Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia

(Dilencongkan dari Perbadanan Kemajuan Multimedia)

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysia Digital Economy Corporation, secara rasmi disingkat sebagai MDEC) ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Digital Malaysia. Ditubuhkan pada 1996, ia dahulu dikenali sebagai Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. sebelum dinaik taraf menjadi sebuah agensi kerajaan. Misinya ialah untuk membangunkan ekonomi digital negara dan tertumpu kepada memacu pelaburan, membina juara teknologi tempatan, memangkin ekosistem inovasi digital dan menyebarkan keterangkuman digital.[1] MDEC juga bertanggungjawab menguruskan Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) sebagai kawasan industri dan perdagangan teknologi bertaraf dunia di Malaysia.

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia
MDEC
Intisari agensi
Dibentuk5 Jun 1996; 27 tahun yang lalu (1996-06-05)
Bidang kuasa
Kerajaan Malaysia
Ibu pejabat2360 Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor
Eksekutif Agensi
  • Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif
  • Md Alwi Che Ahmad, Pengerusi
Agensi induk
Kementerian Digital Malaysia
Laman sesawang
www.mdec.my

Objektif sunting

MDEC ditugaskan:

  • menarik pelabur ICT antarabangsa untuk mendirikan perniagaan di MSC Malaysia, sambil menyediakan bantuan teknikal dan pentadbiran
  • menjalinkan hubungan antara syarikat MSC tempatan
  • menarik bakat profesional ICT untuk bekerja di MSC Malaysia
  • menghubungkan operasi perniagaan baru dengan pekerja bermutu (melalui KWX)
  • menguruskan prasarana digital di kawasan MSC Malaysia (melalui MSC Technology Centre Diarkibkan 2007-07-09 di Wayback Machine) dan keselamantan (melalui Trustgate)
  • menggalakkan pelaburan di perniagaan MSC Malaysia (melalui MSCVC)
  • menasihati kerajaan mengenai perkembangan undang-undang berkenaan teknologi
  • menyelenggara perkhidmatan perdagangan dan perumahan MSC Malaysia
  • membantu negara lain dalam Inisiatif ICT Kebangsaan melalui MSC Technology Centre

Lembaga pengarah MDEC merangkumi pelabur teknologi tersohor di Asia Tenggara, dan juga Ketua-ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Rujukan sunting

  1. ^ Aaron Raj (17 Januari 2023). "For MDEC, it's all about creating opportunities" (dalam bahasa Inggeris). Tech Wire Asia. Dicapai pada 22 Januari 2023.

Pautan luar sunting