Perisikan tentera adalah tatatertib tentera yang menggunakan pengumpulan maklumat dan analisis untuk memberi panduan dan hala tuju kepada komander bagi menyokong keputusan mereka. Ini dicapai dengan menyediakan penilaian data dari pelbagai sumber, ditujukan kearah keperluan misi komander atau bertindakbalas kepada persoalan sebagai sebahagian daripada perancangan operasi atau kempen. Dalam usaha untuk menyediakan analisis, keperluan maklumat komander mestilah dikenal pasti dahulu. Keperluan maklumat kemudiannya digabungkan kedalam koleksi risikan, analisa, dan penyebaran maklumat.

Bidang kajian termasuklah persekitaran operasi, pasukan yang bermusuhan dan berkecuali, penduduk awam di kawasan operasi tempur, dan kawasan berkepentingan lain yang lebih luas.[1] Aktiviti risikan dijalankan di semua peringkat, dari taktikal hingga ke strategik, dalam masa aman, tempoh peralihan perang, dan semasa perang.

Kebanyakan kerajaan mengekalkan keupayaan risikan tentera bagi menyediakan analitis dan anggota yang mengumpul maklumat di kedua-dua unit pakar dan dari pasukan dan perkhidmatan lain. Keupayaan perisikan tentera berinteraksi dengan kebolehan risikan awam untuk memaklumkan pelbagai aktiviti politik dan ketenteraan.

Anggota yang dipilih untuk tugas-tugas risikan boleh dipilih berdasarkan keupayaan analitis mereka dan kecerdasan peribadi sebelum menerima latihan rasmi.

Jenis-jenis perisikan sunting

 
Gambarajah risikan tentera yang menunjukkan posisi pertahanan semasa Pertempuran Okinawa, 1945

Operasi risikan dilaksanakan diseluruh hierarki politik dan aktiviti ketenteraan.

Perisikan strategik sunting

Perisikan strategik adalah berkenaan dengan isu-isu yang luas seperti ekonomi, penilaian politik, keupayaan tentera dan niat negara-negara asing (dan, terus bertambah, pelaku bukan negara).[2] Risikan ini boleh menjadi saintifik, teknikal, taktikal, diplomatik atau sosiologi, tetapi perubahan ini di analisis dalam kombinasi dengan fakta-fakta yang diketahui tentang kawasan yang berkenaan, seperti geografi, demografi dan kapasiti industri.

Perisikan operasi sunting

Perisikan operasi memberi tumpuan kepada sokongan atau penolakan perisikan di peringkat operasi. Peringkat operasi adalah dibawah paras pimpinan strategik dan merujuk kepada reka bentuk manifestasi praktikal.

Perisikan taktikal sunting

Perisikan taktikal memberi tumpuan kepada sokongan operasi di peringkat taktikal dan akan diserapkan ke pasukan tempur. Di peringkat taktikal, taklimat disampaikan untuk mengawasi ancaman semasa dan keutamaan koleksi. Pengawasan ini kemudian disoal untuk mendapatkan maklumat bagi analisis dan komunikasi melalui rantaian laporan.[perlu rujukan]

Tugasan risik sunting

Risikan mesti mengikut keperluan komander, berdasarkan objektif tentera dan rangka pelan untuk operasi. Objektif tentera menyiapkan fokus untuk menganggar proses, dari mana beberapa keperluan maklumat yang diperolehi. Keperluan maklumat mungkin berkaitan dengan bentuk muka bumi dan kesan keatas kenderaan atau pergerakan anggota, penyusunan pasukan bermusuh, sentimen penduduk tempatan dan keupayaan senarai tempur pihak bermusuh.

Sebagai menyahut pada keperluan maklumat, staf analisis menarik maklumat yang sedia ada, mengenal pasti jurang dalam pengetahuan yang ada. Mengetahui adanya jurang, staf boleh menyuruh koleksi aset-aset dikumpul untuk keperluan.

Laporan analisa memanfaatkan semua sumber maklumat yang ada, samada diambil daripada material yang sedia ada atau dikumpulkan sebagai reaksi pada keperluan. Laporan analisis digunakan untuk memberitahu staf perancangan yang masih ada, mempengaruhi perancangan dan mencari ramalan pihak musuh.

Proses ini dinamakan sebagai Collection Co-ordination and Intelligence Requirement Management (CCIRM) atau Pengurusan Koordinasi Koleksi dan Keperluan Risikan.

Proses risikan sunting

Proses risikan mempunyai empat fasa: pengumpulan, analisa, pemprosesan dan penyebaran.

Di United Kingdom ia dikenali sebagai arahan, pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran.

Dalam tentera A.S., Penyiaran Bersama 2-0 (JP 2-0) menyatakan: "Enam kategori operasi risik adalah: perancangan dan arahan; pengumpulan; pemprosesan dan eksploitasi; analisis dan pengeluaran; penyebaran dan integrasi; dan penilaian dan maklum balas."

Pengumpulan sunting

Analisis sunting

Pemprosesan sunting

Penyebaran sunting

Lihat juga sunting

Nasional
US specific

Nota kaki sunting

  1. ^ "University Catalog 2011/2012, Master Courses: pp.99, size: 17MB" (PDF). US National Intelligence University. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-01-23. Dicapai pada 28 March 2012.
  2. ^ Alfred Rolington. Strategic Intelligence for the 21st Century: The Mosaic Method. Oxford University Press, 2013.

Rujukan sunting

  • N.J.E. Austin and N.B. Rankov, Exploratio: Military and Political Intelligence in the Roman World From the Second Punic War to the Battle of Adrianople. London: Routledge, 1995.
  • Julius Caesar, The Civil War. Translated by Jane F. Mitchell. Baltimore, MD: Penguin Books, 1967.
  • Cassius Dio, Dio's Roman History. Translated by Earnest Cary. New York: G.P. Putnam's Sons, 1916.
  • Francis Dvornik, Origins of Intelligence Services. New Brunswick, NJ: Rutgers University Press, 1974.
  • J. F. C. Fuller, A Military History of the Western World, Vol. 1: From the Earliest Times to the Battle of Lepanto. New York: Da Capo Press, 1987.
  • Richard A. Gabriel and Karen S. Metz, From Sumer to Rome; The Military Capabilities of Ancient Armies. New York: Greenwood Press, 1991.
  • John Keegan, Intelligence in War. New York: Knopf, 2003.
  • Charles H. Harris & Louis R. Sadler. The Border and the Revolution: Clandestine Activities of the Mexican Revolution 1910-1920. HighLonesome Books, 1988.
  • Ishmael Jones, The Human Factor: Inside the CIA's Dysfunctional Intelligence Culture, New York: Encounter Books, 2010 (ISBN 978-1594032233).
  • Henry Landau, The Enemy Within: The Inside Story of German Sabotage in America. G.P. Putnam Sons, 1937.
  • Sidney F. Mashbir. I Was An American Spy. Vantage, 1953.
  • Nathan Miller. Spying for America: The Hidden History of U.S. Intelligence. Dell Publishing, 1989.
  • Ian Sayer & Douglas Botting. America's Secret Army, The Untold Story of the Counter Intelligence Corps. Franklin Watts Publishers, 1989.
  • Barbara W. Tuchman, The Zimmermann Telegram. Ballantine Books, 1958.
  • "Coast Guard Intelligence Looking For a Few Good Men and Women." Commandant's Bulletin (Jun 10 1983), p. 34.
  • "Coast Guard Investigative Service." Coast Guard (Dec 1996), pp. 24–25.
  • The Coast Guard at War: Volume XII: Intelligence. Washington, DC: Historical Section, Public Information Division, U.S. Coast Guard Headquarters, January 1, 1949.
  • Hinsley, Francis F. "British Intelligence in the Second World War: Its Influence on Strategy and Operations". Cambridge University Press, 1990.
  • Ruiz, Victor H. (2010). "A Knowledge Taxonomy for Army Intelligence Training: An Assessment of the Military Intelligence Basic Officer Leaders Course Using Lundvall's Knowledge Taxonomy". Applied Research Projects, Texas State University, paper 331.
  • Alfred Rolington. Strategic Intelligence for the 21st Century: The Mosaic Method. Oxford University Press, 2013.
  • Creating Intelligence, Neil Garra, http://www.s2company.com/index.php?topic=4 .

Pautan luar sunting