Perkembangan Empayar Uthmaniyah

Perkembangan Empayar Uthmaniyah (1453–1683) boleh dikategorikan kepada dua zaman. Zaman pertama boleh dikatakan semasa berlakunya penaklukan dan perkembangan kuasa; iaitu bermula daripada penawanan Constantinople pada tahun 1453 sehinggalah kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni (Suleiman the Magnificent) pada tahun 1566. Selepas berakhirnya zaman pertama, zaman kedua pula muncul iaitu semasa struktur pentadbiran mula menunjukkan kelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan rasuah iaitu dari tahun 1566 sehinggalah kegagalan serangan ke atas Vienna pada tahun 1683.

Empayar Turki Uthmaniyyah, 1299 - 1683

Bagi meluaskan pengaruh dan kawasan empayar Uthmaniyah semasa zaman perluasaan kuasanya, pemimpin memilih untuk menyebarkan melalui laluan laut. Selim I menawan Parsi sebelum tewas kepada tentera Parsi tidak lama kemudian. Parsi kemudian menewaskan tentera Uthmaniyah dan menawan sebahagian kawasan milik Uthmaniyah di timur empayar itu. Mereka juga berjaya menawan Baghdad. Empayar Uthmaniyah menubuhkan tentera laut di Laut Merah bagi mengatasi pengaruh Portugis dalam perdagangan rempah. Semasa zaman ini, Empayar Uthmaniyah bersaing dengan kuasa-kuasa Eropah di Lautan Hindi. Empayar Uthmaniyah juga menghantar tentera lautnya bersama-sama dengan kelengkapan perang dan askar ke Kenya dan Aceh bagi membantu pemerintah-pemerintah Muslim di sana, di samping mempertahankan perdagangan rempah dan hamba. Di Aceh, Empayar Uthmaniyah membina kubu dan mempertahankannya menggunakan meriam. Selain itu Sultan Aceh, Sultan Alauddin Riayat Shah Al Qahar telah memimpin sebuah armada perang dibantu oleh tentera Turki Uthmaniyah dengan meriam-meriam besar dari Istanbul menggempur Portugis di Melaka. Empayar Turki Uthmaniyah juga merupakan kuasa yang bertanggungjawab dalam membantu perjuangan pihak Protestant Belanda bagi menghadapai konflik mereka dengan golongan Katholik Sepanyol. Tentera laut Uthmaniyah juga mempunyai banyak pengaruh di Laut Mediterranean menjadikan perdagangan di sana berkembang dengan pesat disebabkan kestabilan perdagangan di situ. Zaman ini kemudiannya dikenali sebagai zaman "Pax Ottomanica" oleh orang Barat.

Serangan ke atas Vienna bukanlah satu siri pengembangan kuasa Empayar Uthmaniyah terhadap Jerman. Sebenarnya pihak Turki Uthmaniyah hanyalah ingin bertindak terhadap campur tangan Hapsburg Sepanyol ke atas Hungary. Hal ini juga menyebabkan sesetengah sekutu Uthmaniyah membelot terhadap Empayar Uthmaniyah. Paus di Itali kemudiannya meninggalkan kepentingan sekularnya bagi membangkitkan semangat anti-Islam di samping ingin melancarkan Perang yang baru. Dalam masa yang akan datang, Empayar Uthmaniyah bukan sahaja sebuah kuasa penakluk tetapi juga sebuah instrumen politik Eropah. Perang di Vienna membawa kepada zaman kemerosotan terhadap Empayar Utmaniyah.