Pergerakan Islam Turkestan Timur

Pergerakan Islam Turkestan Timur (ETIM) adalah organisasi mujahidin Waziri.Matlamat utama ialah kemerdekaan "Turkestan Timur" dan penukaran semua orang Cina kepada Islam . Perjuangan mereka menyebabkan 200 aktivit keganasan, 162 kematian dan lebih 440 kecederaan.

Pergerakan Islam Turkestan Timur
Bendera Jihad
Tarikh operasi1997 — kini
PemimpinAbdul Haq
MotifNegeri Islam Fundemental di Xinjiang
Kawasan utamaChina
Pakistan (Waziristan Utara)
Asia Tengah
IdeologiIslamism
Islamic fundamentalism
Sunni Islam
Pan-Islamism
StatusDesignated as a Foreign Terrorist Organization, proscribed by the United Nations and five other governments (see below)
Saizabout 1000 operatives[1]

Sejarah sunting

Selepas tempoh Perang di Afghanistan , ETIM menyeru kepada jihad pada tahun 2006 menerusi video online.

Turkestan Timur dinaungi China sejak awal 60 SM walaupun beberapa dikatakan merdeka daripada China . Abad ke-18 ,Dinasti Qing menyusun semula wilayah Xinjiang .Namun , pengaruh Rusia terus kukuh . Ramai yang berhijrah dari Rusia ke Xinjiang pada awal abad ke-19, dan Perang Saudara Rusia mempercepatkan imigresen ini.Kemudian kerajaan komunis Cina ditubuhkan di Republik Rakyat China selepas Perang Saudara Cina . Kesatuan Soviet pula memberikan pasport Soviet kepada etnik Asia Tengah di Xinjiang bagi memudahkan mereka bergijrah ke Kazakhstan.Selepas perpecahan Sino-Soviet, Kesatuan Soviet telah membesarkan pangkalan tentera di sempadan Rusia dengan Xinjiang dan meransang pejuang pemisah "Turkestan Timur". Mereka mendapat sokongan moral dan kebendaan dari kumpulan militan serantau .China menuduh Soviet merancang rusuhan dan membekalkan latihan dan persenjataan.

Pergerakan Islam Turkestan Timur diasaskan pada tahun 1993 oleh dua anak negeri daripada Hotan , tetapi kurang berjaya.Hasan Mahsum dan Abudukadir Yapuquan menyusun semula pergerakan itu pada tahun 1997 dan kekal sehingga hari ini.Ibu pejabat ETIM terletak di Kabul di bawah perlindungan Taliban yang menguasai Afghanistan . Di Afghanistan, pemimpin-pemimpin ETIM bertemu dengan Osama bin Ladin dan lain-lain pemimpin Al-Qaeda , Taliban, dan Pergerakan Islam Uzbekistan untuk menyelaraskan tindakan bersama.Infrastruktur kumpulan ini lumpuh selepas Amerika Syarikat menyerang Afghanistan dan mengebom pangkalan Al-Qaeda di kawasan pergunungan sepanjang sempadan dengan Pakistan , di mana pemimpin ETIM, Hasan Mahsum, telah dibunuh.

Bagaimanapun, selepas Perang Iraq sentimen mujahidin semakin rancak. Serangan dilancarkan ke atas kepentingan Amerika Syarikat , seperti kedutaan Amerika Syarikat di Bishkek ( Kyrgyzstan ). [11 ] Jabatan Negara Amerika Syarikat bertindak balas dengan menyenaraikan pergerakan ini sebagai sebuah pertubuhan pengganas. Olhe itu mereka kehilangan simpati dari organisasi Baratyang menyokong perjuangan menentang China. ETIM mengedarkan diedarkan video pada tahun 2006 dan melancarkan perjuangan jihad yang baru dan menjadikan Sukan Olimpik Musim Panas 2008 di Beijing sebagai sasaran serangan.ETIM bersekutu dengan Taliban dan mendapat dana daripada ISI Pakistan. Ekoran itu, berlaku konfrontasi diplomatik antara Pakistan dan China .

Ideologi sunting

Matlamat utama Pergerakan Islam Turkestan Timur ialah kemerdekaan Turkestan Timur dan menukar semua orang Cina kepada agama Islam .Video selama 16 minit disebarkan pada tahun 2008, di mana "Komander Seyfullah" memberi amaran kepada umat Islam agar tidak membawa anak-anak mereka ke Sukan Olimpik Musim Panas 2008. Rohan Gunaratna selaku pakar keganasan mendakwa ETIM berkait rapat dengan World Uyghur Congress (WUC).

Kerajaan China menuduh keganasan 2009 etnik di Urumqi sebagai hasil kebencian puak Uighur.

Struktur sunting

Pada bulan Oktober 2008, Kementerian Keselamatan Awam China mengeluarkan senarai lapan pengganas yang dikaitkan dengan ETIM, termasuk beberapa pemimpin.

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan newface tidak disediakan