Perayaan Loy Krathong

Perayaan yang disambut oleh penganut agama Buddha Siam.

Perayaan Loy Krathong (Bahasa Thai: ลอยกระทง, IPA: [lɔːj kràʔ tʰoŋ]; Jawi: لوي كراثوڠ) merupakan satu perayaan yang disambut oleh penganut agama Buddha Siam yang disambut semasa bulan purnama pada bulan 12 takwim qamari Thai. Perayaan tersebut dikenali sebagai Loy Krathong di mana Loy bererti mengapung dan Krathong bererti bekas daun pisang berbentuk teratai.

Beberapa jenis Loi Krathong
Loi Krathong dilepaskan di air

Perayaan tersebut adalah bagi penganut Buddha (keturunan Siam) menunjukkan rasa berterima kasih kepada Dewi Air dengan melancarkan beribu-ribu bekas berbentuk bunga teratai yang dihiasi dengan bunga, duit syiling, lilin dan colok.

Penganut Buddha (keturunan Siam) percaya bahawa Krathong mampu menghanyutkan dosa, nasib malang, dan penderitaan apabila dibebaskan ke dalam laut.

Di Malaysia, perayaan Loy Krathong di sambut di Kuil Wat Chaiya Mangalaram (Buddha berbaring), Pulau Pinang.

Pautan luar sunting