Perisytiharan Rio bagi Alam Sekitar dan Pembangunan

Perisytiharan Rio bagi Alam Sekitar dan Pembangunan, sering dipendekkan kepada Perisytiharan Rio, merupakan dokumen pendek yang dihasilkan pada Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNCED), secara tidak rasminya dikenali sebagai Kemuncak Bumi. Perisytiharan Rio mempunyai 27 prinsip yang menjadi panduan bagi pembangunan masa depan yang mapan seluruh dunia.

12 prinsip teras Perisytiharan Rio adalah seperti berikut:

  • 1. Kedaulatan negara
  • 2. Hak untuk membangun
  • 3. Pembangunan mapan
  • 4. Hak untuk hidup dan persekitaran yang sihat
  • 5. Tugas yang tidak menyebabkan bahaya kepada persekitaran
  • 6. Persamaan antara generasi
  • 7. Prinsip berwaspada
  • 8. Tanggungjawab yang sama tetapi dibezakan (iaitu negara membangun dan negara maju mempunyai tanggungjawab yang sama, cuma beban berbeza)
  • 9. Tugas untuk menilai kesan persekitaran
  • 10. Hak untuk penglibatan orang ramai / Demokrasi alam sekitar (Mewajibkan kerajaan untuk menubuhkan satu proses untuk rakyat dan badan bukan kerajaan memperoleh maklumat alam sekitar)
  • 11. Warisan yang sama bagi kaum manusia
  • 12. Kebimbangan yang sama bagi kaum manusia

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.