Perang Itali-Habsyah Kedua

Perang Itali-Habsyah Kedua (Itali: Guerra d'Etiopia) merupakan sebuah peperangan yang berlaku di antara Kerajaan Itali dan Empayar Habsyah. Peperangan ini jelas bahawa Itali ingin menawan Habsyah setelah berjaya menakluk Eritrea dan Somalia di benua Afrika.

Perang Itali-Habsyah Kedua
Sebahagian daripada Tempoh antara perang

Tentera Itali di Habsyah ketika peperangan
Tarikh3 Oktober 1935 – Mei 1936
Lokasi
Keputusan Kemenangan Itali
Perubahan
wilayah
Pengilhakan Habsyah dari Itali dan penubuhan Afrika Timur Itali
Pihak yang terlibat
Kerajaan Itali (1861–1946) Itali Empayar Habsyah Habsyah
Komandan dan pemimpin

Kerajaan Itali (1861–1946) Victor Emmanuel III
Kerajaan Itali (1861–1946) Benito Mussolini
Kerajaan Itali (1861–1946) Emilio De Bono
Kerajaan Itali (1861–1946) Pietro Badoglio

Kerajaan Itali (1861–1946) Rodolfo Graziani
Empayar Habsyah Haile Selassie I
Kekuatan
500,000 tentera
595 pesawat
795 kereta kebal
800,000 tentera
Approx. 3 pesawat
3 kereta kebal
Kerugian dan korban
20,000 terbunuh
180,000 sakit dan cedera
775,000 terbunuh dan cedera

Dari segi politik, peperangan seperti ini diingati kerana mendedahkan kelemahan yang wujud dari Liga Bangsa seperti Peristiwa Manchuria pada tahun 1931 (Jepun menakluk tiga wilayah China), Krisis Habsyah pada tahun 1935 sering dilihat sebagai demonstrasi yang jelas bahawa Liga Bangsa tidak peduli. Itali dan Habsyah adalah anggota Liga Bangsa tetapi tidak dapat mengawal Itali untuk melindungi Habsyah apabila Itali jelas melanggar undang-undang Liga Bangsa sendiri.

Dengan bermulanya Perang Dunia Kedua, tentera Itali menyerang tentera British pada tahun 1941 dalam beberapa bulan selepas penubuhan Afrika Timur Itali dengan kerjasama Habsyah. Ini menyebabkan kejatuhan pemerintahan Itali di Habsyah kerana British bersekutu dengan Perancis dan Amerika Syarikat. Tentera Bersekutu menyerang Itali menyebabkan Itali berundur dari Afrika dan melindungi negara sendiri. Secara rasmi, keadaan perang secara rasminya berakhir pada 10 Februari 1947 dengan menandatangani Perjanjian Paris antara Itali dan Habsyah yang menyebabkan Itali kehilangan semua jajahan di Afrika. Selain itu, Itali juga kehilangan jajahan Libya di Afrika Utara.