Perang Saudara England

Perang Saudara England (1642-1651) ialah satu siri pertelingkahan bersenjata dan komplot politik di antara penyokong-penyokong parlimen dan raja. Secara amnya konflik ini dibahagi kepada tiga fasa oleh ahli-ahli sejarah. Perang pertama (1642-1651) dan kedua (1648-1649) menyaksikan pertembungan di antara penyokogn-penyokong Raja Charles I dan penyokong Parlimen Long, manakala perang ketiga (1649-1651) adalah perbalahan di antara penyokong-penyokong Raja Charles II dan Parlimen Rump. Perang saudara ini berakhir dengan kemenangan golongan yang berpihak kepada Parlimen di medan Pertempuran Worcester pada 3 September 1651.

Peta wilayah yang dikuasai oleh para penyokong Raja (merah) dan Parlimen (hijau), 1642 — 1645
Charles I, dilukis oleh Van Dyck

Perang saudara ini turut membawa kepada pengadilan dan perlaksanaan hukuman mati ke atas Charles I, pembuangan negeri anaknya Charles II dan penggantian sistem beraja. Penggantian itu bermula dengan Komanwel England (1649-1653) dan diikuti pula dengan Negeri Naungan (1653-1659) di bawah pemerintahan persendirian Oliver Cromwel. Monopoli Gereja England terhadap penyembahan Kristian di England turut ditamatkan dengan pihak yang menang mengukuhkan Peningkatan Protestan yang telah pun lama bertapak di Ireland. Dari sudut perlembagaan, perang-perang ini juga mewujudkan fahaman bahawa seorang raja British tidak boleh memerintah tanpa kebenaran parlimen, walaupun konsep ini hanyalah dikukuhkan selepas itu dengan Revolusi Gemilang yang terjadi pada kurun yang sama.

Lihat juga sunting

Nota sunting

Rujukan sunting

  • Carlton, Charles (1992). The Experience of the British Civil Wars, Routledge, ISBN 0-415-10391-6.
  • Royle, Trevor, Civil War: The Wars of the Three Kingdoms 1638-1660. Pub Abacus 2006, (first published 2004). ISBN 978-0-349-11564-1

Pautan luar sunting

Templat:Campaignbox English Civil War