Perisian percuma (dalam bahasa Inggeris freeware) merupakan perisian komputer yang percuma tetapi mempunyai hak cipta yang dimiliki oleh pembangunnya, yang mempunyai hak untuk mengawal pengedarannya, mengubahsuainya dan menjualnya di kemudian hari.[1] Selalunya, freeware diedarkan tanpa disertakan kod sumbernya dan lantas mengelakkan para penggunanya daripada mengubahsuai perisian tersebut. Dengan ini, freeware adalah berbeza dengan perisian bebas yang membenarkan pengubahsuaian pada perisian.

Sejarah sunting

Istilah freeware mula-mula diperkenalkan oleh Andrew Fluegelman ketika beliau hendak menjual sebuah atur cara komunikasi bernama PC-Talk yang beliau ciptakan tetapi beliau tidak mahu menggunakan kaedah pengedaran lama disebabkan kos mereka.[2] Fluegelman lantas mengedarkan PC-Talk melalui satu proses yang kini merujuk kepada shareware. Penggunaan istilah ini pada masa sekarang tidak semestinya perlu menepati konsep asalnya yang diperkenalkian oleh Andrew Fluegelman.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Definisi freeware oleh Projek Linux Information (LINFO)
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-14. Dicapai pada 2008-04-24.

Pautan luar sunting