Perbadanan saham ialah perbadanan untuk untung yang pemilikan perbadanan dinyatakan berdasarkan bilangan saham. Ini membolehkan pemilikan perbadanan ditentukan dengan mudah kerana saham ialah harta dan justera, dapat dipindah sebagaimana dengan harta yang lain seperti wang, tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan, misalnya sekatan terhadap penjualan semula.

Pemilik saham perbadanan dikenali sebagai pemegang saham.Jika seorang pemegang saham mempunyai sekurang-kurangnya satu saham melebihi 50% daripada saham mengundi perbadanan, dia dikatakan memiliki kepentingan mengawal kerana mempunyai lebih banyak undi daripada kesemua pemilik yang lain, walau jika dicantumkan.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.