hubungan dengan kerajaan Peru disebabkan oleh serangan udara. Beliau telah mengarahkan satu serangan ke atas Leticia tetapi berjaya diundurkan oleh tentera Peru.

Pada 30 April, 1933, Presiden Sánchez telah ditembak mati. 15 hari kemudian, pengganti beliau, Óscar Benavides telah berjumpa dengan ketua Parti Liberal Colombia, Alfonso López Pumarejo, untuk memeterai sebuah perjanjian untuk menyerahkan Leticia dibawah suruhanjaya Liga Bangsa.

Colombia dan Peru berjumpa Rio de Janeiro, Brazil untuk menandatangani sebuah perjanjian damai. Dalam Protokol Rio de Janeiro, Peru menyatakan bahawa, "Kami secara jujurnya kesal akan peristiwa yang berlaku bermula pada September, 1932. Terutamanya yang merosakkan hubungan kami dengan Colombia." Butir-butir di dalam Perjanjian Salomón-Lozano juga disahkan dalam persetujuan ini.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ von Rauch 1984, p.6
  • von Rauch, Herbert. "A South American Air War...The Letcia Conflict." Air Enthusiast. Issue 26, December 1984-March 1985. Bromley, Kent: Pilot Press. Pages 1–8. ISSN 0143-5450.

Pautan luar sunting

Templat:Colombia topics