Perangsang (stimulant) merupakan salah satu dari jenis ubat psikiatrik.

Perangsang juga sebenarnya boleh didapati daripada badan manusia itu sendiri. Bahan kimia ini boleh dihasilkan secara semulajadi dari dalam badan. Adrenlina ialah salah satu daripada perangsang yang dapat dihasilan dalam badan. Perangsang dapat mengaktifkan jantung supaya menambah kadar denyutannya. Denyutan jantung yang bertambah akan mengepamkan lebih banyak darah keseluruh badan dan dengan itu dapat merangsangkan perasaan pesakit. Contoh perangsang lain ialah seperti kokaina, kafeina dan nikotina.

Perangsang juga dapat menambahkan kegiatan otak dan badan pesakit. Ubat ini tidak boleh dimakan secara berlebihan. Ini kerana penggunaan ubat ini dalam masa yang lama akan mengakibatkan ketagihan.