Permainan video teka-teki

  Permainan video teka-teki membentuk genre permainan video yang luas yang berasaskan penyelesaian teka-teki . Pelbagai jenis teka-teki menguji kemahiran menyelesaikan masalah, termasuk logik, pengecaman corak, penyelesaian jujukan, pengecaman ruang dan pelengkapan perkataan. Kebanyakan permainan teka-teki melibatkan elemen masa sebenar dan memerlukan pemikiran pantas, seperti Tetris (1984) dan Lemmings (1991).

Versi 1994 Mac bagi permainan video teka-teki padanan jubin 1985 Chain Shot!

Sejarah sunting

Permainan video teka-teki berasal daripada permainan mengasah otak dan teka-teki sepanjang sejarah manusia. Permainan strategi matematik Nim, dan permainan pemikiran tradisional lain seperti Hangman dan Bulls and Cows (diiklankan sebagai Mastermind), merupakan sasaran popular untuk implementasi komputer.

Space Panic ciptaan Universal Entertainment, dilancarkan di arked pada tahun 1980, adalah pendahulu kepada permainan teka-teki platform yang kemudiannya seperti Apple Panic (1981), Lode Runner (1983), Door Door (1983) dan Doki Doki Penguin Land (1985).[1][2][3]

Blockbuster, dicipta oleh Alan Griesemer dan Stephen Bradshaw (Atari 8-bit, 1981), merupakan Kiub Rubik dalam versi komputer.[4] Snark Hunt (Atari 8-bit, 1982) ialah permainan deduksi logik pemain tunggal, sebuah klon permainan papan Black Box 1970-an.[5]

Elemen-elemen daripada permainan video pergerakan jubin Konami, Loco-Motion (1982), kemudiannya dilihat dalam Pipe Mania oleh LucasArts (1989).

Dalam permainan Boulder Dash (1984), matlamatnya adalah untuk mencari dan mengumpul berlian sambil mengelak atau mengeksploitasi batu yang jatuh apabila tanah di bawahnya digali.

Chain Shot! (1985) memperkenalkan membuang kumpulan jubin warna yang sama pada grid, menyebabkan jubin yang masih tinggal jatuh ke dalam ruang.[6] Uncle Henry's Nuclear Waste Dump (1986) melibatkan menjatuhkan barang ke dalam lubang, tetapi matlamatnya adalah untuk mengelakkan jubin warna yang sama daripada bersentuhan.[7]

Tetris merevolusikan dan mempopularkan genre permainan teka-teki.[8][9] Permainan ini dicipta oleh pereka permainan Soviet, Alexey Pajitnov pada tahun 1984. Pajitnov telah mendapat idea daripada permainan teka-teki tradisional bernama Pentominos di mana pemain menyusun blok ke dalam barisan tanpa sebarang jurang.[8] Permainan ini diterbitkan oleh Spectrum Holobyte untuk MS-DOS pada tahun 1987 dan Atari Games dalam arked pada tahun 1988, dan menjual 30 juta salinan di Game Boy.[10]

Dalam Lemmings (1991),[11] satu rantai makhluk berjalan ke dalam situasi yang berbahaya, dan pemain memberikan pekerjaan kepada lemming tertentu untuk membimbing kumpulan makhluk itu ke destinasi yang selamat.[10]

Permainan MS-DOS 1994 Shariki, dicipta oleh Eugene Alemzhin, memperkenalkan mekanik menukar elemen bersebelahan kepada permainan padanan jubin. Mekanik tersebut kurang diketahui pada masa itu, tetapi kemudiannya mempunyai pengaruh besar pada genre padanan jubin.

Minat terhadap permainan video Mahjong dari Jepun mula berkembang pada tahun 1994.[12][13]

Apabila Minesweeper dikeluarkan berserta dalam Windows 95, pemain mula menggunakan tetikus untuk bermain permainan teka-teki.[14]

Permainan teka-teki moden sunting

Pada tahun 2001, PopCap Games menerbitkanBejeweled, klon langsung permainan padanan jubin 1994, Shariki dengan visual yang lebih canggih. Permainan ini mencetuskan minat terhadap mekanik padanan tiga yang menjadi asas untuk permainan popular lain, termasuk Candy Crush Saga dan Puzzle & Dragons, kedua-duanya dicipta pada 2012.[15]

Portal (2007) menjadi ilham kepada permainan teka-teki berasaskan fizik yang lain.[16]

Subgenre sunting

Permainan fizik sunting

 
The Splatters, permainan Xbox Live Arcade berasaskan fizik

Permainan fizik merupakan sejenis permainan video teka-teki logik di mana pemain mesti menggunakan fizik permainan dan kawasan persekitaran untuk menyelesaikan setiap teka-teki. Permainan fizik menggunakan fizik yang konsisten untuk meningkatkan tahap kesukaran permainan.[17] Genre ini popular dalam permainan flash dalam talian dan permainan mudah alih. Pendidik telah menggunakan permainan tersebut untuk menunjukkan prinsip fizik.[18]

Antara permainan teka-teki logik berasaskan fizik merupakan Portal, The Talos Principle, The Witness, Braid, Fez, World of Goo, dan Cut the Rope, serta permainan perlanggaran peluncur seperti Angry Birds, Peggle, Monster Strike dan Crush the Castle.

Pengekodan sunting

Permainan pengekodan ialah permainan teka-teki logik yang mengandungi elemen pengaturcaraan seperti The Incredible Machine, SpaceChem dan Infinifactory.

Eksplorasi sunting

Subgenre ini termasuk permainan tunjuk dan klik yang sering menampilkan persamaan dengan permainan pengembaraan dan simulator berjalan. Berlainan daripada permainan teka-teki logik, permainan ini secara amnya memerlukan penaakulan induktif untuk diselesaikan. Ciri yang menonjol ialah pemain mesti bereksperimen dengan mekanisme dalam setiap peringkat sebelum mereka boleh menyelesaikannya. Elemen teka-teki selalunya tidak konsisten sepanjang permainan, oleh itu memerlukan penekaan dan penyemakan, serta penerokaan untuk mendedahkan lebih banyak bahagian teka-teki tersebut.

Permainan eksplorasi termasuk Myst, Limbo, The Dig, Monument Valley dan permainan melarikan diri seperti The Room.

Sokoban sunting

Subgenre ini melibatkan pemain menggerakkan objek di sekeliling persekitaran dan meletakkannya di lokasi yang tertentu. Nama subgenre diambil daripada permainan video Sokoban yang merupakan pendahulu kepada subgenre ini

Permainan objek tersembunyi sunting

Permainan objek tersembunyi, kadangkala dipanggil gambar tersembunyi atau pengembaraan teka-teki objek tersembunyi (HOPA/Hidden Object Puzzle Adventure), ialah satu genre permainan video teka-teki di mana pemain mesti mencari item yang tersembunyi dalam gambar atau adegan berpandukan senarai item yang tersedia.[19] Permainan objek tersembunyi merupakan trend popular dalam permainan kasual.[20][21]

Padanan jubin sunting

Dalam permainan video padanan jubin, pemain menggunakan jubin untuk menghilangkan jubin mengikut kriteria yang sepadan. Genre ini berasal daripada Chain Shot! dan mempunyai persamaan dengan permainan blok jatuh seperti Tetris. Genre ini termasuk permainan yang memerlukan jubin ditukar seperti Bejeweled atau Candy Crush Saga, permainan yang mengadaptasi permainan berasaskan jubin klasik Mahjong seperti Mahjong Trails, dan permainan di mana jubin diletakkan pada kawasan permainan seperti Zuma. Permainan teka-teki berdasarkan Tetris termasuk permainan padanan jubin di mana kriteria padanan adalah untuk meletakkan jubin yang sejenis dalam bilangan tertentu supaya jubin-jubin tersebut bercantum antara satu sama lain. Bilangan itu selalunya tiga, dan subset sepadan permainan padanan jubin tersebut dirujuk sebagai permainan padanan tiga.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Parish, Jeremy (28 August 2014). "Greatest Years in Gaming History: 1983".
  2. ^ "Door Door". GameSpot. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2012. Dicapai pada 13 September 2011.
  3. ^ "DokiDoki Penguin Land for SG-1000 - GameFAQs". Dicapai pada 3 April 2017.
  4. ^ "Blockbuster". Atari 8-bit Forever. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-07.
  5. ^ Powell, Jordan W. (February 1983). "Ten Best from APX". Antic. 1 (6).
  6. ^ Juul, Jesper. "Swap Adjacent Gems to Make Sets of Three: A History of Matching Tile Games".
  7. ^ "Accidental Innovation, Part 1".
  8. ^ a b Prisco, Jacopo (October 31, 2019). "Tetris: The Soviet 'mind game' that took over the world". CNN.
  9. ^ Kohler, Chris (June 2, 2009). "Tetris Turns 25, and It's Still an Addictive Pleasure". Wired.
  10. ^ a b Miller, Skyler. "History of Puzzle Games". GameSpot. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-04. Dicapai pada 25 September 2016.
  11. ^ DeMaria, Rusel; Wilson, Johnny (April 27, 2002). High Score!: The Illustrated History of Electronic Games (dalam bahasa English) (ed. First). ‎ Osborne/McGraw-Hill. ISBN 978-0072224283.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ Wolf, Mark (January 1, 2007). The Video Game Explosion: A History from PONG to PlayStation and Beyond (dalam bahasa English). Westport, Connecticut: Greenwood Publishing Group. ISBN 978-0313338687. OCLC 954887105.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ Gameplay Net, GamePlay.Net, 2014, diarkibkan daripada yang asal pada February 3, 2014, dicapai pada February 1, 2014
  14. ^ Jeff Fulton; Steve Fulton. The Essential Guide to Flash Games. Apress.
  15. ^ Hester, Larry (October 21, 2013). "Inside Bejeweled: An Interview with Executive Producer Heather Hazen". Complex.
  16. ^ "15 Puzzle Games You Have To Be A Genius To Complete". Game Rant (dalam bahasa Inggeris). 2020-03-24. Dicapai pada 2021-04-06.
  17. ^ Ward, Mark (2005-05-14). "Game physics starts to get real". BBC News. Dicapai pada 2010-03-27.
  18. ^ Thompson, Jane (2007-06-15). "Video games getting deeper". The Star. Dicapai pada 2010-03-27.
  19. ^ "Ally Noble Desert Island Disks". Retro Gamer. Imagine Publishing (53): 79. Hidden object games ... For example, you're a detective looking for clues in a picture ... they might be in monochrome on the wallpaper or peeping out from behind something.
  20. ^ Kim, Albert (September 30, 2008). "Casual Games: 'Peggle Nights' and 'The Lost Cases of Sherlock Holmes'". EW.com.
  21. ^ George Roush (October 17, 2008). "Everest: Hidden Expedition iPhone Review". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada February 24, 2009.